Tuesday, August 21, 2018

MENGENALI PERSONALITI ROMANTIS CAPRICORN

1. JEJAKA CAPRICORN

Jejaka yang sentiasa melihat realiti kehidupan ini adalah seorang yang sangat berazam dan bercita-cita tinggi, yang ingin mencapai kemuncak kariernya serta mendapatkan ganjaran yang didambakannya. Beliau memilih realiti dari impian-impian yang sukar dicapai, namun tidak pernah merasa gentar untuk meletakkan sedikit impiannya yang realistik di dalam radarnya. Beliau memerlukan satu peraturan yang ketat, bahkan adakalanya beliau mudah mengadili diri pasangannya, mengharapkan pasangannya tidak menjadi seperti apa yang beliau khuatiri. Sifat semulajadinya adalah merangkul semua yang boleh dicapai dan tanggungjawab yang digalas, dan selalunya tersangat jarang untuk meletakkan hubungan romantik sebagai senarai keutamaan yang penting.

Lelaki seperti ini ingin untuk menguasai sesuatu dan menjadi seorang yang meletakkan peraturan sejak permulaan. Beliau menginginkan seorang pasangan yang bersikap praktikal, berpijak di bumi yang nyata, dan selalunya akan berakhir dengan seseorang yang beremosi kerana sangat sukar untuk mengenali atau memiliki hatinya. Apabila memulakan perhubungan, beliau akan sentiasa berfikir cara untuk menghormati norma kehidupan bersama , namun sering menunjukkan perasaannya, mengharapkan insan yang dihadapannya merasa selesa dan kelihatan menarik tanpa mengira berapa banyak perhatian yang beliau berikan.

2. GADIS CAPRICORN

Gadis Capricorn tidak kurang sifat semulajadinya dengan jejaka Capricorn secara keseluruhan iaitu seorang yang bercita-cita tinggi, bertanggungjawab dan mudah diharapkan. Namun beliau mahu mencari pasangan hidup yang mampu membuatnya tersenyum, dan tidak sabar untuk membuka pintu hatinya dan menarik semua emosi yang mampu membuatkan beliau berasa selesa hingga ke kebarangkalian yang akan berlaku di masa hadapan. Ia nya memerlukan lebih banyak masa untuk beliau mengurangkan rasa curiga terhadap pasangannya dan merasa selamat sekaligus cukup selesa untuk menunjukkan betapa sensitif dan sangat mengambil berat terhadap pasangannya apabila gadis ini benar-benar telah jatuh cinta.

Beliau mahukan pasangannya berdisiplin, bertanggungjawab, bertenang dan berkerja keras, dan merasa perlu untuk diketahui bahawa beliau akan menyelesaikan segala masalah yang mungkin timbul di masa hadapan. Seorang gadis Capricorn perlu merasa selesa dengan orang yang mempunyai hubungan dengannya, dan memerlukan waktu untuk menentukan sama ada beliau mahu menerima hubungan itu secara serius atau hanya sekadar bersahabat biasa. Lahir sebagai bintang zodiak ini adalah golongan yang mempunyai inisiatif dan gerak hati yang kuat, dan hal inilah yang menjadikan beliau seorang kekasih yang penuh dengan keghairahan yang luar biasa, sentiasa mengetuai kehidupannya sendiri tanpa mengira apakah kesan yang mungkin berlaku.

No comments:

Post a Comment