Friday, August 24, 2018

KERJAYA TERBAIK BAGI SETIAP ZODIAK YANG MUNGKIN MEMBUATKAN ANDA TERKEJUT!

Sejak dari permulaan bermulanya ilmu astrologi, manusia sering mencari misteri disebalik bintang-bintang untuk sesuatu petunjuk dan sebagai sebuah panduan bagi diri mereka. Di antara persoalan terbesar bagi diri kita sebagai manusia berkemungkinan seperti ini:

"Apakah matlamat hidup ku ini?"

"Bilakah seru untuk diriku akan tiba?"

Adakah anda, wahai para pembaca, benar-benar bahagia menjadi seorang ketua yang mengetuai sebuah kumpulan atau mungkin juga di sebuah syarikat, atau mungkin anda merasakan bahawa ia nya adalah suratan takdir untuk anda menjadi seorang pembantu jualan, atau mungkin juga menjadi seorang aktivis bagi sesuatu organisasi?

Benarkah anda betul-betul peduli tentang kerjaya anda selagi masa cuti dan hari minggu anda penuh dengan keseronokan? Tahukah anda bahawa tanda zodiak anda boleh menjadi garis permulaan untuk memulakan kerjaya yang sesuai untuk diri anda dan membuatkan anda sentiasa terhibur ketika melakukan perkerjaan berkenaan?

Sebagai seorang admin yang mahir dalam ilmu astrologi sekaligus astronomi, adalah menjadi tanggungjawab admin untuk membantu para pembaca untuk mengenali dunia kerjaya anda yang sebenar berdasarkan perhitungan peredaran bintang melalui formula ilmu falak atau ilmu hisab tanda bintang zodiak anda. Bahkan, mungkin bagi yang baru mengenali dunia astrologi, anda pastinya terkejut dengan beberapa buah kerjaya yang sesuai dengan diri anda.

1. ARIES THE TRAILBLAZER

Perkerjaan paling ideal untuk anda mungkin sesuatu yang berkaitan dengan cabaran dan ia nya haruslah berterusan. Ini kerana anda tidak menyukai perkerjaan yang membosankan. Aries yang terkenal dengan sifatnya mengejar sesuatu dengan agresif, maka kesesuaian mereka adalah perkerjaan yang sentiasa mencabar dan penuh pancaroba. Sebagai permulaan, diantara perkerjaan yang sesuai adalah memulakan bisnes yang baharu, ahli sukan, penari, jurulatih peribadi, jurucakap motivasi, tentera, polis, bomba dan mana-mana perkerjaan yang penuh dengan cabaran.

Ini kerana Aries percaya tentang perlu wujudnya persaingan di dalam hidupnya, maka sudah pasti mereka menyukai perkerjaan yang bersifat permainan atau perkerjaan yang didasari dengan cara mengejar masa. Oleh kerana Aries tidak suka menerima perintah dari orang lain, maka menjadi boss bagi dirinya sendiri adalah langkah yang terbaik.

2. TAURUS THE SCULPTOR

Taurus menginginkan suatu perkerjaan yang bersifat teguh buatannya, memilih untuk melakukannya dengan tangan mereka sendiri, dan mereka mahukan sesuatu itu menjadi indah dan menarik di matanya. Ini termasuklah arkitek, pekebun bunga, penjual bunga, pembakar roti, juru masak, tukang kayu, freelancer, jurugambar alam semula jadi, perancang majlis, juru make up, petani, pekedai barangan perhiasan dan juru dekorasi dalaman.

Apa-apa sahaja yang mereka mampu manipulasikan dan manifestasikan menjadi lebih indah dan cantik, itulah kata kunci kebahagiannya. Teramat penting buat dirinya agar perkerjaan nya disenangi oleh orang ramai. Sebagai salah satu zodiak berelemenkan tanah, mereka mahu membuat perkerjaan yang berguna dan bernilai.

3. GEMINI THE MAGIC MIND

Kerjaya paling sesuai untuk Gemini adalah sesuatu yang mengunakan pemikiran mereka yang pantas sebagai suatu kelebihan buat dirinya. Gemini mampu mempelajari berbagai skill dengan pantas dan mereka mampu melakukan apa sahaja perkerjaan yang diberikan, maka jika anda mampu membayar mereka melakukan perkerjaan yang mengunakan akal fikiran, pastikan anda mendapatkan tandatangan mereka di dalam kontrak. Di antara perkerjaan sesuai untuk mereka adalah sebagai penulis, juru jual, wartawan, atau perkerjaan yang melibatkan dunia digital, komunikasi serta menjadi juru debat, pelawak dan pelakon.

Mereka inginkan perkerjaan yang tidak terlalu serius, dan memberikan mereka fleksibiliti bagi memudahkan urusan perkerjaan yang mereka lakukan.

4. CANCER THE MYSTIC

Cancer mahukan perkerjaan yang berkait rapat dengan nilai saling membantu, bersifat ambil berat, dan benar-benar sesuai dengan jati diri mereka. Perkerjaan mereka selalunya berkaitan dengan wanita dan kanak-kanak, atau mereka akan mencerminkan nilai-nilai tersebut di perkerjaan seharian yang mereka lakukan. Tenaga dari seorang Cancer sebenarnya membawa pulangan yang lumayan dan  mudah bagi mereka untuk memulakan projek yang baru, dan dengan sifat semula jadi mereka yang suka melindungi komuniti yang bersama dengannya, inilah yang menjadikan mereka seorang pekerja yang boleh dipercayai.

 Di antara perkerjaan yang sesuai dengan mereka adalah jururawat, juru terapi, guru, penulis, pekerja bank, dan juga suri rumah sepanjang masa. Mereka juga sesuai untuk berkerja di sektor kerajaan, kerana Cancer mempunyai keselesaan berkerja di tanah air mereka.

5. LEO THE STAR

Laksana bintang di langit yang gemerlapan, demikianlah Leo ingin selalu memberikan sesuatu dan dikenali ramai. Leo mampu melakukan yang terbaik mengalas tugasan yang mampu membuatkan mereka menjadi inspirasi bagi orang lain.

 Mereka cenderung untuk memilih perkerjaan yang penuh kreativiti, bersifat positif dan berdedikasi. Antara perkerjaan yang mereka mampu lakukan dengan penuh bersemangat adalah menjadi guru, para penghibur, usahawan atau usahawati, seorang pakar motivasi, mahupun perkerjaan yang melibatkan media sosial. Mereka juga boleh menjadi ahli khidmat masyarakat dan juga seorang penyanyi. Ini kerana mereka suka mendapat pengiktirafan hasil dari perkerjaan yang mereka lakukan dan ingin merasakan dirinya dihargai oleh semua orang.

6. VIRGO THE MASTER

Virgo adalah seseorang yang sangat terperinci, dan perkerjaan yang terbaik untuk mereka pastinya melibatkan skill teknikal dan bakat-bakat yang spesifik. Mereka mahu melakukan yang terbaik di dalam apa jua perkerjaan yang mereka minati, dan pastinya mereka akan melakukannya dengan sempurna. Meskipun mereka mampu melakukan yang terbaik di minda mereka, Virgo juga boleh menjadi ahli saintis, penyanyi yang professional, pereka fesyen, pakar nutrisi, penulis, jurutera, tukang gunting serta apa sahaja perkerjaan di bidang perubatan.

Virgo adalah seorang yang tidak mementingkan diri sendiri, seorang yang berbakat di dalam dunia industri, dan mereka mampu melakukan kerjaya yang memerlukan ketelitian yang tinggi yang mungkin tidak diminati oleh orang lain di dunia ini.

7. LIBRA THE SOCIALITE

Individu yang mempunyai bintang Libra sebagai zodiaknya sangat berbakat dalam kerjaya yang memerlukan kesempurnaan, yang mampu menghimpunkan ramai orang, unggul, dan berinteraksi seharian (memilih untuk persekitaran yang berkelas tinggi.) Menjadi seorang idola, perancang parti, seniwan atau seniwati, ahli politik, ahli diplomat, juru jual -- apa-apa sahaja perkerjaan yang melibatkan kebebasan untuk menyalurkan karisma mereka yang tinggi.

Berlambangkan simbol neraca, Libra sangat mementingkan kesamarataan dan timbang tara di tempat kerja mereka, dan perkerjaan yang penuh dengan peraturan yang ketat akan membuatkan mereka mudah merasa tertekan dan membosankan.

8. SCORPIO THE INVESTIGATOR

Perkerjaan yang ideal bagi seorang Scorpio adalah sesuatu yang melibatkan gerak hati dan tenaga peribadi mereka. Di antaranya adalah penyiasat persendirian, doktor, perkerja khidmat masyarakat, ahli politik, ahli terapi atau apa-apa yang berkaitan dengan dunia astrologi. Mereka juga sangat meminati perkerjaan yang melibatkan paranormal, dan adakalanya berbakat menjadi ahli silap mata mahupun tukang sihir.

Hak peribadi mereka tersangatlah penting, kerana itulah mereka tidak mahu perkerjaan mereka terlalu umum untuk diketahui oleh orang ramai, jika tidak, mereka akan merasa tidak selesa dan berkemungkinan akan meninggalkan perkerjaan yang mereka miliki.

9. SAGITTARIUS THE SAGE

Perkerjaan yang paling sesuai untuk Sagittarius adalah sesuatu yang mendorong kepada perkembangan dan penyebaran falsafah hidupnya. Mereka amat mengemari kebebasan dan kebenaran yang lebih tinggi di dunia ini. Mereka amat berbakat dengan perkerjaan yang melibatkan pengembaraan seperti agen pelancongan atau menjadi pengembara yang sejati dan melawat ke seluruh tempat di luar negara.

Selain itu mereka juga berbakat menjadi saintis, penulis, model fotografi, wartawan bahkan freelancer. Seorang Sagittarius menghargai apa sahaja yang mampu mempromosikan pembelajaran yang baharu setiap hari dan seiring dengan personaliti moral mereka.

10. CAPRICORN THE CEO

Berkerja keras, itulah kata kunci bagi sifat semulajadi sekaligus merupakan kejayaan bagi seorang Capricorn. Capricorn mempunyai minat dalam bisnes perniagaan, berbakat sekali dalam memulakan sesuatu projek yang baharu dan menjayakan projek atau bisnes tersebut dengan lebih cemerlang, gemilang dan terbilang. Mereka dikenali sebagai nadi industri di dalam ekonomi dan perdagangan kerana kerjaya mereka memerlukan sesuatu yang membawa pulangan yang lumayan.

Capricorn selalunya sesuai untuk perkerjaan yang melibatkan syarikat atau bisnes perniagaan, menjadi CEO atau pengurus yang hebat. Mereka juga mampu menjadi pekerja kerajaan, penguatkuasa undang-undang, pakar pelaburan, usahawan atau usahawati, pekerja bank mahupun pembantu peribadi. Mereka mempunyai kelebihan dalam merancang, mengutarakan pendapat, dan berupaya untuk mengetuai pekerja yang lain ketika berkerja. Jika anda mahukan sesuatu projek itu siap, inilah orangnya!

11. AQUARIUS THE VISIONARY

Secara jujurnya, perkerjaan yang sesuai untuk Aquarius masih belum dikenal pasti. Ini kerana mereka adalah simbol masa hadapan, maka perkerjaan yang sesuai untuk mereka adalah melibatkan teknologi, hal-hal yang berkaitan dengan alam semesta, saintis, perkerjaan melibatkan progress sosialisasi, perancangan yang melibatkan kesan sosial seperti aktivis kemanusiaan dan alam sekitar (ini kerana Aquarius digelar sebagai Kemanusiaan Bintang Zodiak), ahli fizik, atau pakar biologi. Ahli politik atau aktivis politik, pakar dalam media sosial dan internet, ahli-ahli falsafah, pencetus ideologi, pereka fesyen, ahli khidmat masyarakat, pemidato atau perkerjaan yang melibatkan gaya hidup masa kini dan akan datang, serta ahli revolusi juga merupakan perkerjaan yang ideal untuk mereka. Apa-apa sahaja perkerjaan yang melibatkan pengumpulan komuniti, merupakan perkerjaan yang tepat untuk mereka.

Oleh kerana mereka ingin menjadi manusia yang sebenar-benarnya manusia, mereka mahukan pekerjaan untuk diri mereka sahaja. Mereka mungkin mengalami kesengsaraan dari segi tenaga yang sela menyela, motivasi yang secara tiba-tiba dan kepenatan yang menyeluruh, kerana minda mereka senantiasa distimulasikan 24 jam sehari meskipun orang ramai tidak mengetahuinya.

12. PISCES THE DREAMER

Pisces adalah unik, itulah hakikatnya! Mereka tidak memerlukan perkerjaan yang memerlukan wang yang banyak, atau pulangan yang lumayan, tidak terlalu umum pada dasarnya namun masih penuh kreativiti dan membawa kesan yang positif pada orang lain.

Menjadi ahli fotografi, pencipta filem, juru pulih secara rohani, ahli ibadat, perkerjaan yang melibatkan derma, tukang masak, penyajak, ahli khidmat masyarakat, penjaga di rumah orang tua-tua, dan apa-apa sahaja yang mampu membawa kesan positif dan kegembiraan kepada orang lain adalah perkerjaan yang menarik minat seorang Pisces.











No comments:

Post a Comment