Monday, September 3, 2018

BAGAIMANA UNTUK MEMILIH PASANGAN YANG SESUAI MENGIKUT ZODIAK?

Memilih pasangan atau jodoh, itu adalah rahasia Tuhan dan bukanlah menjadi persoalan utama apakah perhubungan itu harus dihentikan atau diteruskan sekiranya keserasian menurut hitungan melalui personaliti adalah rendah.

Ini kerana jodoh itu adalah takdir dari Illahi, dan bukanlah sesuatu yang manusia itu mampu ukuri melalui hitungan dari astrologi. Adalah tidak wajar (menurut penulis) untuk memberitahu apakah bintang zodiak yang sesuai dengan diri masing-masing sebagai persediaan untuk memilih pasangan hidup.

Namun, nasihat penulis adalah sekiranya jodoh anda itu mempunyai personaliti yang tidak serasi dengan anda, pastikan para pembaca sentiasa berjaga-jaga dan cuba mencari keseimbangan diantara kedua-dua belah pihak. Saling memahami dan rasai sendiri dunia zodiak yang lain akan memungkinkan kebarangkalian perhubungan diantara keduanya menjadi realiti.

Ini kerana penulis mahu para pembaca untuk memahami sesuatu perkara. Kadar keserasian diantara dua bintang zodiak melalui hitungan astrologi tidak akan menjaminkan kebahagian seperti yang diinginkan. Hanya kerana keserasian diantara dua insan itu mampu diukur berdasarkan personaliti zodiaknya, itu bukanlah bererti anda akan merasa bahagia  dengan pasangan yang serasi dengan personaliti anda.

Manusia sering lupa bahawa perbezaan itu adakalanya menimbulkan faktor tarikan dengan zodiak yang mempunyai personaliti yang berbeza. Cara hidupnya, pendiriannya, sifatnya yang berbeza, adakalanya membantu secara langsung mahupun tidak langsung dimana pada suatu titik, membuatkan perasaan cinta itu berputik secara tiba-tiba. 

Penulis memberikan suatu contoh agar para pembaca tidak sulit memahaminya. Seorang jejaka Aquarius boleh tertarik dengan kelembutan gadis Pisces yang lemah lembut dan penyayang, dan seorang gadis Capricorn boleh tertarik dengan jejaka Aries yang bersungguh-sungguh melaksanakan kewajipannya mahupun misi yang ingin dicapainya. Ini kerana keserasian itu tidak terletak pada hitungan zodiak, dan setiap dari kita hendaklah memahami bahawa adakalanya perbezaan itu yang mendekatkan diri kita dengan dirinya.

Seorang penyajak bernama Michael Blair, ada menuliskan:

"Aku laksana api yang marak, dan engkau umpama ombak di lautan yang dalam. Namun andai diriku membakar hingga melukakan insan, engkau hadir memadamnya dengan air hingga mereka kesejukan."

Begitulah norma kehidupan sebagai manusia biasa. Adakalanya kita mencari keserasian, di sudut lain, ada pula golongan yang inginkan perbezaan. Karenah manusia yang berbeza-beza personaliti lah yang menghidupkan suasana di siang hari dan keintiman yang penuh syahdu di malam hari. INILAH NAMANYA KEHIDUPAN!

Kerana itulah, penulis tidak memasukkan entri compability. Ini kerana penulis yakin bahawa compability itu adalah sekadar panduan namun belum tentu mampu memberikan faktor yang memungkinkan kebahagian setiap insan. 

Penulis mahu kita kembali pemikiran yang normal, tidak terbatas hanya dengan mengetahui compability diantara dua zodiak. Beberapa hari yang lepas, penulis banyak berfikir setiap malam, sama ada perlu memasukkan entri mengenai compabiliti sebagai topik bacaan, namun akhirnya penulis sedar, bahawa manusia itu mempunyai kelebihan dari segi kebebasan untuk memilih pasangan tanpa mengharapkan hitungan melalui astrologi. 

Penulis terbaca suatu ayat di dalam Alkitab, yang bermaksud:

"Bukan yang dilihat manusia yang dilihat Allah, manusia melihat apa yang didepan mata, tetapi Tuhan melihat hati"

1 Samuel 16:7b

Bagi diri penulis, ayat ini tepat sekali! Manusia hanya mampu melihat dengan apa yang ia fikirkan dan yang di hadapan matanya, namun Tuhan melihat hati. Tuhan merencanakan yang terbaik bagi umatNya dan tidak akan pernah mengecewakan mereka yang berharap kepadaNya. Jika kita percaya kepada pasangan kita, meskipun beliau mempunyai personaliti yang berbeza, dan diantara keduanya saling memerlukan diantara satu sama lain, perhubungan diantara keduanya pasti terjalin. Tanpa duri dan badai di dalam mengharungi kehidupan bersama, suatu pasangan itu tidak akan mampu mengaktifkan ombak rindu dalam percintaan mereka. (Maaf, penulis menjiwang seketika).

Akhir sekali, penulis ingin memberikan satu ayat yang cukup bermakna untuk menjadi pedoman bagi para pembaca tentang soal jodoh dalam percintaan. Ayat itu berbunyi begini:

"LOVE is'nt all about flirting, hugs, kisses and sex. Love is about having the ability to take all those things away, and still having feelings for that person"





Wednesday, August 29, 2018

CAKRA TERPENTING BAGI SETIAP BINTANG ZODIAK

TAHUKAH ANDA MENGENAI CAKRA?

Cakra merupakah pusat tenaga metafisik dan/atau biofisis dalam tubuh manusia. Cakra berasal dari bahasa Sankrit yang bermaksud "Roda yang berputar". Ia berfungsi sebagai pusat keluar dan masuknya tenaga dalaman. Tenaga yang diserpa dan disimpan oleh cakra kemudiannya disebarkan ke seluruh tubuh badan kita yang memerlukannya.
Di dalam Hinduisme, dikatakan terdapat 365 jenis cakra di dalam tubuh manusia dan 7 daripadanya adalah Cakra Utama.
Ketujuh-tujuh Cakra Utama adalah seperti berikut:

1. Muladhara

2. Svadhishtana

3. Manipura

4. Anahata

5. Vishuddha

6. Ajna

7. Sahasrara

 Secara umumnya, aspek-aspek penting cakra berhubungan dengan fungsi emosi kita.

Berikut merupakan ringkasan keterangan mengenai setiap Cakra Utama dalam diri manusia.

1. CAKRA DASAR (MULADHARA)

Warna:
Merah

Lokasi:
Hujung Tulang Belakang

Fungsi:
Menstabilkan dan mengukuhkan tenaga. Merupakan pintu masuk semua jenis tenaga dari bumi.

Keburukan:
Sekiranya pintu cakra ini tersumbat, individu tersebut akan cenderung untuk membentuk personaliti yang penakut, bimbang, sering kecewa, merasa tidak selamat, dan akan mudah mendapat masalah kesihatan berkaitan dengan obesiti, anorexia nervosa, artritis dan sakit sendri dibahagian kaki terutamanya lutut.

2. CAKRA SEKS (SVADHISHTANA)

Warna:
Jingga/Oren

Lokasi:
5-7 cm dibawah pusat

Fungsi:
Berhubungan dengan kemampuan untuk mencipta/ kreatif

Keburukan:
Sekiranya pintu cakra ini tersumbat, individu tersebut akan cenderung untuk memiliki personaliti yang panas baran, suka memanipulasi untuk kepentingan diri, seorang yang suka mengongkong orang lain, berfikiran negatif dan tertutup malah sering merasa kelesuan.

3. CAKRA SOLAR PLEXUS (MANIPURA)

Warna:
Kuning

Lokasi:
Beberapa inci diatas pusat

Fungi:
Berhubungan dengan metabolisme badan dan tenaga untuk kehidupan, aliran tenaga psikologi dan emosi.

Keburukan:
Sekiranya pintu cakra ini tersumbat, akan membina personaliti yang tiada keyakinan diri, keliru, runsing, terlalu memikir pandangan orang lain terhadap dirinya dan merasakan orang lain ingin mengawal hidup mereka, dan kelama-lamaan boleh membawa rasa tertekan yang tinggi dan akhirnya mengalami kemurungan yang berpanjangan. Tidak mustahil jika tidak dikawal boleh menyebabkan masalah kesihatan mental.

4. CAKRA JANTUNG (ANAHATA)

Warna:
Hijau

Lokasi:
Di tengah-tengah dada disisi jantung

Fungsi:
Berhubungan dengan perasaan manusia seperti emosi, kasih sayang, keikhlasan, kegembiraan dan lain-lainnya.

Keburukan:
Sekiranya pintu cakra ini tersumbat, seseorang itu akan mempunyai pembentukan personaliti yang paranoid, tidak mempunyai pendirian yang kukuh (indecisive), merasa takut untuk dikecewakan dan tidak tahu menghargai kasih sayang dan pengorbanan orang lain terhadapnya.

5. CAKRA LEHER (VISHUDDHA)

Warna:
Biru

Lokasi:
Di tengah-tengah tenggorokan (leher)

Fungsi:
Berhubungan dengan kemahiran berkomunikasi

Keburukan:
Sekiranya pintu cakra ini tersumbat, seseorang itu akan menjadi orang yang lemah semangat, tidak mempunyai keyakinan pada diri sendiri, pendiam dan penakut pada bayang-bayang sendiri.

6. CAKRA MATA KE-TIGA (AJNA)

Warna:
Indigo (Nila)

Lokasi:
Bahagian tengah diantara kedua-dua kening mata diatas sedikit

Fungsi:
Berhubungan dengan ketajaman gerak hati, kemampuan untuk membezakan diantara yang benar dan yang salah, dan kemampuan untuk memilih sesuatu dengan tepat atau bersesuaian dengan dirinya.

Keburukan:
Sekiranya pintu cakra ini tersumbat, individu itu akan terjerumus dalam membentuk personaliti yang takut - tidak asertif, tiada ketegasan dalam dirinya, tidak mempunyai prinsip hidup dan mudah dipermainkan orang lain, gentar kepada kejayaan, mudah disubahatkan dengan unsur negatif dan juga mudah merasa ego.

7. CAKRA MAHKOTA (SAHASRARA)

Warna:
Unggu

Lokasi:
Ubun-ubun kepala

Fungsi:
Berhubungan dengan kemampuan mengakses pendapat dan idea dari abstrak sampai ke bentuk-bentuk yang nyata.

Keburukan:
Sekiranya tidak seimbang, seseorang itu cenderung untuk mempunyai perasaan kecewa, putus asa dan merasa hampa.





CAKRA BAGI SETIAP BINTANG ZODIAK.

Penjelasan mengenai 7 Cakra Utama di entri kali ini adalah ringkas kerana untuk mempelajari 7 Cakra Utama memerlukan banyak masa untuk para pembaca hadami dan ketahui mengenainya. Margaret Murray, seorang penulis buku yang menghidupkan kembali kepercayaan Wicca di Eropah pernah menulis tentang 7 cakra utama yang mempunyai keberkaitanan secara langsung dengan 12 bintang zodiak. Selain beliau, antara pelopor lainnya yang turut mengaitkan 7 cakra tersebut dengan 12 personaliti bintang zodiak adalah Patricia Crowther dan Sybil Leek. Subjek mengenai cakra ini menjadi inspirasi kepada terciptanya Mazhab 1734 di Amerika.

Di antara buku karya Margaret Murray yang membincangkan secara halus mengenai dunia astrologi, dunia sihir dan cakra adalah The God of the Witches yang dicetak oleh Faber & Faber (London) pada tahun 1931 dan subjek dimasukkan secara ringkas dan pendek didalam bukunya yang terkemudian iaitu Saqqara Mastabas Part II yang dicetak oleh Egyptian Research Account (London) pada tahun 1937.



Secara ringkasannya, perhubungan diantara kedua belas bintang zodiak dengan 7 cakra adalah seperti berikut:

1. CAKRA DASAR (MULADHARA)

Zodiak yang terlibat:
CAPRICORN DAN AQUARIUS

Penjelasan:

Cakra Dasar, atau dinamai sebagai Muladhara (bermaksud "Root Support") merupakan cakra berkenaan dengan manifestasi fizikal manusia dan warnanya adalah merah. Golongan yang dikuasai oleh kuasa ini boleh dikatakan sedikit materialistik dan kebimbangan utama mereka adalah meterial, dimensi duniawi dan harta kepunyaan. Kerana itulah, seorang Capricorn adalah seorang yang praktikal dan bijak serta kukuh pendiriannya, dan inilah yang membenarkan mereka untuk mengambil langkah yang amat terancang dan terjamin di dalam perkembangan kehidupan dan kerjaya mereka mereka disamping menunjukkan persekitaran yang selamat dan stabil.  Cabaran utama bagi Capricorn adalah rasa takut dan kurangnya keadaan fizikal yang penting untuk dirinya.

Sama seperti Capricorn, seorang Aquarius juga dikuasai oleh cakra yang sama. Inilah yang membuatkan mereka mampu untuk memerintah "kawasan" nya yang sendiri, mengekalkan kawalan dan menunjukkan rasa keselesaan dan rasa selamat dan terjamin ketika bersama dengan dirinya. Seperti yang dinyatakan tadi, cakra dasar adalah cakra manifestasi fizikal, namun ia juga merupakan manifestasi identiti. Seorang Aquarius yang seimbang mempunyai kuasa untuk mengekalkan perhubungan yang kuat dengan semua benda hidup termasuk alam semulajadi disamping menghidupkan kehidupan mereka dengan asbab, keinginan dan keseronokan. Cabaran utama bagi Aquarius adalah rasa takut dan kualiti keadaan hidup yang rendah atau tidak teratur.

2. CAKRA SEKS (SVADHISHTANA)

Zodiak yang terlibat:
SCORPIO DAN PISCES

Penjelasan:

Cakra Seks, juga dikenali sebagai Svadhishtana (bermaksud "The Dwelling Place of the Self), merupakan cakra emosi, perasaan, seksualiti, kreativiti dan inner child (boleh google untuk memahami apa harfiah bagi perkataan inner child), dan warnanya adalah jingga. Ia adalah cakra paling intim dan sensual di dalam sistem dan tempat kelahiran kreativiti dan sifat keanak-anakan dalam diri manusia. Golongan yang dikuasai oleh cakra ini seperti halnya seorang Scorpio melihat dunia ini melalui perasaan, dan mereka meradiasikannya dengan berkomunikasi melalui perasaan dan buah fikiran. Cabaran terbesar bagi Scorpio adalah merasa mudah berasa bersalah dan kehilangan inner child dalam dirinya.

Demikian juga halnya dengan Pisces. Inilah sebabnya kenapa sifat semulajadi Pisces yang penuh beremosi dan keratif adalah kelebihan bagi dirinya. Apabila mereka merasakan bebas untuk meluahkan emosi dan kreativiti termasuklah seksualiti mereka, Pisceslah paling tepat di dalam elemennya. Meskipun demikian, cabaran terpenting bagi mereka adalah perasaan bersalah dan terlalu baik hati, dimana ia mampu merosakkan cakra seks tersebut dan menyebabkan mereka kehilangan inner child dan menafikan dirinya untuk merasakan nikmat kehidupan yang sememangnya diberikan untuk mereka kecapi.

3. CAKRA SOLAR PLEXUS (MANIPURA)

Zodiak yang terlibat:
ARIES DAN SAGITTARIUS

Penjelasan:

Cakra Solar Plexus, atau Manipura (bererti "City of Jewels") adalah cakra kekayaan dalaman seseorang yang bergelar manusia dan cakra yang membenarkan individu itu saling berhubungan sesamanya manusia. Ia adalah cakra yang berapi-api, hangat dan bersifat melindungi badan manusia, dan warnanya adalah kuning. Solar Plexus juga merupakan cakra tindakan, dan cabaran utama di dalam cakra ini adalah merasa malu dan harga diri yang rendah. Tidak hairanlah mengapa Aries kebanyakkannya adalah golongan yang suka melindungi dirinya sendiri dari orang lain dan mengekalkan identiti dirinya. Sekiranya tidak seimbang, cakra ini akan menampilkan aura kemalasan dan semangat yang berkobar-kobar dalam diri Aries akan hilang.

Sebagaimana dengan Aries, Sagittarius juga dikuasai oleh Cakra Solar Plexus yang berwarna kuning. Cakra ini merupakan kedudukan sebenar personaliti manusia dan diri manusia itu sendiri, dan khidmat utama cakra ini adalah menghubungkan manusia dengan sesamanya. Seorang Sagittarius tidak merasa sukar untuk berhubungan dengan orang lain, mereka tahu dan menampilkan kebanyakan personaliti mereka di dalam masa yang singkat. Cabaran utama bagi dirinya adalah mereasa malu dan akan kehilangan harga diri, dan sekiranya tidak seimbang, mereka mudah merasa malas, dan kurang bersemangat untuk meneruskan kehidupan.

4. CAKRA JANTUNG (ANAHATA)

Zodiak yang terlibat:
TAURUS DAN LIBRA

Penjelasan:

Meskipun kebanyakan orang dalam bintang Taurus selalunya dilihat sebagai orang yang kurang beremosi dan materialistik, Cakra Jantung menyatakan sesuatu yang berbeza mengenai mereka. Anahata yang berwarna hijau (bermaksud "Unstruck") berdiri sebagai jambatan diantara fizikal dan spiritua seseorang individu, serta ia nya meradiasikan rasa empati, kasih sayang, dan keinginan untuk melindungi. Cabaran utama bagi seorang Taurus adalah kepiluan hati dan kekecewaan dalam perhubungan romantis, iaitu sesuatu yang mereka sangat jaga dalam diri mereka secara alami. Insan yang dikuasai cakra ini akan belajar memaafkan, akan lebih bersungguh-sungguh dan sekiranya tidak seimbang, golongan ini akan mudah cenderung untuk menampilkan sifat panas baran dan nafsu syawat yang kuat.

Sifat tidak mementingkan diri sendiri yang ada pada seorang Libra menunjukkan betapa penyayang dan teramat mengambil beratnya individu ini, dan kesungguhan mereka yang tiada batasan terhadap segala-galanya dan orang lain disekelilingnya juga merupakan tanda lain bertapa kuatnya Cakra Jantung ini. Cabaran utama bagi mereka adalah mempunyai keupayaan untuk suka memaafkan dan kepiluan yang keterlaluan, dimana ia mampu membawa kepada rasa marah atau panas baran dan nafsu syawat yang tinggi jika tidak diuruskan dengan baik.

5. CAKRA LEHER (VISHUDDHA)

Zodiak yang terlibat:
GEMINI DAN VIRGO

Penjelasan:

Pakar dalam berkomunikasi, Gemini adalah sememangnya dibawah kekuasaan kuat cakra ini. Vishuddha (bererti "Especially Pure") adalah cakra komunikasi dan identiti individu yang kreatif serta warnanya adalah biru. Cabaran utama bagi Gemini adalah menghadapi kebenaran, kerana menipu (meskipun terhadap dirinya sendiri) akan menyebabkan Cakra Leher ini akan kehilangan imbangan. Cakra ini bertindak sebagai ekspresi dari semua jenis cakra dan disinilah segala ekspresi tersebut dimurnikan melalui ekpresi yang bakal ditunjukkan secara lahiriah oleh manusia berkenaan.

Seorang Virgo yang terkenal dengan sifatnya melakukan sesuatu dengan bersungguh-sungguh dikuasai oleh cakra berwarna biru ini memberikan implikasi terhadap seorang Virgo kebanyakkannya dalam soal memurnikan perkembangan dirinya dan kuasa untuk kesembuhan (sifatnya yang suka menyembuhkan/merawat) yang ia bawa selama ini. Sisi kejujuran dan kritikan seorang Virgo juga merupakan aspek terpenting untuk cakra jenis ini, dan ekspresi ini hadir dari sifat mereka yang suka menganalisa sesuatu dengan penuh cermat dan adakalanya keterlaluan. Cabaran terbesar bagi Virgo yang dipengaruhi Cakra Leher ini adalah menipu terhadap orang lain dan dirinya sendiri.

6. CAKRA MATA KE-TIGA (AJNA)

Zodiak yang terlibat:
CANCER

Penjelasan:

Dikuasai oleh bulan, seorang Cancer yang mempunyai gerak hati yang kuat dan penuh mistik mempunyai Cakra Mata Ke-Tiga yang berwarna indigo atau warna nila di dalam sistem cakranya. Ajna (bermaksud "Command") adalah satu cakra untuk mengerti sesuatu, dan inilah yang membenarkan individu tersebut untuk melihat sesuatu dalam konteks yang lebih luas dan keberkaitan diantara segala-galanya. Ilusi merupakan cabaran terbesar bagi Cancer yang mempunyai Mata Ke-Tiga sebagai cakra dominasi dirinya, maka mereka mudah menunjukkan persepsi yang salah, prejudis dan subjektif. Cakra ini memiliki kuasa untuk mengarahkan tenaga dan realiti disekelilingnya, sama ada mereka mahu mengaktifkannya atau tidak, dan mengunakannya dengan berhati-hati.

7. CAKRA MAHKOTA (SAHASRARA)

Zodiak yang terlibat:
LEO

Penjelasan:

Dikuasai oleh aspek spiritual yang tertinggi, iaitu Cakra Mahkota yang berwarna unggu, juga dikenali sebagai Sahasrara (bererti "Thousand Petalled"). Ia merupakan cakra untuk pengetahuan yang tinggi dan semangat untuk mempelajari sesuatu. Ia memberikan kebijaksanaan yang besifat Keillahian, perhubungan spiritual, sikap menyatukan diri, dan keupayaan untuk masuk ke dalam kesedaran alam semesta yang luas tak terhingga. Cabaran utamanya cakra ini adalah suka terikat dengan individu yang lain, dan sekiranya tidak seimbang, seorang Leo akan mementingkan dirinya sendiri dan dikuasai oleh egoisme, kerana mereka hilang sentuhan kesedaran alam semesta di dalam jiwanya dan kesatuan jiwa dan raganya.



Monday, August 27, 2018

(SUDUT ILMU) KEPERCAYAAN WICCA DAN KAITANNYA DENGAN BINTANG ZODIAK

SEJARAH KEPERCAYAAN WICCA

WICCA atau nama popularnya WITCHCRAFT merupakan sebuah kepercayaan tentang ilmu magick atau ilmu sihir, meskipun istilah sihir itu sendiri masih kabur dimana, menurut beberapa pendapat sarjana di masa lampau, istilah sihir itu berasal dari arab, dan merujuk kepada "ilmu sihir hitam" atau singkatannya ilmu hitam. Namun, berbeza dengan yang ini, kepercayaan Wicca berasal dari England disekitar awal abad yang ke-18. Kepercayaan ini dikategorikan sebagai Neo-Paganisme, dan merupakan agama atau kepercayaan asal kaum Inggeris dan Eropah suatu ketika dahulu.

Namun walaubagaimanapun, setelah munculnya empayar Kristian di Konstantinopel, pihak gereja telah memutuskan bahawa kepercayaan Wicca diklasifikasikan sebagai agama penyembah iblis padahal kepercayaan ini sebenarnya berdasarkan ilmu astrologi, dan peredaran bulan, serta kebanyakan para wiccan sebenarnya mahir dalam selok-belok herba dan mengunakan tumbuh-tumbuhan semulajadi bagi merawat mereka yang memerlukannya.

Wanita-wanita Wicca dibunuh pada zaman pemerintahan Kristian, dibakar hidup-hidup, digergaji hingga dua, dirogol oleh penganut Kristian yang melampaui batas, dimusnahkan rumah dan keluarga mereka, dipenjara dan ditanam hidup-hidup. Ada juga lelaki Wicca, meskipun jumlahnya sedikit, dibunuh kejam dan dipancung kepalanya kerana mengamalkan Wicca. Kepercayaan Wicca hampir pupus ditelan zaman namun segalanya belum berakhir.

Kepercayaan Wicca dihidupkan semula oleh seorang penulis yang berbakat bernama Margaret Murray, seorang yang mempelajari ilmu herba dan astrologi terkenal di pada waktu itu, dan kepercayaan ini dipopularkan lagi oleh Gerald Gardner pada tahun 1950. Beliau menyambung semula penulisan yang dimulai Margaret Murray dan memulakan sistem kepercayaan sendiri dinamai sebagai Tradisi Gardnerian. Selain itu, kepercayaan Wicca diperkembangkan oleh para pengikutnya yang terkenal di tanah Inggeris seperti Doreen Valiente, Patricia Crowther, dan Eleanor Bone di beberapa tempat di British Isle. Pada tahun 1960, mazhab baru Wicca diolah semula oleh beberapa ahli Wicca seperti Robert Cochrane, Sybil Leek dan Alex Sanders lalu kepercayaan ini disebarkan ke seluruh kepulauan Inggeris dan beberapa persatuan dan penyelidikan telah dibina seperti Persatuan Penyelidikan Ilmu Sihir. Setelah beberapa dekad lamanya, kepercayaan ini mulai melebarkan sayapnya ke benua Amerika dan diadaptasi semula seperti Feri dan mazhab 1734. Dianic Wicca pula menyusul beberapa tahun selepas itu, dan organisasi-organisasi Wicca mulai bertumbuh pesat seperti Covenant of the Goddess.



Bermula tahun 1970, buku-buku terbitan Paul Huson, Scott Cunningham, Stewart dan Janet Farrar mulai dicetak dan mengalakkan para penyihir baru untuk memulakan ritual D.I.Y (Do It Yourself) dalam dunia Wicca dan ini termasuklah kepercayaan Wicca yang melibatkan bintang zodiak.

Penulis ingin memberikan maklumat mengenai jenis-jenis ahli sihir yang ditulis oleh Janet Farrar di dalam bukunya, dimana beliau mengklasifikasikan jenis ahli sihir apakah yang sesuai dengan bintang zodiak anda. PENULIS JUGA TELAH MENYEDIAKAN SATU VIDEO YANG BERBENTUK SAJAK DITULIS OLEH FLEASSY MALAY, SEORANG PENYAJAK TERKENAL.


1. ARIES: AHLI SIHIR DARAH

Penyihir yang lahir di dalam bintang ini diberkati dengan kebolehan untuk mengaktifkan jampi sihir lilin dan mengawal aliran tenaga. Mereka tidak memerlukan banyak benda untuk menguatkan jampi mereka, cukup sekadar semangat mereka yang berkobar-kobar dan tak terkalahkan!

Ini kerana pada hakikatnya mereka adalah bintang zodiak yang pertama dimana melalui elemen api mulai menyalalah segala yang tiada itu menjadi ada kerana cahaya darinya. Matahari muncul pada ekuinoks musim bunga dan alam pun mulai tumbuh. Di dalam darah seorang Aries, gelombang tenaga sedia untuk digunakan melalui semangat yang mereka ada. Jika anda adalah seorang Aries, bacalah maklumat tentang ritual jampi yang mengunakan pelbagai jenis lilin dan aktifkan jampi yang ringkas yang anda ketahui! Cubalah!

2. TAURUS: AHLI SIHIR BUNIAN

Penyihir yang lahir di dalam bintang ini mampu menyesuaikan diri dengan kekuasaan Bumi dan alam semulajadi. Mereka dengan mudahnya berkebolehan dalam menyelidiki dan mengeksploitasi pelbagai jenis herba dan paling penting aura seksual mereka!

Bintang berelemenkan Tanah yang pertama ini menyembunyikan tenaga alam semulajadi di dalam diri mereka. Mereka memiliki keupayaan ini untuk menjadikan segalanya subur, seperti mekarnya bunga-bunga di taman. Inilah kehebatan sihir Elf sebenarnya. Menghidupkan alam semulajadi dimana pun mereka berada! Jika anda seorang Taurus, sila cari kristal apakah yang sesuai dengan keperluan anda, dan aktifkan jampi di dalamnya dengan sepenuh hati dan perasaan!

3. GEMINI: AHLI SIHIR TENAGA

Penyihir yang lahir di dalam bintang ini mempunyai keupayaan untuk mengesan perubahan tenaga di sekeliling mereka. Mereka memiliki gerak hati yang sangat sensitif dan mereka dengan mudahnya menerima dan menghantar tenaga dari masa lalu, kini dan masa hadapan.

Dari seluruh jenis penyihir, merekalah yang mempunyai sifat yang serba guna. Hakikatnya, sifat tenaga itu adalah ibarat angin dan boleh berubah arah. Sebagaimana perasaan mereka sentiasa berubah-ubah, demikian jugalah keupayaan mereka untuk membolak-balikkan tenaga. Mereka mampu mengubah tenaga negatif kepada tenaga positif ataupun sebaliknya berdasarkan perubahan emosi yang mereka alami pada bila-bila masa. Sifat mereka yang ingin tahu menyebabkan mereka hebat dalam memanipulasikan tenaga bintang. Jika anda seorang Gemini, anda boleh membaca tentang projeksi bintang-bintang atau astral projection. Anda sebenarnya mahir dalam projeksi tersebut!

4. CANCER: AHLI SIHIR DAPUR

Penyihir yang lahir di dalam bintang ini berkebolehan dalam melakukan jampi di dalam rumah dengan menuai tenaga yang disediakan dari peralatan-peralatan di rumah seperti makanan dan jamu-jamu. Cancer adalah ahli sihir dapur yang kebiasaannya mendidihkan cecair jampi dengan penuh kasih sayang dan keghairahan.

Seperti yang kita ketahui, bahagian pusat Cancer adalah bahagian yang sangat sensitif dimana ia nya mampu mencairkan dan mengubah tenaga sama seperti dapur itu sendiri! Mereka mempunyai kebolehan untuk mengunakan keberkatan dari bulan yang mereka miliki untuk semua benda yang mereka inginkan atau sentuhi. Keupayaan bulan dalam menentukan air pasang surut itulah yang mampu mempersonakan cecair dan jampi mereka. Jika anda adalah seorang Cancer, carilah resipi sihir (magic recipe) dan aktifkan jampi anda sesuai dengan kehendak dirimu.

5. LEO: AHLI SIHIR PEMIKAT

Penyihir yang lahir di dalam bintang ini yang mempunyai bakat dalam menarik perhatian orang ramai, menyebabkan mereka mampu menjadi seorang ahli silap mata yang handal. Mereka dengan mudahnya berupaya untuk menghipnoptiskan orang atau haiwan lalu menjinakkan mangsanya.

Dari seluruh penyihir di sini, Leo lah yang diberkati oleh matahari. Matahari adalah pemerintah tertinggi mereka dan sebagaimana seluruh planet mengorbit matahari, demikian jugalah tindakan orang ramai terhadap mereka. Mereka mempunyai kebolehan untuk menambat sesiapa pun yang mereka inginkan, asalkan mereka tekun dalam tenaga mereka. Jika anda adalah seorang Leo, carilah jampi-jampi yang digunakan untuk menarik perhatian orang ramai, seperti jampi mengubah warna mata anda.

6. VIRGO: AHLI SIHIR PERTAPAAN

Penyihir yang lahir di dalam bintang ini mempunyai potensi yang luar biasa dalam mempraktikkan ilmu magis asalkan mereka sentiasa fokus dalam melaksanakannya. Mereka mampu menginovasikan diri dan magis yang mereka inginkan dalam keadaan sunyi.

Virgo, seperti namanya sendiri yang bermaksud Virgin (Perawan) atau "Tidak Disentuhi" memerlukan masa untuk dirinya sendiri. Di antara seluruh penyihir yang anda, mereka adalah golongan yang perlu mencari jalan untuk menyelidiki keupayaan mereka sendiri tanpa mengharapkan orang lain disampingnya. Hanya apabila mereka telah berjaya melakukannya, barulah mereka mampu kembali ke lingkaran sosial mereka dengan masyarakat. Menghubungkan dirinya dengan tanah melalui pertapaan mampu membantu mereka melenyapkan kekurangan yang mereka miliki. Carilah suatu tempat yang selamat dan sunyi seperti hutan dan tepian sungai, tasik atau di pesisiran pantai. Bernafas beberapa minit dan cuba aktifkan jampi yang anda inginkan.

7. LIBRA: AHLI SIHIR MUZIK

Penyihir yang lahir di dalam bintang ini sebenarnya diberkati dengan inspirasi dan selalunya berbakat dalam kesenian dan buatan kraf tangan. Ahli sihir Libra dengan mudah boleh menciptakan jampi dan menyanyikannya untuk menguatkan getaran sihir yang mereka miliki.

Dari seluruh penyihir yang ada, inilah merupakan definisi utama diri mereka: kesenian dan kraf tangan. Namun sudah pastinya mereka memerlukan kestabilan dan keharmonian bagi memastikan jampi mereka menjadi dengan jayanya.Untuk melakukannya, mereka perlu memusatkan seluruh jiwa dan raga mereka. Hanya dengan cara inilah, mereka akan mengetahui betapa hebatnya mereka. Jika anda adalah Libra, komposkan sebuah jampi pada malam ini  dan aktifkannya dengan muzik dan irama yang anda sendiri ciptakan!

8. SCORPIO: AHLI SIHIR MALAM

Penyihir yang lahir di dalam bintang ini akan merasa penuh berinspirasi dan dikurniakan pencerahan ketika di malam hari iaitu tepatnya pada tengah malam, iaitu ketika kesunyian memecahkan keheningan di waktu tersebut manakala kegelapan pula mendominasi saat itu. Jangan keliru diantara kegelapan dan kejahatan. Scorpio sebenarnya mempunyai kebolehan untuk mengetahui segala yang tersembunyi.

Apa yang tersembunyi dan penuh rahasia akan menyebabkan rasa curiga mereka semakin kuat, dan membangkitkan naluri hati mereka yang luar biasa hebatnya. Mereka mempunyai keupayaan untuk mengoyakkan permukaan yang menutup apa yang tersembunyi di dalamnya. Demikianlah sebenarnya cara untuk mereka mempelajari sesuatu. Dari seluruh penyihir yang ada, ahli astrologi menganggap mereka adalah zodiak penyihir yang paling bijaksana. Mereka mungkin mudah merasa takut namun akan menolak perasaan tersebut jauh dari dirinya. Jika anda adalah Scorpio, cubalah melakukan hal ini. Menjelang tengah malam, pergi keluar dan cari lokasi yang gelap dan tersembunyi. Pandanglah ke langit dan nyatakan hasratmu di dalam hati.

9. SAGITTARIUS: AHLI SIHIR PETIR

Penyihir yang lahir di dalam bintang ini adalah anak-anak Zeus, atau Thor atau juga dikenali sebagai Musytari, iaitu Dewa Petir! Mereka memiliki kemampuan untuk terus langsung mengeluarkan listrik tenaga yang tebal ke atas apa pun yang mereka inginkan. Mereka adalah seorang yang adil dan penuh hikmah serta mampu mengaktifkan sihir yang sangat kuat.

Dari seluruh penyihir yang ada, mereka mampu pergi lebih jauh dan memecahkan rantaian yang menghalangi keinginan mereka melalui hikmah dan sifat optimis yang mereka miliki. Apabila petir mulai menyambar, segalanya tidak lagi mustahil, demikianlah definisi tentang sihir mereka. Jika anda adalah seorang Sagittarius, fokus pada tangan anda dan fikirkan tentang keinginan anda terus menerus sehingga anda dapat merasakan tenaga listrik seolah-olah dapat anda rasakan dan sentuhilah mangsa yang anda inginkan. Dari situ anda akan mampu mencari bagaimana untuk menyalurkan jampi secara langsung.

10. CAPRICORN: AHLI SIHIR HIJAU

Penyihir yang lahir di dalam bintang ini mampu dengan mudahnya mengukuhkan dominasi sihirnya di kawasan bandar mahupun di desa pada masa yang sama! Mereka mampu menepuk kuasa alam semula jadi dan mengaktifkan terus ke kehidupan seharian mahupun kerjaya mereka.

Saturn yang juga dikenali sebagai "Planet Seluruh Ahli Sihir" adalah pemerintah Capricorn dan memberikan mereka keupayaan untuk mengawal daya elemen dengan kasih sayang dan juga penuh disiplin. Jika anda adalah seorang Capricorn, anda boleh mencuba berjalan dan mencari sebuah pohon yang istimewa dimana anda merasakan mempunyai hubungan alam dengan pohon tersebut. Peluklah pohon itu dan menjadi satu dengannya, lalu apabila anda telah bersedia, aktifkan tenaga yang anda miliki menuju ke masa hadapan untuk kerjaya anda.

11. AQUARIUS: AHLI SIHIR BINTANG

Penyihir yang lahir di dalam bintang ini sangat mudah menyesuaikan diri dengan peredaran planet dan bintang-bintang. Apabila mereka memandang ke langit pada waktu malam, mereka mempunyai nawaitu yang kuat bahawa mereka adalah sebahagian dari sesuatu yang luar biasa dan meskipun jika ada diantara mereka tidak tahu tentang hal ini, mereka sebenarnya berkupayaan tinggi untuk menyalurkan tenaga bintang-bintang di langit ke dunia ini.

Bintang-bintang di langit kelihatan seperti jaringan yang gergasi dan mereka adalah sebahagian darinya. Cukup sekadar memandang ke langit, mereka tahu dan merasakan bahawa dirinya tidak bersendirian. Segala-galanya saling berkaitan baginya. Masa lampau, kini dan masa hadapan saling berhubungan. Maka kerana itu, apa-apapun sebenarnya tidak mustahil di mata Aquarius. Jika anda seorang Aquarius, sila cuba lakukan hal ini. Pada waktu malam, keluar dari rumah dan berbicaralah dengan bintang-bintang tentang segala hasrat di hatimu!

12. PISCES: AHLI SIHIR KAYANGAN

Penyihir yang lahir di dalam bintang ini sangat mudah untuk berurusan dengan dunia para dewa dewi daripada dunia fizikal yang fana ini. Para penyihir ini dengan senangnya dapat menjemput makhluk-makhluk kayangan atau dewa dewi ke dalam hidupnya dan membina hubungan yang kukuh dan erat dengan roh-roh alam semulajadi.

Di antara para penyihir yang ada, inilah satu-satunya ahli sihir yang hidupnya di dunia, namun kepunyaan dunia yang satu lagi. Ketahuilah bahawa tidak ada satu Pisces pun yang mempunyai 100% kemahuan di dalam dunia yang dipenuhi kebendaan ini. Mereka sangat mengetahui bahawa jauh dilubuk hati mereka merindui kebenaran yang tertinggi. Maka kerana itu sejak dari awal usianya mereka berimaginasi tentang dunia apakah yang sesuai untuk mereka. Jika anda adalah seorang Pisces, cuba lakukan hal ini. Tanam beberapa buah bunga Digitalis Purpurea (nama lainnya adalah Foxglove) berdekatan dengan rumah anda, lalu setiap pagi pelawalah roh-roh alam semula jadi untuk datang dan tinggal di sana. Namun, hendaklah berhati-hati ketika mengendalikan bunga ini, kerana ia nya mempunyai racun yang merbahaya.

PENULIS INGIN MENAMATKAN ENTRI INI DENGAN SATU VIDEO SAJAK YANG DICIPTAKAN OLEH F.M, SEORANG PENYAJAK DAN PAKAR ASTROLOGI YANG BERAGAMA WICCA. SELAMAT MENONTON DAN MENDENGARKANNYA.




Sunday, August 26, 2018

(ADULT 18+) KEDUDUKAN SETIAP BINTANG ZODIAK BERDASARKAN BETAPA HEBATKAH MEREKA SEBAGAI KAKI YUM-YUM.

Hari ini penulis ingin memberi entri yang sedikit kedewasaan dan sebenarnya agak keberatan menulisnya, namun merupakan salah satu norma kehidupan yang biasa. Artikel asalnya ditulis oleh Chrissy Stockton, seorang ahli astrologi di Amerika Syarikat.

Entri ini hanya boleh dibaca oleh golongan yang berusia 18 tahun ke atas sahaja! Sebarang pembaca yang tidak mencapai usia 18 tahun ke atas, hendaklah berhenti di sini.

Entri ini adalah berjudul "KEDUDUKAN SETIAP BINTANG ZODIAK BERDASARKAN BETAPA HEBATKAH MEREKA SEBAGAI KAKI YUM-YUM (KISSER).



1. ARIES

Aries adalah golongan yang tidak mudah merasa malu dalam semua hal melibatkan dirinya dengan si kekasih bahkan dalam soal bercium. Sebagai contoh, mereka berani memegang tanganmu ketika di majlis keramaian, membawamu ke suatu tempat yang sunyi apabila mereka merasakan mereka ingin menciummu atau boleh sahaja menciummu secara tiba-tiba pada waktu minda anda sedang berfikir tentang sesuatu hal yang lain yang ingin anda lakukan ketika itu. Sebagai bintang zodiak paling berani dalam skill ini, anda pastinya merasai keghairahan ketika bersama dengan seorang Aries.

2. LEO

Leo amat menyukai sekiranya anda menjadikan dirinya sebagai perhatian utama dalam hidup anda dan ternyata mereka mampu memperkembangkan skill-skill ciuman jika inilah persoalannya. Mereka pastinya akan menunjukkan skill-skill yang menarik, hangat, mengiurkan hinggakan anda merasakan seperti ini adalah seperti di filem "PL 13" hinggalah ke "OMG tadi X sekarang ini pula!" berdasarkan apa yang anda inginkan. Mereka ingin membuatkan anda kagum sekaligus ghairah terhadap diri mereka, dan mereka tidak akan berhenti untuk mencium anda agar anda terpesona dengannya.

3. SAGITTARIUS

Siapakah yang tidak menyukai ciuman-ciuman yang manja dan nakal bukan? Sagittarius terkenal dalam skill memberikan ciuman hangat, padat, dan menghairahkan sehinggakan membawa dirimu melayang ke samudera penuh bergelora. Bahkan anda akan merasakan dirimu terbang kerana ciuman yang ringkas dan "menghiburkan" dari si Sagittarius.Ia adalah satu permulaan yang hebat bagi sesuatu yang lebih dari sekadar ciuman ketika berhubungan dengannya.

4. LIBRA

Ada sesuatu tentang Libra yang menyebabkan dirimu ingin bercium dengannya. Mereka jarang sekali memulakannya, namun mereka mampu menarik orang yang disukainya untuk bercium dengan mereka apabila mereka menginginkannya. Mereka bukanlah sebenarnya pakar dalam soal bercium, namun mereka adalah pakar untuk membuatkan orang ingin bercium dengannya.

5. AQUARIUS

Aquarius ---hmmm...sebenarnya penulis malas nak tulis tapi mesti adil bukan? Aquarius adalah pakar dalam skill gigitan di bawah bibir dengan baik dan mengiurkan. Ia nya adalah kerana personaliti mereka, berfikir dan "sangat dalam" namun dengan sisi yang agak kasar dari yang anda sangkakan. Mereka agak sukar menyalurkan skill fizikal mereka jika bukan dengan orang yang tepat untuknya, namun apabila orang itu adalah benar-benar dicintainya, bersedialah untuk cair.

6. GEMINI

Tidak ada apa yang dapat dibandingkan ketika berciuman dengan seorang Gemini. Apa-apa skill yang mereka kurang di dalamnya, mereka akan berusaha dengan sepenuh hati dan bertenaga. Mereka sangat-sangat teruja untuk bercium dengan anda ibarat dunia ini hanya milik kalian berdua, meskipun ciuman itu secara keseluruhannya agak "basah" bagi citarasa si kekasih.

7. CAPRICORN

Capricorn adalah seorang kaki yum-yum yang sangat bersifat logik dan logistik. Mereka bersedia untuk masuk dan keluar dengan apa yang mereka inginkan. Berhati-hati! Ketika mereka bercium dengan anda, seorang Capricorn akan berfikir tentang bagaimana anda menciumi dirinya dan sama ada ia nya setanding dengan skil apakah yang mereka harapkan dari dirimu. Bukan salah mereka pun, kerana mereka sememangnya mempunyai citarasa yang tinggi dalam soal ini.

8. TAURUS

Andalah orang yang paling bertuah jika anda mendapat peluang untuk bercium dengan seorang Taurus! Meskipun mereka tidaklah begitu mempertonjolkan keinginan seperti ini dalam kehidupan seharian mereka, mereka tetap membuatkan seseorang yang mereka ingin jadikan sebagai pendamping agar kekal ceria dan merasa selamat dalam perhubungan. Taurus sebenarnya menyukai seni melakukan perhubungan jauh dari sekadar ciuman, maka mereka akan meletakkan segala usaha di dalamnya, terutamanya tentang selok belok skill tersebut. Mereka akan menciummu dengan cara anda mahukan sebenar-benar erti ciuman--seolah-olah seluruh jiwa mereka di dalam dirimu ketika itu.

9. VIRGO

Virgo adalah seorang yum-yum yang terbaik. Mereka bahkan akan mengoogle "bagaimana untuk menjadi seorang pencium yang hebat" sehinggakan tiada apa yang kurang di dalam "bidang" ini. Mereka tidak akan pernah membiarkan sebarang kekurangan pun di dalam hidup mereka, dan ini bukanlah kali pertama di dalam hidupnya tentang soal itu. Anda akan tahu dengan tepat seseorang itu Virgo atau tidak jika selepas beberapa pertemuan intim, mereka akan bercium dengan mu dan memerhatikan ciuman yang bagaimanakah yang anda inginkan. Percayalah!

10. CANCER

Ciuman dari si Cancer adalah sebuah pengalaman menyeluruh yang sentimental. Mereka akan penuh perasaan, dan mengunakan tangan mereka menyentuh dirimu ketika bercium dengan begitu mendalam ketika bersamamu. Mereka akan menyambungnya hingga ke pipi, leher, telinga dan dagu, apa sahaja yang mampu mereka lakukan ketika berintiman denganmu agar engkau merasa bahagia dan gembira bersamanya.

11. SCORPIO

Scorpio sentiasa memulakan langkah pertama dari anda! Itulah hakikat sebenarnya apabila anda orang yang tepat buat dirinya. Mereka juga lambang sebenar bagi ciuman itu sendiri. Jika mereka mahu melakukanya, mereka akan dengan sendirinya melakukannya meskipun tanpa meminta keizinan dari anda pun. Seseorang yang penuh keghairahan dan kegilaan, mereka akan mendekatkan tubuh mereka dan menunjukkan kualiti seksual mereka kepada mu tanpa berfikir panjang pun. Beberapa minit diperlukan untuk diri anda mengingat siapa nama anda sebenar selepas berciuman dengan seorang Scorpio!

12. PISCES

Tidak lain dan tidak bukan, Pisces lah pemenang sebenar dalam "bidang" ini! Mereka sangat baik hati, memiliki jiwa dengan penuh perasaan yang tidak mementingkan diri sendiri apabila ia nya berkaitan dengan skil bercium. Mereka tidak akan berhenti bagi memastikan pasangan mereka mendapatkan pengalaman yang luar biasa! Mereka sentiasa fokus pada suatu suatu benda dalam masa yang sangat lama, dan jika benda itu adalah ciuman, andalah insan yang paling beruntung di dunia ini! Lucky you dude, trust me!







Saturday, August 25, 2018

KEDUDUKAN RAS BINTANG ZODIAK MENURUT ASTRONOMI (ILMU KAJIAN FALAK SAINTIFIK)

Ilmu falak atau ilmu hisab yang juga dikenali ramai sebagai astronomi adalah ilmu saintifik semulajadi untuk mempelajari objek-objek luar angkasa dan fenomena. Ilmu ini melibatkan matematik, fizik dan kimia, di dalam usahanya memperjelaskan tentang objek di luar angkasa yang melibatkan gugusan bintang atau buruj dan fenomena di luar angkasa. Di antara objek-objek yang menjadi perhatian adalah planet-planet, bulan, matahari, galaksi dan meteor serta fenomena seperti peredaran bulan dan matahari, peredaran planet terhadap matahari, peredaran galaksi terhadap lubang hitam gergasi (supermassive black hole), letupan supernova, semburan sinar gamma (gamma rays burst) dan berbagai lagi.




Astronomi merupakan diantara ilmu sains semula jadi yang paling tua di dunia sepanjang sejarah yang manusia ciptakan. Astronomi mempunyai disiplin ilmu yang melibatkan astrometri, navigasi bintang, astronomi pemerhati atau observational astronomy serta digunakan untuk membuat kalendar-kalendar, namun bidang astronomi yang professional dinamai sebagai astrofizik (astrophysics).

Pada masa dahulu, astronomi hanyalah terhad kepada objek-objek seperti ras bintang atau formasi buruj yang dapat dilihat dengan mata kasar. Di antara penemuan arkeologi masa kini adalah mengenai beberapa artifak yang digunakan untuk tujuan astronomi di beberapa lokasi pada zaman lampau. Para arkeologi juga berpendapat bahawa astronomi juga digunakan untuk menentukan peredaran musim, sebagai salah satu faktor bagi mengetahui musim menuai sayur-sayuran dan buah-buahan. Selain itu, ia juga digunakan untuk menentukan masa yang tepat untuk melangsungkan perkhawinan, bahkan di beberapa lokasi arkeologi di Yunani, Mesir, China dan di benua Afrika, para arkeologi mendapati astronomi digunakan bagi menentukan waktu sesuai untuk mencari pasangan atau musim untuk mengawan wanita yang mereka berahikan.  Di samping itu, diantara tujuan utama astronomi pada zaman kuno dahulu adalah ilmu astrologi bagi tujuan keagamaan atau kepercayaan secara setempat.

Bagi entri kali ini, penulis ingin menyampaikan mengenai kedudukan ras bintang 12 zodiak secara ilmiah atau saintifik dengan mengunakan method atau cara yang asal iaitu secara astronomi.

1. ARIES

Aries adalah bintang Hamal dan Sheratan, iaitu ras bintang Alpha dan Beta. Selalunya kedua bintang ini bukan hanya dilihat dekat diantara satu sama lain, bahkan jarak diantara keduanya hanyalah 6 tahun cahaya sahaja!

2. LEO

Leo adalah ras bintang yang benar-benar sebijik seperti singa, iaitu nama yang ia perolehi. Di dalam ras bintang ini mengandungi bintang kecil yang dinamai sebagai Regulus dan beberapa buah galaksi yang berbentuk spiral. Ras bintang ini sebenarnya adalah Regulus dan Algieba. Regulus terletak di bahagian bawah kanan ras bintang dan jaraknya dari bumi adalah sebanyak 90 tahun lamanya. Ia nya bersaiz lima kali ganda dari saiz matahari kita. Algieba pula adalah bintang paling terang kedua di dalam ras bintang, dan jika dilihat melalui teleskop, ia nya kelihatan seperti dua buah bintang yang berkilauan emas.

3. SAGITTARIUS

Ras bintang ini adalah kawasan paling sibuk di angkasa dimana ia mengandungi banyak nebula dan berbagai-bagai gugusan bintang. Berdekatan sempadannya dengan Ophiuchus, terdapat bintang X Sagittarii yang tidak membawa ancaman terhadap galaksi kita, meskipun kedudukannya adalah hanya satu degree dari pusat galaksi. Garisan busur Sagittarius sebenarnya bermula dari penghujung struktur pemegang tersebut dengan Kaus Borealis di atasnya dan Kaus Australis di penghujungnya. Albaldah merupakan bintang yang paling terang di ras bintang ini. Busur kecil dan anak panah tersebut adalah gugusan bintang yang berbentuk cawan kecil bernama M7 boleh dilihat dibahagian bawah tengah.

4. LIBRA

Ras bintang Libra boleh ditemui diantara ras bintang Scorpio dan Virgo. Kedudukan sebenarnya adalah jam 15 ke kanan menaik, dan sudut selisih nya adalah -15 degree. Libra boleh dilihat jelas pada latitude 65 dan -90 degree. Penampakan Libra paling terang adalah pada bulan Jun pukul 9 malam. Libra adalah ras bintang Venus. Antares dianggap sebagai bintang paling bercahaya di Libra meskipun mempunyai dua bintang sederhana terang yang terkenal iaitu Zubenegenubi dan Zubeneschamali. Bintang-bintang lain yang dinamakan di Libra adalah seperti berikut: Zuben Elkrab, Zuben Elakribi dan Brachium.

5. AQUARIUS

Aquarius adalah ras bintang yang kedudukannya adalah diantara Capricornus dan Pisces pada perjalanan tahunan matahari di sekeliling langit. Matahari melintasi gugusan bintang ini pada pertengahan Febuari hingga pertengahan Mac. Aquarius dilihat menganjur dari kawasan khatulistiwa ras bintang hingga ke hemisfera selatan. Ras bintang ini dikelilingi oleh Pegasus Equuleus dan Delphinus di sempadan utara, Aquila di barat, Capricornus di sempadan barat daya, Piscis Austrinus dan Sculptor di di bahagian selatan, Cetus di timur dan akhir sekali Pisces di sisi timur laut. Bintang Sadalmelhc berada di gugusan bintang ini dan dinamai sebagai "Lucky si bintang raja" serta merupakan bintang Alpha paling terang di gugusan ini. Selain itu, bintang lainnya adalah Sadalsuud iaitu bintang Beta di Aquarius.

6. GEMINI

Ras bintang Gemini sebenar tidak sukar untuk dicari. Apa yang harus anda lakukan hanyalah mencari dua bintang yang terang berbentuk seperti kepala dua orang kembar! Dua bintang ini dinamai sebagai Castor dan yang satu lagi adalah Pollux. Selepas anda berjaya menjumpai dua bintang yang berbentuk kepala dua orang kembar tersebut, perhatikan dengan teliti dua pasang tangan dan kaki kedua bintang ini. Secara grafik dalam gugusan buruj ini, dua bintang ini seperti dua orang kembar yang berpegangan tangan. Kedua-duanya adalah sangat bersinar, Castor di sebelah kanan dan Pollux di sebelah kiri. Pollux merupakan bintang yang paling hampir dan paling dekat dengan sistem suria kita.

7. CAPRICORN

Berkewujudan seperti seekor kambing gurun, serta selalu diperlihatkan dengan ekor seperti ikan, kumpulan bintang ini paling jelas dilihat di akhir musim panas di hemisfera utara Bumi. Ia nya adalah perumah bagi berbagai-bagai gugusan bintang Globular M30. Bintang paling terang bagi Capricorn adalah planet Saturn. Nashira, Dabih dan Algedi merupakan bintang-bintang utama di ras ini. Algedi adalah bintang terang yang dilihat bersama dengan Dabih di bahagian bawah dan cenderung ke arah kiri, manakala bintang Nashira di sebelah kanan.

8. TAURUS

Bintang paling terang di dalam ras ini adalah matahari gergasi berwarna jingga bernama Aldebaran, iaitu bintang yang kelihatan aneh berbentuk seakan-akan seekor sapi, dan boleh dikatakan dekat dengan sistem suria kita dimana jaraknya adalah 65 tahun cahaya yang ganjil (Ertinya dihitung mengunakan angka ganjil dalam kelajuan cahaya). Juga boleh dilihat pada ras bintang ini adalah sebuah bintang berwarna biru yang terbentuk di bucu hujung tanduknya. Di dalamnya juga anda akan dapat menemui bintang yang lain iaitu Aldebaron, iaitu antara bintang yang paling bersinar pada waktu malam diperkirakan pada jarak 55 tahun cahaya dari bumi. Juga di dalam gugusan bintang ini anda akan menemui gugusan bintang yang lain dinamai sebagai Pleiades, yang kelihatan seperti sekelompok gugusan yang berjumlah 6 bintang sahaja. Setiap gugusan Pleiades di dalam gugusan ini terdapat beberapa ratus bintang yang kelihatan seperti saling dekat diantara satu sama lain, namun sebenarnya ratusan tahun cahaya jaraknya sesama sendiri.

9. VIRGO

Ras bintang kedua terbesar yang dilihat dilangit pada waktu malam, tewas hanya 9 degree bersegi empat sama dari pendahuluinya iaitu Hydra. Pada jalur Virgo terdapat lapangan besar galaksi diperkirakan 60 million tahun cahaya jaraknya dari galaksi kita. Bintang magnitud pertamanya adalah "spica". Ia nya adalah bintang paling lemah diantara dua bintang paling bercahaya di gugusan ini. Marikh adalah bintang paling bercahaya di lingkungan gugusan ini dengan badannya yang kelihatan kemerah-merahan.

10. CANCER

Cancer merupakan sekumpulan bintang yang tidak ketara jalurnya. Ia adalah rumah bagi gugusan bintang yang kompleks dan kelihatan seperti sarang lebah atau dikenali sebagai Praesepe. Dicatatkan secara jelas oleh para pemerhati bintang-bintang, Cancer adalah gugusan bintang yang terbuka, perumahan bagi Praesepe inilah ras bintang Cancer. Ras bintang ini adalah berjarak lebih kurang 557 tahun cahaya jauhnya dan berusia lebih kurang 730 million tahun lamanya. Gugusan ini mempunyai lebih kurang 250 bintang dan berkemungkinan lebih banyak dari yang disangka, iaitu sebanyak 350 bintang di dalamnya.

11. SCORPIO

Ras bintang ini boleh dilihat pada musim panas di hemisfera utara, namun paling jelas dari hemisfera selatan mahupun di bahagian selatan benua Amerika. Ia nya adalah gugusan bintang yang besar dan penting bagi para pemerhati bintang-bintang. Di antara bintang yang paling bercahaya di gugusan ini adalah matahari gergasi berwarna merah yang paling terkenal iaitu Antares selain dari pelbagai jenis gugusan dan objek angkasa di luarnya. Antares adalah matahari yang berwarna sangat merah dan dianggap sebagai jantung kala jengking. Antares terletak di bahagian atas kanan dan paling bersinar di Scorpius. Milky Way pula kelihatan sedikit ke sebelah kanan dengan tidak begitu jelas, gugusan globular yang berada tepat di sebelah kanan Antares pula adalah gugusan bintang M4.

12. PISCES

Di sebalik namanya yang indah, kedudukan dan saiznya di gugusan bintang zodiak, bintang-bintang yang berada di gugusan ini agak sedikit mengecewakan. Alpha Pischium atau dikenali ramai sebagai Alrisha atau "the Cord" dimana menjadi perlembangan titik utama diantara dua ikan bertemu. Alrisha bukanlah bintang paling bersinar di ras bintang Pisces, namun kemuliaan itu sebenarnya dimiliki oleh Gamma Piscium, iaitu berada di kawasan menuju ke barat jalur ikan tersebut. Ini adalah gugusan bintang yang berbentuk heksagon, meskipun kelihatan kabur, namun masih dapat dikenalpasti kerana bentuknya. Jalur ikan di bahagian utara agak kurang diklasifikasikan bentuknya, kerana ia nya gugusan bintang yang tidak teratur menuju ke galaksi Andromeda. Objek yang paling bersinar di Pisces adalah planet Musytari atau Jupiter. Kebanyakan tempat di ras bintang Pisces adalah Gamma Piscium. Ke bawah dan menuju ke kiri Gamma adalah bintang yang paling popular bernama Piscium. Manakala, Omega pula boleh ditemui di sebelah kiri dan menaik ke atas menuju ke Andromeda.


GAMBAR DIBAWAH DIAMBIL PADA TAHUN 2006 OLEH STEPHEN HAWKING SENDIRI, DIKONGSIKAN DI LAMAN WEB KOMUNITI ASTROPHYSICISTS PADA TAHUN 2010 OLEH PEMBANTU BELIAU.



SEKAPUR SIRIH DARI MEJA PENULIS BLOG

Dilahirkan di Melaka pada tanggal 27 Januari 1991, bintang Aquarius dan membesar di sebuah kem tentera di Semenanjung sebelum berpindah ke Sarawak tanah airnya sendiri pada tahun 1980. Pernah belajar di salah sebuah sekolah di bandar Sibu sebelum berpindah ke luar bandar. Pernah bekerja di sebuah kilang mee segera di Pasir Mas, Sibu setelah tamat tingkatan 3 iaitu selesainya peperiksaan PMR. Kemudian, selepas tamat SPM, admin melanjutkan pelajaran ke tingkatan 6 bawah di SMK Rosli Dhoby sebelum berpindah ke salah sebuah kolej separa kerajaan di Kuching selepas menerima tawaran dari kolej berkenaan.
Ketika di Politeknik, penulis blog pernah bertemu dengan dua pelajar perempuan yang juga adik beradik kembar dari Nabawan, Sabah yang mengambil jurusan melibatkan pensijilan bernama Angelynn (bintang Capricorn) dan Ivory (bintang Cancer). Mereka berserta dua sahabat lainnya Eustacia (bintang Sagittarius) dan Aireen (bintang Libra) merupakan empat sekawan yang mempelajari ilmu astrologi, dan mempunyai kepakaran dalam sub-bidang masing-masing. Ya! Keempat-empat mereka memiliki elemen yang berbeza.

Angelynn mempunyai kepakaran dalam Mundane Astrology atau astrologi yang melibatkan nasib sesebuah negara atau sesebuah bangsa melalui graf matematik tambahan yang melibatkan formula campuran astronomi dan astrologi.

 Manakala Ivory pula mempunyai kepakaran dalam bidang Serious Astrology atau astrologi yang mendalam tentang ilmu falak atau ilmu hisab kaji bintang yang melibatkan perhubungan diantara dua planet atau bintang untuk menentukan ramalan bagi setiap zodiak.

Eustacia memiliki kelebihan dari segi Horary Astrology iaitu ilmu untuk menentukan detik tertentu dan saat bertuah untuk meraihkan sesuatu dengan jayanya.

Dan terakhir sekali adalah Aireen. Beliau sangat mahir dalam Natal Astrology. Natal Astrology melibatkan ilmu perhitungan melalui horoskop ketika di saat kelahiran yang melibatkan bayi.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang sebahagian asas astrologi, sila lawati laman web ini:

http://www.math.nus.edu.sg/aslaksen/projects/kh-urops.pdf

Di jadikan cerita, suatu hari penulis pernah bertemu dengan mereka atas dasar ingin tahu apakah yang mereka pelajari dan akhirnya, kerana minat dalam bidang astronomi, penulis mulai menyertai untuk melihat apa sebenarnya ilmu astrologi yang mereka amalkan selama ini. Sejujurnya penulis sebenarnya tidak mempercayai hal-hal yang berkaitan dengan spirituality dengan mengunakan kaji bintang, namun kerana mereka dapat meneka personaliti penulis secara tepat, maka penulis memberanikan diri untuk mengetahui apakah dunia astrologi sebenar.

Mungkin selepas itulah, penulis mulai menceburi dunia astrologi selepas beberapa sesi yang melibatkan astrologi secara asas. Namun, penulis hanya mahir dalam Simple Astrology dimana bidang tersebut adalah asal ilmu astrologi sebenar. Pada permulaannya melalui sejarah astrologi sebenar di dalam Kitab Astrologi Kuno (penulis tidak mengetahui dari manakah mereka mendapatkan kitab tersebut), tidak melibatkan ramalan atau kajian secara mendalam. Inilah ilmu yang dinamai sebagai Simple Astrology yang ditulis oleh admin di dalam blogspot ini. Ia berdasarkan jenis zodiak dan personaliti mereka, dan pada masa yang sama melalui personalitinya, seorang ahli astrologi itu mampu mengetahui kerjaya, perhubungan, kualiti seksual dan dasar kewangan setiap bintang zodiak.

Selain itu, dari pembelajaran yang diterima ketika itu, penulis juga telah memahami asal usul astrologi yang lain, namun sejarawan masih belum menentukan tarikh atau tempat sebenar munculnya bidang astrologi yang lain secara terperinci setakat ini. 

Menurut kitab tersebut, Serious Astrology muncul pada zaman Babilon di awal era pertama kemunculan kerajaan di dunia. Ilmu Serious Astrology diperkembangkan di kota Nippur, Babilon sebelum tersebarnya ilmu tersebut ke kota Ur dan kota Mesopotamia iaitu pusat segala kota di kerajaan Babilon.

Natal Astrology pula bermula di kota Konstantinopel atau kota suci umat Kristian yang pertama oleh sebuah gerakan ahli astrologi yang kemudiannya melarikan diri ke kepulauan Celtic di Ireland dan sebahagiannya ke tanah Scandinavia. Pada awalnya mereka menamakan diri mereka sebagai Christian Witch namun kemudian gerakan ini dibunuh dan diburu oleh tentera Salib melalui arahan Maharaja Justinian I, yang juga dikenali sebagai Saint Justinian the Great.

Manakala, Horary Astrology dikatakan wujud di sekitar tanah Inggeris atau England pada zaman gelap di Eropah dan bergerak ke selatan Eropah dan bertapak di Turki. Namun, oleh kerana kerajaan Turki Uthmaniah mengharamkan ilmu astrologi pada saat itu, mereka belayar menuju ke Spanyol dan Portugal sebelum bergerak bersama sekumpulan orang menuju ke benua Amerika Utara. 

Mundane Astrology dikatakan bermula berabad lamanya di Mesir dan bergerak ke Syria namun berkembang di zaman Sultan Murad III di Turki di saat perkembangan ilmu sufisme. Bahkan, pada hari ini, masih ada tinggalan sejarah astrologi di Turki seperti Zubdat al-Tawarikh yang dibina di zaman sultan tersebut pada tanggal 1583.

Secara keseluruhannya, ilmu astrologi yang pada awalnya melibatkan hal-hal zodiak dan personaliti telah diperkembangkan di seluruh pelosok dunia dan dipelbagaikan cabang ilmu yang melibatkan kaji bintang. Sebagai seorang penulis yang berfikiran rasional, admin lebih memilih Simple Astrology untuk diceburi kerana ia nya adalah "Origin of Astrology" itu sendiri. Simple Astrology tidak melibatkan ramalan-ramalan, perhitungan-perhitungan yang aneh lagi mencampur adukkan astrologi dan astronomi apatah lagi mempercayai hitungan astrologi melibatkan bayi mahupun melibatkan bangsa. 

Ini kerana penulis mahu para pembaca memahami secara ringkas bahawa ilmu astrologi yang pada hari ini yang terlalu kompleks adalah hasil dari karangan orang yang telah melakukan editasi secara berlebihan serta melampaui batasan dari asas astrologi itu sendiri.

Penulis juga mengharapkan para pembaca dapat mendapatkan informasi berguna dan beriktibar dari penulisan ini. Ketahuilah meskipun ramalan-ramalan atau hitungan itu tepat sekalipun, ia nya tetap tidak terlepas dari takdir Ilahi dan diri kita sendiri yang menentukan siapa kita pada hari ini.

Tambahan:

Penulis kini merupakan seorang aktivis politik, aktivis alam sekitar dan kemanusiaan, merupakan salah seorang blogger bebas yang memberikan sokongan kepada UNHRC (United Nations Human Rights Council), juga terlibat dalam komuniti petition online - diantara nya adalah membuat petition untuk membantu menyelamatkan pelajar Bangladesh yang mahukan perubahan dari segi keselamatan jalan raya oleh para pemandu bas di Bangladesh yang tidak cermat dalam pemanduan dan inginkan undang-undang jalan raya diperketatkan, membantu membuat petition online untuk memulihkan tanah yang tidak lagi subur di Bangladesh, petition online untuk membantah tindakan Kesatuan Eropah meluluskan rang undang-undang LGBT, petition untuk meluluskan penstrukturan semula sempadan Israel-Palestin yang menyebabkan konflik di rantau tersebut bersama dengan NGO Neturei Karta, petition untuk menghentikan konflik Ukraine-Rusia, petition untuk membantah pemilikan senjata nuklear di Israel, petition untuk membantu mangsa gempa di Jepun, petition untuk meminta perhatian Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi membanteras gejala penagih dadah dan jenayah yang kian meningkat di Brazil, petition untuk memohon bantuan perubatan bagi mangsa penyakit berjangkit Ebola di Afrika, petition untuk meminta bantuan UNEP (United Nations Environment Programme) dengan kerjasama UNHRC mengadakan secara besar-besaran World Environment Day yang akhirnya diraikan setiap 5 Jun, petition online untuk membantu warga Syria yang melarikan diri dari rejim Bashar Al Assad, petition online untuk membantah tindakan Arab Saudi ke atas kedaulatan Yaman dan beberapa yang lain, juga seorang ahli dalam Persatuan Dayak Sarawak (PEDAS) yang terlibat dalam misi membantu warga Sarawak yang kurang bernasib baik dan membuat kerja-kerja kebajikan serta melibatkan diri dalam kes melibatkan tanah adat, dan pernah memenangi pertandingan Public Speaking di peringkat sekolah pada tahun 2007.

Terima kasih kerana membaca ringkasan dari penulis. Bangsa yang berjaya adalah bangsa yang banyak membaca. Iqra! Bacalah!










Friday, August 24, 2018

KERJAYA TERBAIK BAGI SETIAP ZODIAK YANG MUNGKIN MEMBUATKAN ANDA TERKEJUT!

Sejak dari permulaan bermulanya ilmu astrologi, manusia sering mencari misteri disebalik bintang-bintang untuk sesuatu petunjuk dan sebagai sebuah panduan bagi diri mereka. Di antara persoalan terbesar bagi diri kita sebagai manusia berkemungkinan seperti ini:

"Apakah matlamat hidup ku ini?"

"Bilakah seru untuk diriku akan tiba?"

Adakah anda, wahai para pembaca, benar-benar bahagia menjadi seorang ketua yang mengetuai sebuah kumpulan atau mungkin juga di sebuah syarikat, atau mungkin anda merasakan bahawa ia nya adalah suratan takdir untuk anda menjadi seorang pembantu jualan, atau mungkin juga menjadi seorang aktivis bagi sesuatu organisasi?

Benarkah anda betul-betul peduli tentang kerjaya anda selagi masa cuti dan hari minggu anda penuh dengan keseronokan? Tahukah anda bahawa tanda zodiak anda boleh menjadi garis permulaan untuk memulakan kerjaya yang sesuai untuk diri anda dan membuatkan anda sentiasa terhibur ketika melakukan perkerjaan berkenaan?

Sebagai seorang admin yang mahir dalam ilmu astrologi sekaligus astronomi, adalah menjadi tanggungjawab admin untuk membantu para pembaca untuk mengenali dunia kerjaya anda yang sebenar berdasarkan perhitungan peredaran bintang melalui formula ilmu falak atau ilmu hisab tanda bintang zodiak anda. Bahkan, mungkin bagi yang baru mengenali dunia astrologi, anda pastinya terkejut dengan beberapa buah kerjaya yang sesuai dengan diri anda.

1. ARIES THE TRAILBLAZER

Perkerjaan paling ideal untuk anda mungkin sesuatu yang berkaitan dengan cabaran dan ia nya haruslah berterusan. Ini kerana anda tidak menyukai perkerjaan yang membosankan. Aries yang terkenal dengan sifatnya mengejar sesuatu dengan agresif, maka kesesuaian mereka adalah perkerjaan yang sentiasa mencabar dan penuh pancaroba. Sebagai permulaan, diantara perkerjaan yang sesuai adalah memulakan bisnes yang baharu, ahli sukan, penari, jurulatih peribadi, jurucakap motivasi, tentera, polis, bomba dan mana-mana perkerjaan yang penuh dengan cabaran.

Ini kerana Aries percaya tentang perlu wujudnya persaingan di dalam hidupnya, maka sudah pasti mereka menyukai perkerjaan yang bersifat permainan atau perkerjaan yang didasari dengan cara mengejar masa. Oleh kerana Aries tidak suka menerima perintah dari orang lain, maka menjadi boss bagi dirinya sendiri adalah langkah yang terbaik.

2. TAURUS THE SCULPTOR

Taurus menginginkan suatu perkerjaan yang bersifat teguh buatannya, memilih untuk melakukannya dengan tangan mereka sendiri, dan mereka mahukan sesuatu itu menjadi indah dan menarik di matanya. Ini termasuklah arkitek, pekebun bunga, penjual bunga, pembakar roti, juru masak, tukang kayu, freelancer, jurugambar alam semula jadi, perancang majlis, juru make up, petani, pekedai barangan perhiasan dan juru dekorasi dalaman.

Apa-apa sahaja yang mereka mampu manipulasikan dan manifestasikan menjadi lebih indah dan cantik, itulah kata kunci kebahagiannya. Teramat penting buat dirinya agar perkerjaan nya disenangi oleh orang ramai. Sebagai salah satu zodiak berelemenkan tanah, mereka mahu membuat perkerjaan yang berguna dan bernilai.

3. GEMINI THE MAGIC MIND

Kerjaya paling sesuai untuk Gemini adalah sesuatu yang mengunakan pemikiran mereka yang pantas sebagai suatu kelebihan buat dirinya. Gemini mampu mempelajari berbagai skill dengan pantas dan mereka mampu melakukan apa sahaja perkerjaan yang diberikan, maka jika anda mampu membayar mereka melakukan perkerjaan yang mengunakan akal fikiran, pastikan anda mendapatkan tandatangan mereka di dalam kontrak. Di antara perkerjaan sesuai untuk mereka adalah sebagai penulis, juru jual, wartawan, atau perkerjaan yang melibatkan dunia digital, komunikasi serta menjadi juru debat, pelawak dan pelakon.

Mereka inginkan perkerjaan yang tidak terlalu serius, dan memberikan mereka fleksibiliti bagi memudahkan urusan perkerjaan yang mereka lakukan.

4. CANCER THE MYSTIC

Cancer mahukan perkerjaan yang berkait rapat dengan nilai saling membantu, bersifat ambil berat, dan benar-benar sesuai dengan jati diri mereka. Perkerjaan mereka selalunya berkaitan dengan wanita dan kanak-kanak, atau mereka akan mencerminkan nilai-nilai tersebut di perkerjaan seharian yang mereka lakukan. Tenaga dari seorang Cancer sebenarnya membawa pulangan yang lumayan dan  mudah bagi mereka untuk memulakan projek yang baru, dan dengan sifat semula jadi mereka yang suka melindungi komuniti yang bersama dengannya, inilah yang menjadikan mereka seorang pekerja yang boleh dipercayai.

 Di antara perkerjaan yang sesuai dengan mereka adalah jururawat, juru terapi, guru, penulis, pekerja bank, dan juga suri rumah sepanjang masa. Mereka juga sesuai untuk berkerja di sektor kerajaan, kerana Cancer mempunyai keselesaan berkerja di tanah air mereka.

5. LEO THE STAR

Laksana bintang di langit yang gemerlapan, demikianlah Leo ingin selalu memberikan sesuatu dan dikenali ramai. Leo mampu melakukan yang terbaik mengalas tugasan yang mampu membuatkan mereka menjadi inspirasi bagi orang lain.

 Mereka cenderung untuk memilih perkerjaan yang penuh kreativiti, bersifat positif dan berdedikasi. Antara perkerjaan yang mereka mampu lakukan dengan penuh bersemangat adalah menjadi guru, para penghibur, usahawan atau usahawati, seorang pakar motivasi, mahupun perkerjaan yang melibatkan media sosial. Mereka juga boleh menjadi ahli khidmat masyarakat dan juga seorang penyanyi. Ini kerana mereka suka mendapat pengiktirafan hasil dari perkerjaan yang mereka lakukan dan ingin merasakan dirinya dihargai oleh semua orang.

6. VIRGO THE MASTER

Virgo adalah seseorang yang sangat terperinci, dan perkerjaan yang terbaik untuk mereka pastinya melibatkan skill teknikal dan bakat-bakat yang spesifik. Mereka mahu melakukan yang terbaik di dalam apa jua perkerjaan yang mereka minati, dan pastinya mereka akan melakukannya dengan sempurna. Meskipun mereka mampu melakukan yang terbaik di minda mereka, Virgo juga boleh menjadi ahli saintis, penyanyi yang professional, pereka fesyen, pakar nutrisi, penulis, jurutera, tukang gunting serta apa sahaja perkerjaan di bidang perubatan.

Virgo adalah seorang yang tidak mementingkan diri sendiri, seorang yang berbakat di dalam dunia industri, dan mereka mampu melakukan kerjaya yang memerlukan ketelitian yang tinggi yang mungkin tidak diminati oleh orang lain di dunia ini.

7. LIBRA THE SOCIALITE

Individu yang mempunyai bintang Libra sebagai zodiaknya sangat berbakat dalam kerjaya yang memerlukan kesempurnaan, yang mampu menghimpunkan ramai orang, unggul, dan berinteraksi seharian (memilih untuk persekitaran yang berkelas tinggi.) Menjadi seorang idola, perancang parti, seniwan atau seniwati, ahli politik, ahli diplomat, juru jual -- apa-apa sahaja perkerjaan yang melibatkan kebebasan untuk menyalurkan karisma mereka yang tinggi.

Berlambangkan simbol neraca, Libra sangat mementingkan kesamarataan dan timbang tara di tempat kerja mereka, dan perkerjaan yang penuh dengan peraturan yang ketat akan membuatkan mereka mudah merasa tertekan dan membosankan.

8. SCORPIO THE INVESTIGATOR

Perkerjaan yang ideal bagi seorang Scorpio adalah sesuatu yang melibatkan gerak hati dan tenaga peribadi mereka. Di antaranya adalah penyiasat persendirian, doktor, perkerja khidmat masyarakat, ahli politik, ahli terapi atau apa-apa yang berkaitan dengan dunia astrologi. Mereka juga sangat meminati perkerjaan yang melibatkan paranormal, dan adakalanya berbakat menjadi ahli silap mata mahupun tukang sihir.

Hak peribadi mereka tersangatlah penting, kerana itulah mereka tidak mahu perkerjaan mereka terlalu umum untuk diketahui oleh orang ramai, jika tidak, mereka akan merasa tidak selesa dan berkemungkinan akan meninggalkan perkerjaan yang mereka miliki.

9. SAGITTARIUS THE SAGE

Perkerjaan yang paling sesuai untuk Sagittarius adalah sesuatu yang mendorong kepada perkembangan dan penyebaran falsafah hidupnya. Mereka amat mengemari kebebasan dan kebenaran yang lebih tinggi di dunia ini. Mereka amat berbakat dengan perkerjaan yang melibatkan pengembaraan seperti agen pelancongan atau menjadi pengembara yang sejati dan melawat ke seluruh tempat di luar negara.

Selain itu mereka juga berbakat menjadi saintis, penulis, model fotografi, wartawan bahkan freelancer. Seorang Sagittarius menghargai apa sahaja yang mampu mempromosikan pembelajaran yang baharu setiap hari dan seiring dengan personaliti moral mereka.

10. CAPRICORN THE CEO

Berkerja keras, itulah kata kunci bagi sifat semulajadi sekaligus merupakan kejayaan bagi seorang Capricorn. Capricorn mempunyai minat dalam bisnes perniagaan, berbakat sekali dalam memulakan sesuatu projek yang baharu dan menjayakan projek atau bisnes tersebut dengan lebih cemerlang, gemilang dan terbilang. Mereka dikenali sebagai nadi industri di dalam ekonomi dan perdagangan kerana kerjaya mereka memerlukan sesuatu yang membawa pulangan yang lumayan.

Capricorn selalunya sesuai untuk perkerjaan yang melibatkan syarikat atau bisnes perniagaan, menjadi CEO atau pengurus yang hebat. Mereka juga mampu menjadi pekerja kerajaan, penguatkuasa undang-undang, pakar pelaburan, usahawan atau usahawati, pekerja bank mahupun pembantu peribadi. Mereka mempunyai kelebihan dalam merancang, mengutarakan pendapat, dan berupaya untuk mengetuai pekerja yang lain ketika berkerja. Jika anda mahukan sesuatu projek itu siap, inilah orangnya!

11. AQUARIUS THE VISIONARY

Secara jujurnya, perkerjaan yang sesuai untuk Aquarius masih belum dikenal pasti. Ini kerana mereka adalah simbol masa hadapan, maka perkerjaan yang sesuai untuk mereka adalah melibatkan teknologi, hal-hal yang berkaitan dengan alam semesta, saintis, perkerjaan melibatkan progress sosialisasi, perancangan yang melibatkan kesan sosial seperti aktivis kemanusiaan dan alam sekitar (ini kerana Aquarius digelar sebagai Kemanusiaan Bintang Zodiak), ahli fizik, atau pakar biologi. Ahli politik atau aktivis politik, pakar dalam media sosial dan internet, ahli-ahli falsafah, pencetus ideologi, pereka fesyen, ahli khidmat masyarakat, pemidato atau perkerjaan yang melibatkan gaya hidup masa kini dan akan datang, serta ahli revolusi juga merupakan perkerjaan yang ideal untuk mereka. Apa-apa sahaja perkerjaan yang melibatkan pengumpulan komuniti, merupakan perkerjaan yang tepat untuk mereka.

Oleh kerana mereka ingin menjadi manusia yang sebenar-benarnya manusia, mereka mahukan pekerjaan untuk diri mereka sahaja. Mereka mungkin mengalami kesengsaraan dari segi tenaga yang sela menyela, motivasi yang secara tiba-tiba dan kepenatan yang menyeluruh, kerana minda mereka senantiasa distimulasikan 24 jam sehari meskipun orang ramai tidak mengetahuinya.

12. PISCES THE DREAMER

Pisces adalah unik, itulah hakikatnya! Mereka tidak memerlukan perkerjaan yang memerlukan wang yang banyak, atau pulangan yang lumayan, tidak terlalu umum pada dasarnya namun masih penuh kreativiti dan membawa kesan yang positif pada orang lain.

Menjadi ahli fotografi, pencipta filem, juru pulih secara rohani, ahli ibadat, perkerjaan yang melibatkan derma, tukang masak, penyajak, ahli khidmat masyarakat, penjaga di rumah orang tua-tua, dan apa-apa sahaja yang mampu membawa kesan positif dan kegembiraan kepada orang lain adalah perkerjaan yang menarik minat seorang Pisces.











Wednesday, August 22, 2018

ELEMEN DAN ZODIAKNYA LAIN, NAMUN PERSONALITINYA BERBEZA. MENGAPA?

Perkara yang harus anda faham tentang astrologi adalah personaliti individu tersebut terbatas dengan aura dari bintang zodiak yang mereka miliki. Namun adakalanya, individu tertentu mempunyai personaliti yang berbeza dari elemen dan zodiaknya. Mengapa?

Di dalam soal ini, maka anda para pembaca hendaklah mengetahui 3 perkara utama yang menyebabkan personaliti individu tersebut berbeza dengan zodiak dan elemennya.

1. MISSING ZODIAC SIGN

Kehilangan tanda-tanda zodiak adalah suatu lumrah yang biasa dimata para ilmuan astrologi. Bahkan ia nya seumpama dengan norma kehidupan yang sering kita jalani setiap hari, ada kalanya kita di atas, dan ada kalanya kita dibawah.

Bagi mereka yang kehilangan tanda zodiak, admin ingin menyarankan agar sentiasa mencari teman yang mempunyai zodiak atau elemen yang sama, dan mempelajari sedikit demi sedikit asas-asas zodiak anda sebelum anda meneruskannya dengan lebih lanjut sehinggalah anda menyempurnakan bintang zodiak anda.

Namun perlu diketahui bahawa meskipun ia nya suatu lumrah yang biasa, hal seperti ini masih membingungkan para ilmuan astrologi dan mereka kategorikan sebagai idiopatik. Hanya sahaja terdapat cara tertentu untuk mengembalikan tanda-tanda zodiak individu tersebut seiring dengan personalitinya, namun kesannya masih belum jelas dan puncanya masih tidak diketahui. Hanya kepada Tuhan sahaja perkara seperti ini diserahkan kerana Ia Maha Mengetahui.

2. MISSING ELEMENT

Elemen yang hilang boleh berlaku pada bila-bila masa, dan kebanyakkannya tidaklah bersifat majoriti namun kekerapannya agak tinggi. Kehilangan elemen boleh berlaku kerana adanya orang yang disamping kita yang mempunyai elemen yang mampu mereka perkuatkan lebih dari diri anda sendiri ataupun hasil dari pengalaman kendiri dimana anda menghadapi situasi di masa lampau yang menyebabkan asas elemen anda tergugat dan membuatkan anda terfikir untuk tidak lagi memerlukannya.

FIRE TRIBES - ARIES (CARDINAL) / LEO (FIXED) / SAGITTARIUS (MUTABLE)

Untuk golongan yang kehilangan elemen api atau elemen vital (kehidupan), anda hendaklah mencari teman-teman baru, berbual dengan sesiapa sahaja, cuba untuk memperagakan diri anda, tunjukkan potensi anda sebagai seorang yang mampu menjadi perhatian orang di sekeliling anda, sentiasa berseloroh dan gelak ketawa, dan menyatakan apa yang ada di hati anda dan paling penting, bawa orang untuk membuat aktiviti luaran dan meriahkannya serta sentiasalah mengembara.Selain itu, hal paling penting adalah selalu ceria dan berhiburlah sepuas-puasnya.

AIR TRIBES - LIBRA (CARDINAL) / AQUARIUS (FIXED) / GEMINI (MUTABLE)

Bagi mereka yang kehilangan elemen angin atau elemen minda (mental) pula, anda hendaklah sentiasa mencari maklumat tentang apa-apa sahaja di laman web internet, cuba bersosial dengan orang lain, membuat idea-idea, kreativiti atau inovasikan apa sahaja melalui imaginasi minda anda, stimulasikan minda dengan bermain permainan uji minda, perhatikan tingkah laku orang lain sebelum membuat kesimpulan tentang diri mereka serta biarkan diri anda dikelilingi oleh orang lain agar komunikasi anda dan mereka terjalin.

EARTH TRIBES - CAPRICORN (CARDINAL) / TAURUS (FIXED) / VIRGO (MUTABLE)

Manakala, kelompok yang kehilangan elemen tanah atau elemen fizikal (kudrat) pula, anda boleh memulakannya dengan membuat koleksi barang-barang berharga, fokus dengan kerjaya dan matlamat anda, setiap keputusan yang anda lakukan hendaklah realistik, cuba memahami bahawa sebagai manusia kita hendaklah berpijak di bumi yang nyata, menghargai pemberian orang lain, berfikiran sedikit sebanyak materialistik, kekalkan disiplin dan prinsip anda serta tetapkan peraturan ketika bersama yang lain.

WATER TRIBES - CANCER (CARDINAL) / SCORPIO (FIXED) / PISCES (MUTABLE)

Yang terakhir sekali adalah untuk sesiapa yang kehilangan elemen air atau elemen emosi (perasaan). Cara nya mudah, menonton filem-filem yang memperagakan emosi, mendengarkan ceramah-ceramah agama, belajar untuk bersimpati dengan nasib orang lain, belajar empati atau merasakan diri anda di tempat orang tersebut, kenali diri sendiri, beribadah kepada Tuhan, bawa diri anda melayani lagu-lagu yang penuh emosi atau spiritual, cuba membantu mereka yang memerlukan dan paling penting, lakukan perkara dengan sepenuh hati.

3. AVATAR CONSCIOUSNESS

Kesedaran Avatar atau nama lainnya AVATAR STATE, merupakan suatu keadaan yang jarang berlaku namun sejarah membuktikan bahawa ia nya pernah berlaku dan ini menandakan bahawa hal tersebut tidak bersifat mustahil. Menurut para astrologi, seseorang yang mengalami Kesedaran Avatar akan kehilangan semua personaliti zodiaknya dan mereka juga akan melupakan semua personaliti zodiak insan yang pernah bertemu, bersama, berbual, bermesra mahupun dari pasangan seks hinggalah kepada keluarga mereka dan para sahabat serta kenalan-kenalan biasa mereka, sebagai syarat utama terbentuknya satu personaliti baharu yang seimbang diantara keempat-empat elemen tersebut dan tertunduknya ke 12 zodiak hingga membentuk zodiak yang baharu dinamai sebagai ZODIAK YANG KE-13, di dalam kitab Astrologi Kuno diberi kod yang khas dan tertinggi dinamai "ULTIMA". Mereka inilah yang mampu memiliki keupayaan esper setelah melalui proses Kesedaran Avatar.

Beberapa para ilmuan astrologi berpendapat, Avatar State hanya mampu dicapai apabila individu tersebut mulai membawa dirinya untuk memperhalusi pengetahuan tentang setiap sikap dan karenah kesemua 12 zodiak dan kemudian mencari pengertian disebalik kewujudannya.

Menurut mereka lagi, kondisi ini sering berlaku apabila individu tersebut mendapat panggilan dari dalam dirinya sendiri, dimana ia terpanggil oleh suatu entiti yang misteri, membawanya melangkaui dunia manusiawi, dan akhir kepada peringkat terawal terbentuknya kesedaran Avatar dalam hidupnya adalah seperti ini:

"When we are at the lowest point, we are open to the greatest consciousness"

Hanya apabila mereka merasakan dunia ini terlalu singkat, merasakan diri mereka seorang hamba yang kerdil, merasakan apa yang ada di dunia ini hanyalah bersifat sementara, merasakan emosi itu sebenarnya perkara normal setiap manusia, merasakan ilmu itu terlalu infiniti di dunia apatah lagi di dunia lain, maka kesedaran Avatar mereka mulai menonjolkan diri. Di saat ini, kedua belas bintang zodiak diibaratkan mengelilingi dirinya dan meresap jauh ke lubuk hati dan jiwa raganya. Mata hati mereka terbuka luas, ilmu tertinggi muncul di hatinya, sifatnya akan berubah, dan mereka akan merasakan karenah dan ulah manusia yang berbeza itu adalah sesuatu yang harus demi kelangsungan ekosistem dunia. Mereka juga seakan-akan berjalan di setiap elemen dan zodiak, iaitu berjalan di hakikat sebenar PERJALANAN PERISTIWA, bermula dari cardinal, kemudian ke fixed dan akhir sekali ke mutable.Di penghujung peringkat kesedaran Avatar mereka akan menemui satu cahaya, dan menurut para astrologi, cahaya inilah yang dinamai sebagai INFINITE LIGHT, dimana ia adalah punca kewujudan 12 bintang zodiak dan punca adanya alam semesta termasuklah planet, bintang di langit, matahari, bulan, lubang hitam, dan semua isinya.

Salah seorang yang pernah mencapai Kesedaran Avatar adalah Athanasius dan Maximus, iaitu dua orang bekas astrologi di zaman Yunani Kuno dan sajak mereka pernah diekspresikan oleh Symeon di dalam Hyms of Divine Love, berbunyi begini:

"O Light that none can name, for it is altogether nameless...
  O Light with many names, for it is at work in all things...
  How do you mingle yourself with grass...
  How, while continuing unchanged, altogether inaccessible,
      do you preserve the nature of the grass unconsumed?"

Selain itu, seorang ahli Sufisme terkenal bernama Al-Junayd of Baghdad (d. 910) yang pernah mengajarkan bahawa 'fana (annihilation) hendaklah disempurnakan oleh baqa (revival). Beliau pernah mencapai tahap Kesedaran Avatar tertinggi dengan menyatakan seperti ini:

"So in a manner we,
 United are, and One,
 Yet otherwise disunion is our estate eternally."

Demikian juga anak muridnya yang bernama Husain ibnu Mansur yang juga dikenali sebagai al-Hallaj pernah mencapai kesedaran Avatar dan beliau pernah menerapkankan hal seperti berikut di dalam Sufisme yang pernah ertinya sama seperti diterapkan di dalam Buku Astrologi Tertinggi karya para Kabbalah suatu ketika dahulu:

"I am He whom I love, and He whom I love is I,
 We are two spirits dwelling in one body,
 If thou seest me, thou seest Him,
 And if thou seest Him, thou seest us both."

Masih belum dapat dibayangkan bagaimanakah keadaan seseorang yang telah mencapai Kesedaran Avatar. Ini kerana hanya merekalah yang mampu menyatakan apa itu ilmu hakikat yang sebenar. Namun, segala yang dinyatakan oleh mereka boleh dibuat renungan bersama, seperti apakah ia, dan bagaimanakah ia, itu merupakan persoalan yang kedua dan pastinya jawapan yang diberikan oleh golongan istimewa ini tersangatlah samar, dan kesamaran itu sebenarnya sebahagian dari rahasia yang harus dipendamkan oleh sesiapa sahaja yang pernah mengalaminya.

Ini hanyalah satu hipotesis, namun mungkin, terlintas di pemikiran admin, mereka sebenarnya harus merahasiakannya kerana apa yang mereka ketahui itu adalah di luar batas kudrat manusia biasa. Apa yang pasti dengan selingan kata-kata sebegini, sudah pasti mereka dianggap gila oleh masyarakat pada zamannya, dan mungkin juga oleh golongan minoriti di masa kini.

Persoalannya adalah: benarkah demikian?

Dari percakapan mereka kita dapat memastikan mereka ini mungkin telah diluar tahap setiap insan di muka bumi dan oleh kerana itu, kelakuan mereka menjelekkan di mata manusia yang mencintai duniawi dan fanatik dengan satu fahaman agama atau kepercayaan sahaja. Mungkinkah itu satu hikmah, namun akhirnya kita akan sedar bahawa semakin dalam kita cuba untuk memahami apa itu Kesedaran Avatar, semakin banyak persoalan yang bermain-main di fikiran manusia biasa seperti kita.






HOBI YANG SELALU MENJADI KEGEMARAN SETIAP BINTANG ZODIAK

Hobi merupakah salah satu perkara penting bagi setiap manusia, dan itu sudah semestinya :D

Namun tahukah anda apakah hobi yang berkemungkinan disukai oleh setiap bintang zodiak. Berikut merupakah diantara hobi-hobi kegemaran mereka.

1. ARIES (CARDINAL FIRE)

Aries merupakan individu yang sangat bertenaga, sangat berazam tinggi dan aktif. Mereka mudah merasa bosan dengan aktiviti-aktiviti yang bersifat hanya suatu tempat, dan kerana itulah mereka akan keluar untuk mencari sesuatu yang mencabar
Di antara hobi kegemaran Aries adalah bersukan, bermain permainan di luar rumah, pengembaraan yang mencabar, permainan video di luar rumah, menunggang motosikal, mendengarkan muzik yang penuh "getaran" dan melihat program-program baharu sekiranya mereka di rumah.

2. LEO (FIXED FIRE)

Bagi sesiapa yang lahir dibawah bintang Leo pula, mereka mempunyai minat yang pelbagai. Selalunya mereka mempunyai keyakinan pada diri sendiri, menyukai aktiviti di luar rumah dan akan melakukan yang terbaik untuk setiap hal yang mereka lakukan.
Di antara hobi kegemaran Leo adalah sukan yang penuh mencabar, melakukan hal yang melibatkan pertukangan seperti tukang kayu, besi dan sebagainya, menari, mengecat, melakukan dekorasi dalam dan membaca. Leo gemar untuk bersosial dan bertemu dengan orang baharu.

3. SAGITTARIUS (MUTABLE FIRE)

Kelompok Sagittarius pula mempunyai banyak minat dan kegemaran yang banyak. Mereka tersangat menyukai alam sekitar dan aktiviti-aktiviti di luar rumah.
Di antara hobi kegemaran Sagittarius adalah melakukan aktiviti di luar rumah, mengembara, berkhemah, menulis, membaca, mencuba sesuatu yang baharu di dalam hidupnya dan melawat tempat-tempat yang baru.

4. LIBRA (CARDINAL AIR)

Manakala bagi Libra pula, mereka mempunyai minat yang berstail dan bermutu tinggi. Individu seperti ini amat menghargai seni, sama ada seni halus mahupun tampak atau pun kreativiti. Golongan ini suka bersosial dan suka mengembara.
Di antara hobi kegemaran Libra adalah melawat opera atau muzium seni, melukis, membaca, mendengarkan muzik, memelihara haiwan eksotik sebagai peliharaan, mengembara dan menemui orang yang baharu.

5. AQUARIUS (FIXED AIR)

Aquarius adalah sekumpulan individu yang mempunyai pelbagai hobi dan minat. Mereka juga dikenali techno freak kerana terlalu mengidolakan teknologi kini dan masa hadapan serta berinovatif.
Di antara hobi kegemaran Aquarius adalah bermain komputer, melayari internet, menyelesaikan permainan yang melibatkan uji minda, menciptakan serta mengimaginasikan sesuatu yang baru, melakukan aktiviti sukan di dalam dan diluar rumah, bersosial dan minat mengembara.

6. GEMINI (MUTABLE AIR)

Insan yang lahir dibawah bintang Gemini pula menyukai sesuatu yang mampu membawa stimulasi terhadap minda dan fizikal mereka. Namun oleh kerana mereka mempunyai sifat semulajadi yang berubah-ubah, maka selalunya mereka selalu menukar minat setelah beberapa lamanya.
Di antara hobi kegemaran Gemini adalah melayari internet, bermain permainan dalam rumah, sukan yang penuh pengembaraan, menyelesaikan permainan puzzle, menghadiri majlis adat resam, menulis dan mempelajari berbagai bahasa.

7. CAPRICORN (CARDINAL EARTH)

Golongan ini cenderung untuk melakukan hal sendiri dan hobi mereka boleh dilakukan di rumah dengan suasana yang aman. Mereka adalah seorang individu yang begitu praktikal dan selalunya membuat perkara yang berguna.
Di antara hobi kegemaran Capricorn adalah berkebun, melakukan projek-projek yang melibatkan kerjaya, mengecat, gemar makan di luar rumah dan adakalanya menciptakan sesuatu yang berguna untuk dirinya sendiri.

8. TAURUS (FIXED EARTH)

Mereka yang lahir dibawah bintang ini sebenarnya sangat sukakan seni. Mereka menghargai seni, dan mempunyai citarasa yang hebat dengan pelbagai jenis seni. Golongan ini juga didapati menyukai sesuatu yang mendekatkan mereka dengan alam semulajadi seperti memancing.
Di antara hobi kegemaran Taurus adalah berkebun, mengumpul koleksi barang berharga, melakukan kerja berpahat, menyanyi, mendengarkan lagu, mengecat, membaca dan melakukan dekorasi di luar rumah.

9. VIRGO (MUTABLE EARTH)

Virgo merupakan seorang yang sangat teliti dan bijak. Namun walaubagaimanapun, mereka seringkali menolak aktiviti yang mencabar minda dan lebih memilih aktiviti yang melibatkan kemampuan fizikal.
Di antara hobi kegemaran Virgo adalah hobi yang berkaitan dengan agrikultur seperti berkebun, membuat kraf tangan, membuat sulaman, dan adakalanya juga suka melayari internet, membaca, menulis dan juga mengumpulkan koleksi barang-barang berharga.

10. CANCER (CARDINAL WATER)

Mereka adalah kelompok yang sangat  menyukai aktiviti di dalam rumah, dan hobi mereka sangat berkait rapat dengan dirinya. Dan ada kalanya, jangan terkejut apabila mereka menyertai majlis kesyukuran dan melibatkan sumbangan.
Di antara hobi kegemaran Cancer adalah berkebun, memasak, mendekorasikan rumah dan di luar rumah, mengumpul koleksi yang indah atau yang antik, membaca, mengembara keluar dan melawat tempat-tempat kesenian serta muzium.

11. SCORPIO (FIXED WATER)

Individu seperti Scorpio ini suka membuat hobi yang membantu mereka dalam bisnes dan segala yang mereka idamkan. Mereka secara amnya adalah seorang yang pemalu dan tidak menyukai hobi yang melibatkan orang ramai berkerumun dengan mereka.
Di antara hobi kegemaran Scorpio adalah melakukan yoga atau mendengarkan lagu-lagu yang menenangkan dirinya, mengembara bersendirian dengan motosikal, mendengarkan hal-hal yang berkaitan dengan kepercayaan agama atau adat, serta yang berkaitan dengan filosofi (falsafah). Selain itu, mereka suka mendengar muzik, membaca, mengumpulkan barang-barang berharga, pakaian-pakaian yang indah dan ada diantara mereka yang meminati minyak wangi.

12. PISCES (MUTABLE WATER)

Pisces adalah bintang zodiak yang terkenal dengan kelembutan dan belas kasihannya. Berpunca dari simbol elemennya iaitu air, mereka mengemari aktiviti atau sukan yang mempunyai kaitan dengan air dan emosi.
Di antara hobi kegemaran Pisces adalah membaca, mendengarkan muzik, menulis, melukis, menonton movie di rumah mahupun pawagam, memancing, memasak dan mengumpulkan koleksi yang melibatkan perkakas dapur dan perabot rumah.

MENGENALI PERSONALITI ROMANTIKA PISCES

1. JEJAKA PISCES

Romantika itu sendiri merupakan dunia jejaka Pisces. Lelaki yang lahir dibawah tanda astrologi ini hidup untuk memuaskan hati dan cintanya. Cara yang terbaik untuk menawan jejaka ini adalah teramat mudah, tunjukkan segala-galanya tanpa berahsia sedikit pun dengannya.

Di antara sikap terbaik yang ada pada bintang ini adalah betapa sensitifnya beliau, baik hati dan berbelas kasihan. Beliau adalah seorang yang sangat lembut, meskipun ada diantaranya menunjukkan dirinya seorang yang gagah pada luaranya, dan mampu mengenal pasti keinginan diri anda dan memberikannya seberapa kerap yang mungkin.

Beliau sentiasa mencari jalan untuk membantu orang lain, dan tahu apakah sebenarnya yang anda inginkan sebelum anda meluahkanya. Keinginannya untuk memuaskan diri anda membuatkan dirinya seorang yang mudah melakukan manipulasi dan menipu. Beliau akan mengunakan imaginasi liarnya untuk memuaskan kehendak anda. Jejaka Pisces adalah seorang yang suka ketawa, jadi jika beliau mendapat tahu bahawa anda seorang yang lucu dan senang untuk didapati dikala diperlukan, bererti anda telah mencapai jalan yang terbaik untuk mulai menawan hatinya.

Jejaka ini kelihatan tenang secara luaran, namun secara batinnya, anda akan mengetahui bahawa beliau adalah insan yang berbeza, kerana jejaka ini berlawanan dengan emosinya yang kuat, dan selalu ia tutupi dari pengetahuan awam. Di antara karakteristik terbaik seorang Pisces adalah memiliki keupayaan untuk memahami emosi orang lain di sekelilingnya. Akhir sekali, jika anda mempunyai perhubungan dengan lelaki ini, anda boleh mengharapkan sebuah hubungan yang penuh beremosi secara menyeluruh.

2. GADIS PISCES

Gadis yang satu ini terkenal dengan kebaikan hatinya yang tidak terhingga, suka berimaginasi, mempunyai belas kasihan yang melimpah ruah, tidak mementingkan diri sendiri, dan merupakan individu yang paling mudah sensitif. Jika anda ingin menawan hatinya, pastikan anda menjadi seorang yang romantik dan memahami dirinya. Selain itu, teramatlah penting untuk menjadi pendengar yang setia tentang masalah yang beliau hadapi kerana andalah satu-satunya tempat beliau ingin mengadu ketika di dalam perhubungan.

Personalitinya yang penuh berbelas kasihan dan kasih sayang tanpa sempadan menyebabkan beliau dianggap sebagai "malaikat dunia". Hanya apabila beliau menyedari kehadiran anda dalam hidupnya, beliau akan terus menelanjangkan isi hati dan jiwa raganya kepada anda. Hubungan seks bersama-sama denganya ibarat satu letupan yang hebat dan luar biasa, dan anda tidak akan pernah bosan bersamanya di bilik tidur.

Gadis yang lahir dibawah bintang ini menyukai perbualan yang penuh kemeriahan berkaitan dengan hal-hal yang spiritual dan paranormal. Beliau adalah seorang yang mempunyai firasat yang cepat dan mudah mengetahui jika apa yang anda inginkan hanyalah seks semata-mata. Beliau ingin dilayan dengan penuh hormat dan anda tidak akan pernah dapat memiliki dirinya hanya pada beberapa kali pertemuan. Jika anda jujur dan meluahkan segala-galanya terhadap gadis Pisces ini, beliau akan mudah berdampingan dan merasakan wujudnya pertalian yang erat dengan anda.

Sifat semulajadinya adalah sensitif, jadi beliau tidak akan segera memaafkan dan melupakan perbuatan jahat yang dilakukan terhadap dirinya. Jika hatinya terluka di masa lampau, adalah terlalu sukar untuk dirinya membina hubungan yang baharu dengan orang lain. Maka kerana itu, sentiasalah memahami dirinya dan menyayanginya dengan sepenuh hati, kerana beliau adalah insan yang berlemah lembut dan mudah terluka kerana pengkhianatan.