Wednesday, August 22, 2018

MENGENALI PERSONALITI ROMANTIKA PISCES

1. JEJAKA PISCES

Romantika itu sendiri merupakan dunia jejaka Pisces. Lelaki yang lahir dibawah tanda astrologi ini hidup untuk memuaskan hati dan cintanya. Cara yang terbaik untuk menawan jejaka ini adalah teramat mudah, tunjukkan segala-galanya tanpa berahsia sedikit pun dengannya.

Di antara sikap terbaik yang ada pada bintang ini adalah betapa sensitifnya beliau, baik hati dan berbelas kasihan. Beliau adalah seorang yang sangat lembut, meskipun ada diantaranya menunjukkan dirinya seorang yang gagah pada luaranya, dan mampu mengenal pasti keinginan diri anda dan memberikannya seberapa kerap yang mungkin.

Beliau sentiasa mencari jalan untuk membantu orang lain, dan tahu apakah sebenarnya yang anda inginkan sebelum anda meluahkanya. Keinginannya untuk memuaskan diri anda membuatkan dirinya seorang yang mudah melakukan manipulasi dan menipu. Beliau akan mengunakan imaginasi liarnya untuk memuaskan kehendak anda. Jejaka Pisces adalah seorang yang suka ketawa, jadi jika beliau mendapat tahu bahawa anda seorang yang lucu dan senang untuk didapati dikala diperlukan, bererti anda telah mencapai jalan yang terbaik untuk mulai menawan hatinya.

Jejaka ini kelihatan tenang secara luaran, namun secara batinnya, anda akan mengetahui bahawa beliau adalah insan yang berbeza, kerana jejaka ini berlawanan dengan emosinya yang kuat, dan selalu ia tutupi dari pengetahuan awam. Di antara karakteristik terbaik seorang Pisces adalah memiliki keupayaan untuk memahami emosi orang lain di sekelilingnya. Akhir sekali, jika anda mempunyai perhubungan dengan lelaki ini, anda boleh mengharapkan sebuah hubungan yang penuh beremosi secara menyeluruh.

2. GADIS PISCES

Gadis yang satu ini terkenal dengan kebaikan hatinya yang tidak terhingga, suka berimaginasi, mempunyai belas kasihan yang melimpah ruah, tidak mementingkan diri sendiri, dan merupakan individu yang paling mudah sensitif. Jika anda ingin menawan hatinya, pastikan anda menjadi seorang yang romantik dan memahami dirinya. Selain itu, teramatlah penting untuk menjadi pendengar yang setia tentang masalah yang beliau hadapi kerana andalah satu-satunya tempat beliau ingin mengadu ketika di dalam perhubungan.

Personalitinya yang penuh berbelas kasihan dan kasih sayang tanpa sempadan menyebabkan beliau dianggap sebagai "malaikat dunia". Hanya apabila beliau menyedari kehadiran anda dalam hidupnya, beliau akan terus menelanjangkan isi hati dan jiwa raganya kepada anda. Hubungan seks bersama-sama denganya ibarat satu letupan yang hebat dan luar biasa, dan anda tidak akan pernah bosan bersamanya di bilik tidur.

Gadis yang lahir dibawah bintang ini menyukai perbualan yang penuh kemeriahan berkaitan dengan hal-hal yang spiritual dan paranormal. Beliau adalah seorang yang mempunyai firasat yang cepat dan mudah mengetahui jika apa yang anda inginkan hanyalah seks semata-mata. Beliau ingin dilayan dengan penuh hormat dan anda tidak akan pernah dapat memiliki dirinya hanya pada beberapa kali pertemuan. Jika anda jujur dan meluahkan segala-galanya terhadap gadis Pisces ini, beliau akan mudah berdampingan dan merasakan wujudnya pertalian yang erat dengan anda.

Sifat semulajadinya adalah sensitif, jadi beliau tidak akan segera memaafkan dan melupakan perbuatan jahat yang dilakukan terhadap dirinya. Jika hatinya terluka di masa lampau, adalah terlalu sukar untuk dirinya membina hubungan yang baharu dengan orang lain. Maka kerana itu, sentiasalah memahami dirinya dan menyayanginya dengan sepenuh hati, kerana beliau adalah insan yang berlemah lembut dan mudah terluka kerana pengkhianatan.

No comments:

Post a Comment