Wednesday, August 22, 2018

HOBI YANG SELALU MENJADI KEGEMARAN SETIAP BINTANG ZODIAK

Hobi merupakah salah satu perkara penting bagi setiap manusia, dan itu sudah semestinya :D

Namun tahukah anda apakah hobi yang berkemungkinan disukai oleh setiap bintang zodiak. Berikut merupakah diantara hobi-hobi kegemaran mereka.

1. ARIES (CARDINAL FIRE)

Aries merupakan individu yang sangat bertenaga, sangat berazam tinggi dan aktif. Mereka mudah merasa bosan dengan aktiviti-aktiviti yang bersifat hanya suatu tempat, dan kerana itulah mereka akan keluar untuk mencari sesuatu yang mencabar
Di antara hobi kegemaran Aries adalah bersukan, bermain permainan di luar rumah, pengembaraan yang mencabar, permainan video di luar rumah, menunggang motosikal, mendengarkan muzik yang penuh "getaran" dan melihat program-program baharu sekiranya mereka di rumah.

2. LEO (FIXED FIRE)

Bagi sesiapa yang lahir dibawah bintang Leo pula, mereka mempunyai minat yang pelbagai. Selalunya mereka mempunyai keyakinan pada diri sendiri, menyukai aktiviti di luar rumah dan akan melakukan yang terbaik untuk setiap hal yang mereka lakukan.
Di antara hobi kegemaran Leo adalah sukan yang penuh mencabar, melakukan hal yang melibatkan pertukangan seperti tukang kayu, besi dan sebagainya, menari, mengecat, melakukan dekorasi dalam dan membaca. Leo gemar untuk bersosial dan bertemu dengan orang baharu.

3. SAGITTARIUS (MUTABLE FIRE)

Kelompok Sagittarius pula mempunyai banyak minat dan kegemaran yang banyak. Mereka tersangat menyukai alam sekitar dan aktiviti-aktiviti di luar rumah.
Di antara hobi kegemaran Sagittarius adalah melakukan aktiviti di luar rumah, mengembara, berkhemah, menulis, membaca, mencuba sesuatu yang baharu di dalam hidupnya dan melawat tempat-tempat yang baru.

4. LIBRA (CARDINAL AIR)

Manakala bagi Libra pula, mereka mempunyai minat yang berstail dan bermutu tinggi. Individu seperti ini amat menghargai seni, sama ada seni halus mahupun tampak atau pun kreativiti. Golongan ini suka bersosial dan suka mengembara.
Di antara hobi kegemaran Libra adalah melawat opera atau muzium seni, melukis, membaca, mendengarkan muzik, memelihara haiwan eksotik sebagai peliharaan, mengembara dan menemui orang yang baharu.

5. AQUARIUS (FIXED AIR)

Aquarius adalah sekumpulan individu yang mempunyai pelbagai hobi dan minat. Mereka juga dikenali techno freak kerana terlalu mengidolakan teknologi kini dan masa hadapan serta berinovatif.
Di antara hobi kegemaran Aquarius adalah bermain komputer, melayari internet, menyelesaikan permainan yang melibatkan uji minda, menciptakan serta mengimaginasikan sesuatu yang baru, melakukan aktiviti sukan di dalam dan diluar rumah, bersosial dan minat mengembara.

6. GEMINI (MUTABLE AIR)

Insan yang lahir dibawah bintang Gemini pula menyukai sesuatu yang mampu membawa stimulasi terhadap minda dan fizikal mereka. Namun oleh kerana mereka mempunyai sifat semulajadi yang berubah-ubah, maka selalunya mereka selalu menukar minat setelah beberapa lamanya.
Di antara hobi kegemaran Gemini adalah melayari internet, bermain permainan dalam rumah, sukan yang penuh pengembaraan, menyelesaikan permainan puzzle, menghadiri majlis adat resam, menulis dan mempelajari berbagai bahasa.

7. CAPRICORN (CARDINAL EARTH)

Golongan ini cenderung untuk melakukan hal sendiri dan hobi mereka boleh dilakukan di rumah dengan suasana yang aman. Mereka adalah seorang individu yang begitu praktikal dan selalunya membuat perkara yang berguna.
Di antara hobi kegemaran Capricorn adalah berkebun, melakukan projek-projek yang melibatkan kerjaya, mengecat, gemar makan di luar rumah dan adakalanya menciptakan sesuatu yang berguna untuk dirinya sendiri.

8. TAURUS (FIXED EARTH)

Mereka yang lahir dibawah bintang ini sebenarnya sangat sukakan seni. Mereka menghargai seni, dan mempunyai citarasa yang hebat dengan pelbagai jenis seni. Golongan ini juga didapati menyukai sesuatu yang mendekatkan mereka dengan alam semulajadi seperti memancing.
Di antara hobi kegemaran Taurus adalah berkebun, mengumpul koleksi barang berharga, melakukan kerja berpahat, menyanyi, mendengarkan lagu, mengecat, membaca dan melakukan dekorasi di luar rumah.

9. VIRGO (MUTABLE EARTH)

Virgo merupakan seorang yang sangat teliti dan bijak. Namun walaubagaimanapun, mereka seringkali menolak aktiviti yang mencabar minda dan lebih memilih aktiviti yang melibatkan kemampuan fizikal.
Di antara hobi kegemaran Virgo adalah hobi yang berkaitan dengan agrikultur seperti berkebun, membuat kraf tangan, membuat sulaman, dan adakalanya juga suka melayari internet, membaca, menulis dan juga mengumpulkan koleksi barang-barang berharga.

10. CANCER (CARDINAL WATER)

Mereka adalah kelompok yang sangat  menyukai aktiviti di dalam rumah, dan hobi mereka sangat berkait rapat dengan dirinya. Dan ada kalanya, jangan terkejut apabila mereka menyertai majlis kesyukuran dan melibatkan sumbangan.
Di antara hobi kegemaran Cancer adalah berkebun, memasak, mendekorasikan rumah dan di luar rumah, mengumpul koleksi yang indah atau yang antik, membaca, mengembara keluar dan melawat tempat-tempat kesenian serta muzium.

11. SCORPIO (FIXED WATER)

Individu seperti Scorpio ini suka membuat hobi yang membantu mereka dalam bisnes dan segala yang mereka idamkan. Mereka secara amnya adalah seorang yang pemalu dan tidak menyukai hobi yang melibatkan orang ramai berkerumun dengan mereka.
Di antara hobi kegemaran Scorpio adalah melakukan yoga atau mendengarkan lagu-lagu yang menenangkan dirinya, mengembara bersendirian dengan motosikal, mendengarkan hal-hal yang berkaitan dengan kepercayaan agama atau adat, serta yang berkaitan dengan filosofi (falsafah). Selain itu, mereka suka mendengar muzik, membaca, mengumpulkan barang-barang berharga, pakaian-pakaian yang indah dan ada diantara mereka yang meminati minyak wangi.

12. PISCES (MUTABLE WATER)

Pisces adalah bintang zodiak yang terkenal dengan kelembutan dan belas kasihannya. Berpunca dari simbol elemennya iaitu air, mereka mengemari aktiviti atau sukan yang mempunyai kaitan dengan air dan emosi.
Di antara hobi kegemaran Pisces adalah membaca, mendengarkan muzik, menulis, melukis, menonton movie di rumah mahupun pawagam, memancing, memasak dan mengumpulkan koleksi yang melibatkan perkakas dapur dan perabot rumah.

No comments:

Post a Comment