1. JEJAKA GEMINI
Jejaka ini adalah seorang yang memenuhi kehidupannya hingga ke penjuru yang terakhir dan bersemangat, tidak pernah kecewa dengan saat-saat mendukakan. Beliau adalah seorang yang suka mengembara keluar dan mencuit hati, dan inilah yang menyebabkan beliau menjadi pasangan yang sempurna buat insan yang bertenaga dan dinamik, di dalam pencarian mereka yang inginkan gelak ketawa dan keseronokan. Jejaka Gemini selalunya seorang yang suka berbual dan pandai memikat hati para wanita, dan anda akan menemui mereka di perjumpaan yang dipenuhi oleh orang ramai, mahupun di kawasan kesesakan lalu lintas sekalipun. Personaliti mereka melambangkan dualisme, dan hasilnya adalah mereka sentiasa tidak konsisten meskipun bijak, dan amat memikat hati ramai orang. Jejaka Gemini adalah seorang manusia yang sukar untuk lekat dengan pasangannya, lebih memerlukan pasangan yang memberinya ruang dan waktu serta kebebasan, diikuti dengan stimulasi minda dan kepelbagaiannya. Untuk memenangi hatinya, seseorang itu hendaklah lucu, mudah distimulasikan, sukakan pengembaraan dan mudah ketawa dengan lelucon yang diadakannya dan bersedia untuk belajar darinya dari masa ke semasa. Dan jika anda berbeza atau kurang menyenangi sikap semulajadinya ini, maka jejaka ini tidak akan pernah berbincang mengenai emosi secara mendalam, dan lebih kepada memperlihatkan ia daripada meluahkannya.
Kehidupan seks dengan jejaka Gemini pastinya dipenuhi dengan pengalaman yang luar biasa, namun sekiranya pasangannya tidak bersedia atau akur untuk melakukan "uji kaji", beliau akan mudah merasa bosan. Segala hal di dalam hidupnya, ia merasakan dirinya memerlukan pengalaman yang baharu, komunikasi secara lisan dan kebebasan ekspresi apabila ia nya berkaitan dengan hubungan seksual.
2. GADIS GEMINI
Jika anda ingin memikat hati seorang gadis Gemini, anda harus menerima dan mempertimbangkan sikap semula jadinya yang dualisme. Beliau seorang yang akan membuat sesuatu perkara dengan sepenuh hati dan berlemah lembut untuk satu jangka masa yang seketika, dan kemudiannya bertukar coraknya dengan menjauhkan diri dan tidak menunjukkan minat. Ini adalah hasil daripada sikap semulajadinya sejak lahir yang mahu kekal di garisan yang selamat, dan suka menjauhkan diri dengan orang lain yang baru dikenali, bersedia untuk mengalirkan diri dengan kisah cinta yang bebas dengan tanggungjawab sebenar ketika dalam perhubungan yang menanti dirinya secara lebih dekat. Beliau adalah gadis yang bercakap dengan lemah lembut, bijaksana, berkebolehan untuk berjenaka dengan maksud yang dipenuhi selingan dan sentiasa dengan minat yang mendalam, pada masa yang sama bersikap keterbukaan dan sentiasa bersedia untuk bertemu dengan seseorang yang baharu dalam hidupnya.
Meskipun seorang gadis Gemini ini bukanlah seorang yang pemalu pada dasarnya, namun bersikap serius dan berkomitmen dalam perhubungan memerlukan masa yang agak lama dan penuh kesabaran. Walabagaimanapun, apabila ia menemui lalaki yang mampu memuaskan kehendak minda dan seksualnya, gadis ini merupakan orang yang pertama yang bakal menyatakan cadangannya untuk memulakan hidup berkeluarga yang baharu, berkhawin dan membesarkan rumah tangga hingga ke masa tuanya, meskipun hal seperti ini berlaku dengan cara yang tidak dijangka dan tidak seperti kebiasaan orang lain di dunia yang fana ini. Beliau sangat dikagumi oleh pasangannya yang mengajarkan beliau hal-hal yang baharu dan memiliki pengertian yang beliau lihat dan selidiki. Kehidupan seksualnya adalah kisah yang harus diceritakan, namun hanyalah untuk sesiapa yang sudi mendengar, selalunya seseorang yang spesifik, yang beliau akhirnya mampu membina keintiman bersama diri dan hidupnya.
No comments:
Post a Comment