Tuesday, August 21, 2018

MENGENALI PERSONALITI ROMANTIS ARIES

1. JEJAKA ARIES

Berdikari merupakan kunci utama bagi mengenali seorang jejaka Aries, kerana mereka tidak menyukai sebarang perintah dari orang lain, amnya orang luar yang bukan dari keluarganya. Untuk memikat hati seorang jejaka Aries, anda hendaklah belajar untuk bermain dengan permainan yang beliau ciptakan sendiri. Jejaka seperti ini selalu didapati mengejar subjek kemahuannya lebih dahsyat dari menangkapnya, dan sikap semulajadinya yang ingin memiliki sesuatu benda atau perkara, menyebabkan beliau sentiasa mengejar pasangan yang beliau sukar untuk dapati. Untuk mendapatkan perhatiannya, seseorang itu hendaklah berkerja keras untuk mendapatkan sesuatu, sebagai satu mesej bahawa beliau perlu berusaha keras untuk mendapatkan ganjaran, dan memenangi seseorang yang beliau benar-benar ingin jadikan pasangan.

Jejaka ini seorang yang sangat menyukai cabaran dan sentiasa rakus untuk mendapatkan pasangan mereka yang sukar dimiliki laksana seorang pahlawan yang mengenakan baju besi, agar beliau sentiasa menjadi diri nya sendiri dari masa ke semasa. Pasangan hidupnya hendaklah berani untuk melakukan pertentangan, membina sempadan disiplin yang kukuh dan mendapatkan kepercayaan dan penghormatan darinya. Di saat hari yang kurang baik, jejaka Aries boleh mementingkan diri sendiri, angkuh dan degil, namun beliau juga seorang yang berani, suka sesuatu yang mencabar dan mempunyai keinginan yang tinggi dalam perkara yang beliau sukai. Hubungan dengan lelaki seperti ini boleh jadi menyeronokkan dan menghiburkan, namun mudah juga membuatkan orang lain tersinggung jika pasangan nya tidak mengetahui betapa banyak tenaga yang diperlukan bagi memastikan hubungan mereka kekal berpanjangan.

2. GADIS ARIES

Gadis Aries adalah seorang yang tidak pernah kenal erti takut dan mempunyai ciri pemimpin secara semulajadi.  Mereka amat bertenaga, berkarismatik, dinamik dan menyukai cabaran dan pengembaraan. Jika anda ingin memiliki dirinya, anda hendaklah membiarkan gadis ini memikat anda dan sekaligus menunjukkan kepada dirinya sikap semulajadinya yang penuh berdikari. Gadis yang lahir dibawah tanda zodiak Aries mempunyai keinginan yang tinggi dan seksual, dimana hal inilah yang menyebabkan beliau tidak mampu menahan nafsu untuk memiliki pasangan yang berbeza jantina. Gadis seperti ini akan sentiasa konsisten dalam memulakan "langkah memikat" dan tidak akan pernah membiarkan dirinya dikuasai oleh seorang lelaki, namun pada masa yang sama sentiasa berkeinginan untuk mencari cinta sejati, namun mencuba sebaik mungkin untuk sentiasa mengawal dirinya.

Untuk memikat hati wanita yang lahir dalam zodiak ini, seseorang hendaklah mengambil peluang untuk bertindak namun di masa yang sama sentiasa memberikan ekpresi bahawa "kawalan" telah diambil alih. Beliau ingin untuk bebas dalam menunjukkan inisiatif dan berusaha menunjukkan keazamannya terhadap insan yang beliau cintai, serta mengharapkan hal yang sama juga dilakukan oleh pasangannya. Setelah gadis ini benar-benar jatuh cinta, beliau akan menjadi sangat setia, dan ada kalanya mempunyai perasaan cemburu yang tersangat kuat. Berhubungan dengan beliau bererti memberikan segala perhatian yang beliau perlukan, memberikannya masa dan usaha yang konsisten untuk membuktikan setiap tindakan yang anda lakukan itu adalah berdasarkan rasa cinta. Dalam keadaan yang penuh yakin dan bersikap menaklukkan, beliau tidak memerlukan seseorang untuk beliau ikuti, namun memerlukan seseorang yang mempunyai tenaga dan usaha yang setimpal dengannya serta kuat.Perhubungan dengan gadis Aries boleh menjadi sangat menarik, penuh dengan gejora dan hiburan, namun hanyalah apabila seseorang itu bersedia untuk kurang mengawal dirinya  dari masa ke semasa.




No comments:

Post a Comment