1. JEJAKA CANCER
Secara lahiriahnya, seorang jejaka Cancer adalah bersifat konservatif cukup untuk mengetahui inisiatif yang terpenting untuk memiliki hatinya, namun selalunya gagal menunjukkannya sebelum beliau merasakan selamat untuk berbuat demikian. Pasangannya hendaklah memulakan terlebih dahulu perhubungan mereka, namun harus mengekalkan perhubungan tersebut secara tergantung bagi membiarkan dirinya merasakan bahawa beliau mendahului atau mengetuai jalan perhubungan yang sedang dilakukan bersama. Jejaka seperti ini teramatlah kompleks dari segi individu dirinya, teramat sensitif meskipun tidak melahirkannya secara zahir, pemalu dan terlalu melindungi insan yang beliau cintai. Apabila beliau memilih wanita apakah yang ia mahukan, beliau tanpa sedarnya akan mencari ciri-ciri wanita yang ideal untuk dijadikan isteri dan ibu kepada anak-anaknya kelak. Kerana itulah, adakalanya, meskipun tidaklah secara umumnya, jejaka ini selalu sahaja lebih cenderung untuk bersikap cerewet dalam mencari pasangan hidupnya.
Beliau juga merupakan seorang insan yang cukup beremosi, yang suka mengambil berat mengenai orang lain. Jejaka Cencer kerap kali memerlukan dirinya diperlukan, merasa dilindungi, menerima berbagai-bagai perhatian dari pasangannya melalui kata-kata yang manis dan lembut, dan sentiasa memikirkan tentang dirinya, serta memberikan ekpresi kagum terhadap dirinya agar beliau dapat menjalani kehidupan bahagia bersama yang tercinta. Meskipun beliau adakalanya merasa mudah tersinggung dan hilang mood, lekas berputus asa dan terlampau obses dengan pasangannya, beliau adalah seorang yang kreatif dan baik hati dalam mencari seseorang untuk beliau kongsikan hidup bersama dirinya buat selama-lamanya.
2. GADIS CANCER
Personaliti gadis ini teramat rumit, namun jauh dilubuk hatinya mereka adalah seorang yang merasakan rumah itu syurganya, dan seorang yang begitu konservatif. Mereka adalah golongan yang mudah dipengaruhi, mudah beremosi dan tidak mudah untuk jatuh cinta dengan begitu pantas. Namun, apabila kepercayaannya mulai bertumbuh, gadis seperti ini akan meletakkan sepenuhnya kepercayaan dan kasih sayang serta begitu setia dengan pasangannya. Untuk memiliki mereka, seseorang itu hendaklah proaktif, dan membuat rancangan sekaligus memulakan tanda-tanda terlebih dahulu, menghormati keperluannya untuk dilayani seperti layaknya seorang wanita yang unggul. Mereka bukanlah pilihan yang terbaik untuk mereka yang mencari cinta satu malam, dan merasakan lebih dari sekadar pertemuan sensual dari pasangannya. Gadis Cancer adalah golongan yang dikategorikan sebagai pencinta sejati yang tulus lagi suci. Sangat romantik dan bersedia untuk cinta yang bakal mengundangnya, gadis ini memerlukan pasangan yang romantik yang percaya pada cinta sejati, dan pada masa yang sama seiring dan seirama dengan perasaan yang tidak mampu ia ungkapkan dengan kata-kata.
Disebalik sifat semula jadinya yang penuh berhati-hati, seorang gadis Cancer sebenarnya adalah insan yang sangat erotika di lubuk hati, dan apabila merasakan dirinya aman untuk menunjukkan personaliti dan emosi, mereka akan meluahkan segala-galanya melalui perhubungan seksual yang luar biasa. Untuk mengekalkan hubungan dengan beliau, gadis ini memerlukan seorang jejaka yang prithatin, setia, menghormati maruah dirinya dan jujur, kerana beliau tidak akan sekali-kali akan bertoleransi dengan pengkhianatan terhadap dirinya dan mudah merasa kaku dan tidak mampu diprediktasi tindakan yang akan diambilnya apabila dirinya merasa terluka.
No comments:
Post a Comment