Wednesday, August 22, 2018

MENGENALI PERSONALITI ROMANTIS SCORPIO

1. JEJAKA SCORPIO

Mempelajari bagaimana caranya untuk mendapatkan cinta jejaka Scorpio bukanlah suatu hal yang mudah. Jejaka Scorpio adakalanya menjemukan, sangat percaya diri sendiri, suka menandingi diri, bersungguh-sungguh dan suka menonjolkan kualiti seksualnya. Adakalanya sikap Scorpio yang negatif adalah kerana pada hakikatnya mereka adalah golongan tersangat obses, suka memaksa dan mudah cemburu buta. Untuk menawan hatinya, anda wajar memastikan adanya personaliti dan suasana yang misteri mengelilingimu. Permainan adalah sesuatu yang menjadi kewajaran atau kebiasaan bagi jejaka Scorpio, maka kerana itu anda hendaklah berkerja untuk membiarkanya terus tertanya-tanya.

Dengan personaliti sedemikian, segala-galanya berkaitan dengan cabaran tentang memiliki sesuatu, maka sentiasa menjadikan ia tidak mudah dan sukar untuk didapati. Bersikap jujur dan suka bermesra dengan bintang zodiak ini adalah pekara yang sangat penting. Mereka mudah dipengaruhi oleh wanita yang cantik, mengiurkan dan mempunyai sifat percaya diri. Meskipun demikian, ia nya memerlukan lebih dari daya tarikan fizikal untuk mencapai tahap dimana beliau akan membenarkan anda untuk menawan hatinya. Beliau memerlukan daya tarikan emosi , kerana antara perkara yang paling vital dalam karakteristik Scorpio adalah beliau sebenarnya bintang zodiak yang paling mudah beremosi. Jejaka Scorpio mendambakan pengalaman seksual yang jauh diluar had fizikal, jadi jika anda ingin menawan hatinya, pastikan jiwa dan raga anda teguh dan bertahan. Jangan pernah cuba mengawal jejaka ini, kerana beliau sendiri perlu mengawal dirinya sendiri dan anda pada setiap masa.

2. GADIS SCORPIO

Personaliti gadis Scorpio sangat rumit dan ada kalanya luar biasa.

Gadis Scorpio adalah seorang yang suka berahsia, seksi, mempunyai daya tarikan yang kuat, namun mereka juga adakalanya muncul seperti seorang yang tenang dan kurang berminat. Mereka boleh mencapai kapasiti untuk melakukan kebaikan dan keinginan yang kuat untuk melakukan kebaikan di dunia yang fana ini.

Jika anda mahu menawan dirinya, sentiasalah cekal bersabar dan sanggup membiarkan beliau mengambil alih dalam soal perhubungan. Ikutilah rentaknya sebaik yang mungkin dan ia merupakan jalan yang terbaik untuk memulakan perhubungan. Jadilah pendengar yang setia, dan sentiasa ambil perhatian mengenai apa yang ingin beliau luahkan.

Membuat perhubungan dengan gadis Scorpio adakalanya mencabar sekaligus menghiburkan, namun jangan biarkan sifat liarnya menipu dirimu sehinggakan anda berfikir bahawa dirinya mudah ditakluki. Jangan pernah mengharapkan perhubungan seks dengan gadis ini pada pertama kali anda bersama!

Mendapatkan kepercayaan dan cintanya memerlukan masa dan ketabahan, namun apabila beliau telah jatuh cinta, gadis ini akan memberikan apa sahaja untuk perhubungan tersebut bahkan membiarkan dirinya diuliti hubungan seksual yang mendalam dan penuh dramatik. Wanita yang lahir dibawah bintang ini mempunyai sifat yang suka memiliki, dan pada masa yang sama mampu menjadi pasangan yang pandai mengambil berat. Senantiasa jujur dan elakkan pertelingkahan dengan dirinya kerana beliau bukanlah seorang yang mudah memaafkan dan melupakan dengan mudah perbuatan orang terhadapnya.

Gadis seperti ini mudah merasa tertanya-tanya dan ragu-ragu, jadi untuk membuatkannya bahagia, anda hendaklah mencari cara baru untuk memadamkan keraguan dan rasa tertanya-tanya dalam dirinya. Sekiranya anda membenarkan dirinya untuk mengekalkan maruahnya seperti sedia kala, beliau pasti akan menghormatimu kerana hal tersebut boleh menjadi kunci utama untuk menawan hatinya dengan cepat, tangkas dan mudah.

No comments:

Post a Comment