Tuesday, August 21, 2018

MENGENALI PERSONALITI ROMANTIS AQUARIUS

1. JEJAKA AQUARIUS

Anda hendaklah mengetahui perkara yang positif dan negatif mengenai jejaka Aquarius jika ingin menaklukkan hati beliau dengan sepenuhnya. Seorang jejaka Aquarius tersangatlah sukar untuk diprediktasi, bijaksana, suka bersosial, berdikari dan seorang pemidato yang hebat. Di antara perkara negatif mengenai karakter Aquarius adalah kurang diperlukan oleh orang ramai, degil, sukar membuat keputusan dan tidak fleksibel pada waktu tertentu. Ini kerana mereka mempunyai sikap untuk mengundur buat seketika dan memerhati dengan bijaksana apa yang diinginkan oleh orang lain di dalam komuniti tersebut.

Jika anda ingin memikat lelaki yang dibawah bintang ini, anda hendaklah sentiasa tenang mengenai perkara positif dan negatif yang beliau miliki. Jika anda hadir dengan emosi yang terlalu kuat, harap maaf, jejaka seperti ini tidak akan pernah mempunyai keinginan bersama dengan anda.

Seorang jejaka Aquarius sentiasa hidup dengan mindanya, kerana jejaka ini sentiasa membenarkan stimulasi minda bermain di kepalanya dan kerana itulah mereka terkenal dengan pencetus fahaman, inovasi dan kreativiti yang baharu dan memandang ke hadapan. Oleh kerana itu beliau memerlukan pasangan yang mampu bercakap tentang segala progress yang beliau cetuskan. Maka, untuk memikat hatinya, anda hendaklah menjadi kawan denganya terlebih dahulu. Kebanyakan hubungan intim mereka selalunya bermula dengan persahabatan yang secara perlahannya akan bertukar menjadi perhubungan yang serius. Ini bererti seorang jejaka Aquarius tidak akan pernah menginginkan perhubungan yang romantik dan intim dengan sesiapa pun yang tidak bersedia untuk menjadi sahabat rapatnya. Sentiasa bersabar dan kekalkan sesuatu perkara dengan asas yang platonik sampailah anda bersedia untuk melakukannya secara perlahan-lahan. Hormatilah kebebasan dan hak individunya, dan keinginannya untuk membuat perubahan yang lebih baik terhadap dunia ini. Hanya setelah beliau benar-benar jatuh cinta, maka beliau akan menunjukan tanggungjawabnya sebagai seorang pasangan yang sentiasa mengambil berat terhadap orang yang mereka cintai. Bahkan, jauh lebih dari itu, meskipun terpisah dengan jarak ketika didalam perhubungan, anda tidak perlu khuatir kerana mereka tidak akan pernah terfikir untuk mempermainkan anda dan kejujuran itu sentiasa keluar dari mulut bintang zodiak ini.

2. GADIS AQUARIUS

Personaliti Aquarius secara asasnya adalah berdikari, misteri, mempunyai semangat yang bebas dan adakalanya aneh. Gadis Aquarius mempunyai perwatakan yang lucu yang unik dan berpenampilan praktikal dalam hidupnya. Meskipun demikian, ketidak konsisten adalah masalah yang selalu berlaku bagi gadis yang lahir dibawah bintang ini.

Seorang gadis Aquarius mendambakan perhubungan yang romantik dan perbualan yang penuh menarik, meskipun mereka kelihatan seperti seorang yang dingin dan suka menyendiri. Beliau adalah seorang pasangan seks yang hebat, namun hanyalah apabila mereka yakin bahawa anda adalah seorang yang menarik lebih dari sekadar yang suka melepaskan nafsu sehari semalam.

Jika anda ingin memikat gadis seperti ini, anda hendaklah sentiasa mempertunjukkan kewujudan anda di dalam pelbagai sisi yang berbeza oleh personalitinya. Gadis Aquarius adalah seorang yang seiring dengan kepelbagaian manusia, maka anda hendaklah menarik perhatiannya. Ia nya tersangatlah penting untuk muncul dengan perbezaan yang unik dan berbeza dengan orang lain yang dikenalinya.

Sedar atau tidak, gadis Aquarius adalah seorang pasangan seks yang sangat berimaginasi tinggi, yang ingin mencuba perkara baru dalam asas yang biasa. Namun pastikan mereka tahu bahawa anda menganggap mereka bukan hanya sekadar pasangan seks semata-mata di dalam hidup anda.

Kesilapan yang paling buruk yang anda boleh lakukan adalah apabila memikat dirinya dengan terlalu banyak karenah dan terlampau menekan. Berikan beliau kebebasan yang banyak, kerana beliau adalah seorang gadis yang suka berdikari dan tidak akan pernah bertoleransi dengan kongkongan orang lain. Untuk memikat hatinya, anda hendaklah bersikap tenang dan kelihatan luar biasa. Gadis Aquarius selalunya merasakan kurang selesa dengan jejaka yang suka meluahkan perasaan mereka secara terbuka, meskipun tidak selalu demikian, maka hendaklah elakkan isu yang berkaitan dengan emosi terlalu kerap dan bermain dengan kebijaksanaan yang beliau miliki.

No comments:

Post a Comment