Ini kerana jodoh itu adalah takdir dari Illahi, dan bukanlah sesuatu yang manusia itu mampu ukuri melalui hitungan dari astrologi. Adalah tidak wajar (menurut penulis) untuk memberitahu apakah bintang zodiak yang sesuai dengan diri masing-masing sebagai persediaan untuk memilih pasangan hidup.
Namun, nasihat penulis adalah sekiranya jodoh anda itu mempunyai personaliti yang tidak serasi dengan anda, pastikan para pembaca sentiasa berjaga-jaga dan cuba mencari keseimbangan diantara kedua-dua belah pihak. Saling memahami dan rasai sendiri dunia zodiak yang lain akan memungkinkan kebarangkalian perhubungan diantara keduanya menjadi realiti.
Ini kerana penulis mahu para pembaca untuk memahami sesuatu perkara. Kadar keserasian diantara dua bintang zodiak melalui hitungan astrologi tidak akan menjaminkan kebahagian seperti yang diinginkan. Hanya kerana keserasian diantara dua insan itu mampu diukur berdasarkan personaliti zodiaknya, itu bukanlah bererti anda akan merasa bahagia dengan pasangan yang serasi dengan personaliti anda.
Manusia sering lupa bahawa perbezaan itu adakalanya menimbulkan faktor tarikan dengan zodiak yang mempunyai personaliti yang berbeza. Cara hidupnya, pendiriannya, sifatnya yang berbeza, adakalanya membantu secara langsung mahupun tidak langsung dimana pada suatu titik, membuatkan perasaan cinta itu berputik secara tiba-tiba.
Penulis memberikan suatu contoh agar para pembaca tidak sulit memahaminya. Seorang jejaka Aquarius boleh tertarik dengan kelembutan gadis Pisces yang lemah lembut dan penyayang, dan seorang gadis Capricorn boleh tertarik dengan jejaka Aries yang bersungguh-sungguh melaksanakan kewajipannya mahupun misi yang ingin dicapainya. Ini kerana keserasian itu tidak terletak pada hitungan zodiak, dan setiap dari kita hendaklah memahami bahawa adakalanya perbezaan itu yang mendekatkan diri kita dengan dirinya.
Seorang penyajak bernama Michael Blair, ada menuliskan:
"Aku laksana api yang marak, dan engkau umpama ombak di lautan yang dalam. Namun andai diriku membakar hingga melukakan insan, engkau hadir memadamnya dengan air hingga mereka kesejukan."
Begitulah norma kehidupan sebagai manusia biasa. Adakalanya kita mencari keserasian, di sudut lain, ada pula golongan yang inginkan perbezaan. Karenah manusia yang berbeza-beza personaliti lah yang menghidupkan suasana di siang hari dan keintiman yang penuh syahdu di malam hari. INILAH NAMANYA KEHIDUPAN!
Kerana itulah, penulis tidak memasukkan entri compability. Ini kerana penulis yakin bahawa compability itu adalah sekadar panduan namun belum tentu mampu memberikan faktor yang memungkinkan kebahagian setiap insan.
Penulis mahu kita kembali pemikiran yang normal, tidak terbatas hanya dengan mengetahui compability diantara dua zodiak. Beberapa hari yang lepas, penulis banyak berfikir setiap malam, sama ada perlu memasukkan entri mengenai compabiliti sebagai topik bacaan, namun akhirnya penulis sedar, bahawa manusia itu mempunyai kelebihan dari segi kebebasan untuk memilih pasangan tanpa mengharapkan hitungan melalui astrologi.
Penulis terbaca suatu ayat di dalam Alkitab, yang bermaksud:
"Bukan yang dilihat manusia yang dilihat Allah, manusia melihat apa yang didepan mata, tetapi Tuhan melihat hati"
1 Samuel 16:7b
Bagi diri penulis, ayat ini tepat sekali! Manusia hanya mampu melihat dengan apa yang ia fikirkan dan yang di hadapan matanya, namun Tuhan melihat hati. Tuhan merencanakan yang terbaik bagi umatNya dan tidak akan pernah mengecewakan mereka yang berharap kepadaNya. Jika kita percaya kepada pasangan kita, meskipun beliau mempunyai personaliti yang berbeza, dan diantara keduanya saling memerlukan diantara satu sama lain, perhubungan diantara keduanya pasti terjalin. Tanpa duri dan badai di dalam mengharungi kehidupan bersama, suatu pasangan itu tidak akan mampu mengaktifkan ombak rindu dalam percintaan mereka. (Maaf, penulis menjiwang seketika).
Akhir sekali, penulis ingin memberikan satu ayat yang cukup bermakna untuk menjadi pedoman bagi para pembaca tentang soal jodoh dalam percintaan. Ayat itu berbunyi begini:
"LOVE is'nt all about flirting, hugs, kisses and sex. Love is about having the ability to take all those things away, and still having feelings for that person"
No comments:
Post a Comment