TAHUKAH ANDA MENGENAI CAKRA?
Cakra merupakah pusat tenaga metafisik dan/atau biofisis dalam tubuh manusia. Cakra berasal dari bahasa Sankrit yang bermaksud "Roda yang berputar". Ia berfungsi sebagai pusat keluar dan masuknya tenaga dalaman. Tenaga yang diserpa dan disimpan oleh cakra kemudiannya disebarkan ke seluruh tubuh badan kita yang memerlukannya.
Di dalam Hinduisme, dikatakan terdapat 365 jenis cakra di dalam tubuh manusia dan 7 daripadanya adalah Cakra Utama.
Ketujuh-tujuh Cakra Utama adalah seperti berikut:
1. Muladhara
2. Svadhishtana
3. Manipura
4. Anahata
5. Vishuddha
6. Ajna
7. Sahasrara
Secara umumnya, aspek-aspek penting cakra berhubungan dengan fungsi emosi kita.
Berikut merupakan ringkasan keterangan mengenai setiap Cakra Utama dalam diri manusia.
1. CAKRA DASAR (MULADHARA)
Warna:
Merah
Lokasi:
Hujung Tulang Belakang
Fungsi:
Menstabilkan dan mengukuhkan tenaga. Merupakan pintu masuk semua jenis tenaga dari bumi.
Keburukan:
Sekiranya pintu cakra ini tersumbat, individu tersebut akan cenderung untuk membentuk personaliti yang penakut, bimbang, sering kecewa, merasa tidak selamat, dan akan mudah mendapat masalah kesihatan berkaitan dengan obesiti, anorexia nervosa, artritis dan sakit sendri dibahagian kaki terutamanya lutut.
2. CAKRA SEKS (SVADHISHTANA)
Warna:
Jingga/Oren
Lokasi:
5-7 cm dibawah pusat
Fungsi:
Berhubungan dengan kemampuan untuk mencipta/ kreatif
Keburukan:
Sekiranya pintu cakra ini tersumbat, individu tersebut akan cenderung untuk memiliki personaliti yang panas baran, suka memanipulasi untuk kepentingan diri, seorang yang suka mengongkong orang lain, berfikiran negatif dan tertutup malah sering merasa kelesuan.
3. CAKRA SOLAR PLEXUS (MANIPURA)
Warna:
Kuning
Lokasi:
Beberapa inci diatas pusat
Fungi:
Berhubungan dengan metabolisme badan dan tenaga untuk kehidupan, aliran tenaga psikologi dan emosi.
Keburukan:
Sekiranya pintu cakra ini tersumbat, akan membina personaliti yang tiada keyakinan diri, keliru, runsing, terlalu memikir pandangan orang lain terhadap dirinya dan merasakan orang lain ingin mengawal hidup mereka, dan kelama-lamaan boleh membawa rasa tertekan yang tinggi dan akhirnya mengalami kemurungan yang berpanjangan. Tidak mustahil jika tidak dikawal boleh menyebabkan masalah kesihatan mental.
4. CAKRA JANTUNG (ANAHATA)
Warna:
Hijau
Lokasi:
Di tengah-tengah dada disisi jantung
Fungsi:
Berhubungan dengan perasaan manusia seperti emosi, kasih sayang, keikhlasan, kegembiraan dan lain-lainnya.
Keburukan:
Sekiranya pintu cakra ini tersumbat, seseorang itu akan mempunyai pembentukan personaliti yang paranoid, tidak mempunyai pendirian yang kukuh (indecisive), merasa takut untuk dikecewakan dan tidak tahu menghargai kasih sayang dan pengorbanan orang lain terhadapnya.
5. CAKRA LEHER (VISHUDDHA)
Warna:
Biru
Lokasi:
Di tengah-tengah tenggorokan (leher)
Fungsi:
Berhubungan dengan kemahiran berkomunikasi
Keburukan:
Sekiranya pintu cakra ini tersumbat, seseorang itu akan menjadi orang yang lemah semangat, tidak mempunyai keyakinan pada diri sendiri, pendiam dan penakut pada bayang-bayang sendiri.
6. CAKRA MATA KE-TIGA (AJNA)
Warna:
Indigo (Nila)
Lokasi:
Bahagian tengah diantara kedua-dua kening mata diatas sedikit
Fungsi:
Berhubungan dengan ketajaman gerak hati, kemampuan untuk membezakan diantara yang benar dan yang salah, dan kemampuan untuk memilih sesuatu dengan tepat atau bersesuaian dengan dirinya.
Keburukan:
Sekiranya pintu cakra ini tersumbat, individu itu akan terjerumus dalam membentuk personaliti yang takut - tidak asertif, tiada ketegasan dalam dirinya, tidak mempunyai prinsip hidup dan mudah dipermainkan orang lain, gentar kepada kejayaan, mudah disubahatkan dengan unsur negatif dan juga mudah merasa ego.
7. CAKRA MAHKOTA (SAHASRARA)
Warna:
Unggu
Lokasi:
Ubun-ubun kepala
Fungsi:
Berhubungan dengan kemampuan mengakses pendapat dan idea dari abstrak sampai ke bentuk-bentuk yang nyata.
Keburukan:
Sekiranya tidak seimbang, seseorang itu cenderung untuk mempunyai perasaan kecewa, putus asa dan merasa hampa.
CAKRA BAGI SETIAP BINTANG ZODIAK.
Penjelasan mengenai 7 Cakra Utama di entri kali ini adalah ringkas kerana untuk mempelajari 7 Cakra Utama memerlukan banyak masa untuk para pembaca hadami dan ketahui mengenainya. Margaret Murray, seorang penulis buku yang menghidupkan kembali kepercayaan Wicca di Eropah pernah menulis tentang 7 cakra utama yang mempunyai keberkaitanan secara langsung dengan 12 bintang zodiak. Selain beliau, antara pelopor lainnya yang turut mengaitkan 7 cakra tersebut dengan 12 personaliti bintang zodiak adalah Patricia Crowther dan Sybil Leek. Subjek mengenai cakra ini menjadi inspirasi kepada terciptanya Mazhab 1734 di Amerika.
Di antara buku karya Margaret Murray yang membincangkan secara halus mengenai dunia astrologi, dunia sihir dan cakra adalah The God of the Witches yang dicetak oleh Faber & Faber (London) pada tahun 1931 dan subjek dimasukkan secara ringkas dan pendek didalam bukunya yang terkemudian iaitu Saqqara Mastabas Part II yang dicetak oleh Egyptian Research Account (London) pada tahun 1937.
Secara ringkasannya, perhubungan diantara kedua belas bintang zodiak dengan 7 cakra adalah seperti berikut:
1. CAKRA DASAR (MULADHARA)
Zodiak yang terlibat:
CAPRICORN DAN AQUARIUS
Penjelasan:
Cakra Dasar, atau dinamai sebagai Muladhara (bermaksud "Root Support") merupakan cakra berkenaan dengan manifestasi fizikal manusia dan warnanya adalah merah. Golongan yang dikuasai oleh kuasa ini boleh dikatakan sedikit materialistik dan kebimbangan utama mereka adalah meterial, dimensi duniawi dan harta kepunyaan. Kerana itulah, seorang Capricorn adalah seorang yang praktikal dan bijak serta kukuh pendiriannya, dan inilah yang membenarkan mereka untuk mengambil langkah yang amat terancang dan terjamin di dalam perkembangan kehidupan dan kerjaya mereka mereka disamping menunjukkan persekitaran yang selamat dan stabil. Cabaran utama bagi Capricorn adalah rasa takut dan kurangnya keadaan fizikal yang penting untuk dirinya.
Sama seperti Capricorn, seorang Aquarius juga dikuasai oleh cakra yang sama. Inilah yang membuatkan mereka mampu untuk memerintah "kawasan" nya yang sendiri, mengekalkan kawalan dan menunjukkan rasa keselesaan dan rasa selamat dan terjamin ketika bersama dengan dirinya. Seperti yang dinyatakan tadi, cakra dasar adalah cakra manifestasi fizikal, namun ia juga merupakan manifestasi identiti. Seorang Aquarius yang seimbang mempunyai kuasa untuk mengekalkan perhubungan yang kuat dengan semua benda hidup termasuk alam semulajadi disamping menghidupkan kehidupan mereka dengan asbab, keinginan dan keseronokan. Cabaran utama bagi Aquarius adalah rasa takut dan kualiti keadaan hidup yang rendah atau tidak teratur.
2. CAKRA SEKS (SVADHISHTANA)
Zodiak yang terlibat:
SCORPIO DAN PISCES
Penjelasan:
Cakra Seks, juga dikenali sebagai Svadhishtana (bermaksud "The Dwelling Place of the Self), merupakan cakra emosi, perasaan, seksualiti, kreativiti dan inner child (boleh google untuk memahami apa harfiah bagi perkataan inner child), dan warnanya adalah jingga. Ia adalah cakra paling intim dan sensual di dalam sistem dan tempat kelahiran kreativiti dan sifat keanak-anakan dalam diri manusia. Golongan yang dikuasai oleh cakra ini seperti halnya seorang Scorpio melihat dunia ini melalui perasaan, dan mereka meradiasikannya dengan berkomunikasi melalui perasaan dan buah fikiran. Cabaran terbesar bagi Scorpio adalah merasa mudah berasa bersalah dan kehilangan inner child dalam dirinya.
Demikian juga halnya dengan Pisces. Inilah sebabnya kenapa sifat semulajadi Pisces yang penuh beremosi dan keratif adalah kelebihan bagi dirinya. Apabila mereka merasakan bebas untuk meluahkan emosi dan kreativiti termasuklah seksualiti mereka, Pisceslah paling tepat di dalam elemennya. Meskipun demikian, cabaran terpenting bagi mereka adalah perasaan bersalah dan terlalu baik hati, dimana ia mampu merosakkan cakra seks tersebut dan menyebabkan mereka kehilangan inner child dan menafikan dirinya untuk merasakan nikmat kehidupan yang sememangnya diberikan untuk mereka kecapi.
3. CAKRA SOLAR PLEXUS (MANIPURA)
Zodiak yang terlibat:
ARIES DAN SAGITTARIUS
Penjelasan:
Cakra Solar Plexus, atau Manipura (bererti "City of Jewels") adalah cakra kekayaan dalaman seseorang yang bergelar manusia dan cakra yang membenarkan individu itu saling berhubungan sesamanya manusia. Ia adalah cakra yang berapi-api, hangat dan bersifat melindungi badan manusia, dan warnanya adalah kuning. Solar Plexus juga merupakan cakra tindakan, dan cabaran utama di dalam cakra ini adalah merasa malu dan harga diri yang rendah. Tidak hairanlah mengapa Aries kebanyakkannya adalah golongan yang suka melindungi dirinya sendiri dari orang lain dan mengekalkan identiti dirinya. Sekiranya tidak seimbang, cakra ini akan menampilkan aura kemalasan dan semangat yang berkobar-kobar dalam diri Aries akan hilang.
Sebagaimana dengan Aries, Sagittarius juga dikuasai oleh Cakra Solar Plexus yang berwarna kuning. Cakra ini merupakan kedudukan sebenar personaliti manusia dan diri manusia itu sendiri, dan khidmat utama cakra ini adalah menghubungkan manusia dengan sesamanya. Seorang Sagittarius tidak merasa sukar untuk berhubungan dengan orang lain, mereka tahu dan menampilkan kebanyakan personaliti mereka di dalam masa yang singkat. Cabaran utama bagi dirinya adalah mereasa malu dan akan kehilangan harga diri, dan sekiranya tidak seimbang, mereka mudah merasa malas, dan kurang bersemangat untuk meneruskan kehidupan.
4. CAKRA JANTUNG (ANAHATA)
Zodiak yang terlibat:
TAURUS DAN LIBRA
Penjelasan:
Meskipun kebanyakan orang dalam bintang Taurus selalunya dilihat sebagai orang yang kurang beremosi dan materialistik, Cakra Jantung menyatakan sesuatu yang berbeza mengenai mereka. Anahata yang berwarna hijau (bermaksud "Unstruck") berdiri sebagai jambatan diantara fizikal dan spiritua seseorang individu, serta ia nya meradiasikan rasa empati, kasih sayang, dan keinginan untuk melindungi. Cabaran utama bagi seorang Taurus adalah kepiluan hati dan kekecewaan dalam perhubungan romantis, iaitu sesuatu yang mereka sangat jaga dalam diri mereka secara alami. Insan yang dikuasai cakra ini akan belajar memaafkan, akan lebih bersungguh-sungguh dan sekiranya tidak seimbang, golongan ini akan mudah cenderung untuk menampilkan sifat panas baran dan nafsu syawat yang kuat.
Sifat tidak mementingkan diri sendiri yang ada pada seorang Libra menunjukkan betapa penyayang dan teramat mengambil beratnya individu ini, dan kesungguhan mereka yang tiada batasan terhadap segala-galanya dan orang lain disekelilingnya juga merupakan tanda lain bertapa kuatnya Cakra Jantung ini. Cabaran utama bagi mereka adalah mempunyai keupayaan untuk suka memaafkan dan kepiluan yang keterlaluan, dimana ia mampu membawa kepada rasa marah atau panas baran dan nafsu syawat yang tinggi jika tidak diuruskan dengan baik.
5. CAKRA LEHER (VISHUDDHA)
Zodiak yang terlibat:
GEMINI DAN VIRGO
Penjelasan:
Pakar dalam berkomunikasi, Gemini adalah sememangnya dibawah kekuasaan kuat cakra ini. Vishuddha (bererti "Especially Pure") adalah cakra komunikasi dan identiti individu yang kreatif serta warnanya adalah biru. Cabaran utama bagi Gemini adalah menghadapi kebenaran, kerana menipu (meskipun terhadap dirinya sendiri) akan menyebabkan Cakra Leher ini akan kehilangan imbangan. Cakra ini bertindak sebagai ekspresi dari semua jenis cakra dan disinilah segala ekspresi tersebut dimurnikan melalui ekpresi yang bakal ditunjukkan secara lahiriah oleh manusia berkenaan.
Seorang Virgo yang terkenal dengan sifatnya melakukan sesuatu dengan bersungguh-sungguh dikuasai oleh cakra berwarna biru ini memberikan implikasi terhadap seorang Virgo kebanyakkannya dalam soal memurnikan perkembangan dirinya dan kuasa untuk kesembuhan (sifatnya yang suka menyembuhkan/merawat) yang ia bawa selama ini. Sisi kejujuran dan kritikan seorang Virgo juga merupakan aspek terpenting untuk cakra jenis ini, dan ekspresi ini hadir dari sifat mereka yang suka menganalisa sesuatu dengan penuh cermat dan adakalanya keterlaluan. Cabaran terbesar bagi Virgo yang dipengaruhi Cakra Leher ini adalah menipu terhadap orang lain dan dirinya sendiri.
6. CAKRA MATA KE-TIGA (AJNA)
Zodiak yang terlibat:
CANCER
Penjelasan:
Dikuasai oleh bulan, seorang Cancer yang mempunyai gerak hati yang kuat dan penuh mistik mempunyai Cakra Mata Ke-Tiga yang berwarna indigo atau warna nila di dalam sistem cakranya. Ajna (bermaksud "Command") adalah satu cakra untuk mengerti sesuatu, dan inilah yang membenarkan individu tersebut untuk melihat sesuatu dalam konteks yang lebih luas dan keberkaitan diantara segala-galanya. Ilusi merupakan cabaran terbesar bagi Cancer yang mempunyai Mata Ke-Tiga sebagai cakra dominasi dirinya, maka mereka mudah menunjukkan persepsi yang salah, prejudis dan subjektif. Cakra ini memiliki kuasa untuk mengarahkan tenaga dan realiti disekelilingnya, sama ada mereka mahu mengaktifkannya atau tidak, dan mengunakannya dengan berhati-hati.
7. CAKRA MAHKOTA (SAHASRARA)
Zodiak yang terlibat:
LEO
Penjelasan:
Dikuasai oleh aspek spiritual yang tertinggi, iaitu Cakra Mahkota yang berwarna unggu, juga dikenali sebagai Sahasrara (bererti "Thousand Petalled"). Ia merupakan cakra untuk pengetahuan yang tinggi dan semangat untuk mempelajari sesuatu. Ia memberikan kebijaksanaan yang besifat Keillahian, perhubungan spiritual, sikap menyatukan diri, dan keupayaan untuk masuk ke dalam kesedaran alam semesta yang luas tak terhingga. Cabaran utamanya cakra ini adalah suka terikat dengan individu yang lain, dan sekiranya tidak seimbang, seorang Leo akan mementingkan dirinya sendiri dan dikuasai oleh egoisme, kerana mereka hilang sentuhan kesedaran alam semesta di dalam jiwanya dan kesatuan jiwa dan raganya.