Tuesday, August 21, 2018

MENGENALI PERSONALITI ROMANTIS LIBRA

1. JEJAKA LIBRA

Jejaka Libra sangat menghargai segala bentuk keindahan dan mencari pasangan untuk menjadi inspirasi mereka melalui penampilan mereka. Hal ini kelihatan seperti suatu yang hanya berbentuk luaran, namun hakikatnya mereka memerlukan stimulasi minda dan visual untuk membuat sebarang keputusan yang dibuat mampu diproses dengan mudah dan membawa mereka memulakan perhubungan yang lebih serius. Hanya apabila mereka mulai membuat keputusan untuk lebih serius, perikatan dalam jangka masa yang lama, bersabar dikala saat-saat yang sukar sahaja yang membuatkan mereka melaksanakan pilihan yang sempurna. Seorang jejaka Libra sentiasa ingin berbincang tentang segala-galanya dengan pasangannya, dari perkara yang berkaitan dengan kehidupan seharian hinggalah ke isu yang lebih besar di dalam kehidupan.

Jejaka ini senantiasa mencari pasangan yang mempunyai semangat yang kental, bersikap yakin diri, seseorang yang mampu menjadi pandu arah apabila beliau merasa kehilangan atau merasakan tidak senang dalam perhubungan sosial seharian. Hanyalah apabila mereka merasakan mereka telah menemui pasangan yang sempurna bagi dirinya, barulah mereka akan melakukan segala-galanya demi pasangan yang beliau cintai, menunjukkan komitmen yang tinggi terhadap pasangannya, dan sentiasa lupa tentang dirinya disaat proses memikat pasangannya. Jejaka seperti ini tersangatlah romantis sejak azali dari lubuk hatinya dan mencari cinta sejati hingga ke hujung nyawanya.

2. GADIS LIBRA

Untuk menakluki hati seorang gadis Libra, seseorang itu hendaklah menjadi pendengar yang setia dan seorang pembicara yang kental. Beliau suka diajarkan mengenai perkara yang baru dan suka bercakap mengenai dirinya dan perkara-perkara menarik yang beliau kagumi, sama seperti beliau membiarkan dirinya masuk lebih dalam ke dalam kehidupan pasangannya. Beliau seorang yang menawan, bijaksana, dan mencari solusinya tersendiri dalam masalah yang beliau hadapi dengan mudah. Pasangannya hendaklah sentiasa membuatkan beliau rasa terhibur dan menarik perhatiannya, hingga membuatkan dirinya mempersoalkan inisiatif dan pilihan yang beliau lakukan, disamping berterus terang dan penuh dengan kejutan.

Oleh kerana gadis Libra dikuasai oleh pengaruh planet Venus yang merupakan sumber zodiaknya, gadis ini mempunyai kecenderungan yang semula jadi dalam isu berkenaan dengan perubahan emosi, namun ini tidaklah bererti beliau bertingkahlaku kurang daripada gaya hidupnya yang biasa. Apabila gadis ini mulai jatuh cinta dan hidup serumah dengan pasangannya, mereka akan sentiasa mengambil berat tentang pasangannya, membuatkan pasangan nya kelihatan hebat dimata orang lain, dan mengekalkan kehidupan sosialnya teratur, dan mengubah kehidupan sosial mereka dengan lebih baik dari sebelumnya.

No comments:

Post a Comment