Wednesday, August 22, 2018

ELEMEN DAN ZODIAKNYA LAIN, NAMUN PERSONALITINYA BERBEZA. MENGAPA?

Perkara yang harus anda faham tentang astrologi adalah personaliti individu tersebut terbatas dengan aura dari bintang zodiak yang mereka miliki. Namun adakalanya, individu tertentu mempunyai personaliti yang berbeza dari elemen dan zodiaknya. Mengapa?

Di dalam soal ini, maka anda para pembaca hendaklah mengetahui 3 perkara utama yang menyebabkan personaliti individu tersebut berbeza dengan zodiak dan elemennya.

1. MISSING ZODIAC SIGN

Kehilangan tanda-tanda zodiak adalah suatu lumrah yang biasa dimata para ilmuan astrologi. Bahkan ia nya seumpama dengan norma kehidupan yang sering kita jalani setiap hari, ada kalanya kita di atas, dan ada kalanya kita dibawah.

Bagi mereka yang kehilangan tanda zodiak, admin ingin menyarankan agar sentiasa mencari teman yang mempunyai zodiak atau elemen yang sama, dan mempelajari sedikit demi sedikit asas-asas zodiak anda sebelum anda meneruskannya dengan lebih lanjut sehinggalah anda menyempurnakan bintang zodiak anda.

Namun perlu diketahui bahawa meskipun ia nya suatu lumrah yang biasa, hal seperti ini masih membingungkan para ilmuan astrologi dan mereka kategorikan sebagai idiopatik. Hanya sahaja terdapat cara tertentu untuk mengembalikan tanda-tanda zodiak individu tersebut seiring dengan personalitinya, namun kesannya masih belum jelas dan puncanya masih tidak diketahui. Hanya kepada Tuhan sahaja perkara seperti ini diserahkan kerana Ia Maha Mengetahui.

2. MISSING ELEMENT

Elemen yang hilang boleh berlaku pada bila-bila masa, dan kebanyakkannya tidaklah bersifat majoriti namun kekerapannya agak tinggi. Kehilangan elemen boleh berlaku kerana adanya orang yang disamping kita yang mempunyai elemen yang mampu mereka perkuatkan lebih dari diri anda sendiri ataupun hasil dari pengalaman kendiri dimana anda menghadapi situasi di masa lampau yang menyebabkan asas elemen anda tergugat dan membuatkan anda terfikir untuk tidak lagi memerlukannya.

FIRE TRIBES - ARIES (CARDINAL) / LEO (FIXED) / SAGITTARIUS (MUTABLE)

Untuk golongan yang kehilangan elemen api atau elemen vital (kehidupan), anda hendaklah mencari teman-teman baru, berbual dengan sesiapa sahaja, cuba untuk memperagakan diri anda, tunjukkan potensi anda sebagai seorang yang mampu menjadi perhatian orang di sekeliling anda, sentiasa berseloroh dan gelak ketawa, dan menyatakan apa yang ada di hati anda dan paling penting, bawa orang untuk membuat aktiviti luaran dan meriahkannya serta sentiasalah mengembara.Selain itu, hal paling penting adalah selalu ceria dan berhiburlah sepuas-puasnya.

AIR TRIBES - LIBRA (CARDINAL) / AQUARIUS (FIXED) / GEMINI (MUTABLE)

Bagi mereka yang kehilangan elemen angin atau elemen minda (mental) pula, anda hendaklah sentiasa mencari maklumat tentang apa-apa sahaja di laman web internet, cuba bersosial dengan orang lain, membuat idea-idea, kreativiti atau inovasikan apa sahaja melalui imaginasi minda anda, stimulasikan minda dengan bermain permainan uji minda, perhatikan tingkah laku orang lain sebelum membuat kesimpulan tentang diri mereka serta biarkan diri anda dikelilingi oleh orang lain agar komunikasi anda dan mereka terjalin.

EARTH TRIBES - CAPRICORN (CARDINAL) / TAURUS (FIXED) / VIRGO (MUTABLE)

Manakala, kelompok yang kehilangan elemen tanah atau elemen fizikal (kudrat) pula, anda boleh memulakannya dengan membuat koleksi barang-barang berharga, fokus dengan kerjaya dan matlamat anda, setiap keputusan yang anda lakukan hendaklah realistik, cuba memahami bahawa sebagai manusia kita hendaklah berpijak di bumi yang nyata, menghargai pemberian orang lain, berfikiran sedikit sebanyak materialistik, kekalkan disiplin dan prinsip anda serta tetapkan peraturan ketika bersama yang lain.

WATER TRIBES - CANCER (CARDINAL) / SCORPIO (FIXED) / PISCES (MUTABLE)

Yang terakhir sekali adalah untuk sesiapa yang kehilangan elemen air atau elemen emosi (perasaan). Cara nya mudah, menonton filem-filem yang memperagakan emosi, mendengarkan ceramah-ceramah agama, belajar untuk bersimpati dengan nasib orang lain, belajar empati atau merasakan diri anda di tempat orang tersebut, kenali diri sendiri, beribadah kepada Tuhan, bawa diri anda melayani lagu-lagu yang penuh emosi atau spiritual, cuba membantu mereka yang memerlukan dan paling penting, lakukan perkara dengan sepenuh hati.

3. AVATAR CONSCIOUSNESS

Kesedaran Avatar atau nama lainnya AVATAR STATE, merupakan suatu keadaan yang jarang berlaku namun sejarah membuktikan bahawa ia nya pernah berlaku dan ini menandakan bahawa hal tersebut tidak bersifat mustahil. Menurut para astrologi, seseorang yang mengalami Kesedaran Avatar akan kehilangan semua personaliti zodiaknya dan mereka juga akan melupakan semua personaliti zodiak insan yang pernah bertemu, bersama, berbual, bermesra mahupun dari pasangan seks hinggalah kepada keluarga mereka dan para sahabat serta kenalan-kenalan biasa mereka, sebagai syarat utama terbentuknya satu personaliti baharu yang seimbang diantara keempat-empat elemen tersebut dan tertunduknya ke 12 zodiak hingga membentuk zodiak yang baharu dinamai sebagai ZODIAK YANG KE-13, di dalam kitab Astrologi Kuno diberi kod yang khas dan tertinggi dinamai "ULTIMA". Mereka inilah yang mampu memiliki keupayaan esper setelah melalui proses Kesedaran Avatar.

Beberapa para ilmuan astrologi berpendapat, Avatar State hanya mampu dicapai apabila individu tersebut mulai membawa dirinya untuk memperhalusi pengetahuan tentang setiap sikap dan karenah kesemua 12 zodiak dan kemudian mencari pengertian disebalik kewujudannya.

Menurut mereka lagi, kondisi ini sering berlaku apabila individu tersebut mendapat panggilan dari dalam dirinya sendiri, dimana ia terpanggil oleh suatu entiti yang misteri, membawanya melangkaui dunia manusiawi, dan akhir kepada peringkat terawal terbentuknya kesedaran Avatar dalam hidupnya adalah seperti ini:

"When we are at the lowest point, we are open to the greatest consciousness"

Hanya apabila mereka merasakan dunia ini terlalu singkat, merasakan diri mereka seorang hamba yang kerdil, merasakan apa yang ada di dunia ini hanyalah bersifat sementara, merasakan emosi itu sebenarnya perkara normal setiap manusia, merasakan ilmu itu terlalu infiniti di dunia apatah lagi di dunia lain, maka kesedaran Avatar mereka mulai menonjolkan diri. Di saat ini, kedua belas bintang zodiak diibaratkan mengelilingi dirinya dan meresap jauh ke lubuk hati dan jiwa raganya. Mata hati mereka terbuka luas, ilmu tertinggi muncul di hatinya, sifatnya akan berubah, dan mereka akan merasakan karenah dan ulah manusia yang berbeza itu adalah sesuatu yang harus demi kelangsungan ekosistem dunia. Mereka juga seakan-akan berjalan di setiap elemen dan zodiak, iaitu berjalan di hakikat sebenar PERJALANAN PERISTIWA, bermula dari cardinal, kemudian ke fixed dan akhir sekali ke mutable.Di penghujung peringkat kesedaran Avatar mereka akan menemui satu cahaya, dan menurut para astrologi, cahaya inilah yang dinamai sebagai INFINITE LIGHT, dimana ia adalah punca kewujudan 12 bintang zodiak dan punca adanya alam semesta termasuklah planet, bintang di langit, matahari, bulan, lubang hitam, dan semua isinya.

Salah seorang yang pernah mencapai Kesedaran Avatar adalah Athanasius dan Maximus, iaitu dua orang bekas astrologi di zaman Yunani Kuno dan sajak mereka pernah diekspresikan oleh Symeon di dalam Hyms of Divine Love, berbunyi begini:

"O Light that none can name, for it is altogether nameless...
  O Light with many names, for it is at work in all things...
  How do you mingle yourself with grass...
  How, while continuing unchanged, altogether inaccessible,
      do you preserve the nature of the grass unconsumed?"

Selain itu, seorang ahli Sufisme terkenal bernama Al-Junayd of Baghdad (d. 910) yang pernah mengajarkan bahawa 'fana (annihilation) hendaklah disempurnakan oleh baqa (revival). Beliau pernah mencapai tahap Kesedaran Avatar tertinggi dengan menyatakan seperti ini:

"So in a manner we,
 United are, and One,
 Yet otherwise disunion is our estate eternally."

Demikian juga anak muridnya yang bernama Husain ibnu Mansur yang juga dikenali sebagai al-Hallaj pernah mencapai kesedaran Avatar dan beliau pernah menerapkankan hal seperti berikut di dalam Sufisme yang pernah ertinya sama seperti diterapkan di dalam Buku Astrologi Tertinggi karya para Kabbalah suatu ketika dahulu:

"I am He whom I love, and He whom I love is I,
 We are two spirits dwelling in one body,
 If thou seest me, thou seest Him,
 And if thou seest Him, thou seest us both."

Masih belum dapat dibayangkan bagaimanakah keadaan seseorang yang telah mencapai Kesedaran Avatar. Ini kerana hanya merekalah yang mampu menyatakan apa itu ilmu hakikat yang sebenar. Namun, segala yang dinyatakan oleh mereka boleh dibuat renungan bersama, seperti apakah ia, dan bagaimanakah ia, itu merupakan persoalan yang kedua dan pastinya jawapan yang diberikan oleh golongan istimewa ini tersangatlah samar, dan kesamaran itu sebenarnya sebahagian dari rahasia yang harus dipendamkan oleh sesiapa sahaja yang pernah mengalaminya.

Ini hanyalah satu hipotesis, namun mungkin, terlintas di pemikiran admin, mereka sebenarnya harus merahasiakannya kerana apa yang mereka ketahui itu adalah di luar batas kudrat manusia biasa. Apa yang pasti dengan selingan kata-kata sebegini, sudah pasti mereka dianggap gila oleh masyarakat pada zamannya, dan mungkin juga oleh golongan minoriti di masa kini.

Persoalannya adalah: benarkah demikian?

Dari percakapan mereka kita dapat memastikan mereka ini mungkin telah diluar tahap setiap insan di muka bumi dan oleh kerana itu, kelakuan mereka menjelekkan di mata manusia yang mencintai duniawi dan fanatik dengan satu fahaman agama atau kepercayaan sahaja. Mungkinkah itu satu hikmah, namun akhirnya kita akan sedar bahawa semakin dalam kita cuba untuk memahami apa itu Kesedaran Avatar, semakin banyak persoalan yang bermain-main di fikiran manusia biasa seperti kita.






No comments:

Post a Comment