Monday, August 20, 2018

PENGENALAN BAGI ILMU ASTROLOGI DAN DUA BELAS BINTANG ZODIAK BAHAGIAN 1

Ilmu Astrologi bermula pada zaman revolusi pertanian neolitik pada sekitar 25,000 tahun dahulu, dimana pada saat itu masyarakat purba mempercayai bahawa pengaruh bulan dalam peredaran terbitnya ia pada waktu malam membawa kepada suatu aura yang aneh, dan disinilah bermulanya kepercayaan kepada adanya tenaga dalaman yang disembunyikan di sebalik alam semesta, serta ia nya dipercayai telah memulakan kewujudan sistem kepercayaan yang pertama melibatkan alam sekitar oleh komuniti zaman dahulu.

Ilmu astrologi mulai dipraktik kan di kota Babilon, iaitu tepatnya beberapa abad sebelum lahirnya Abraham. Ilmu astrologi mulai diperkembangkan secara meluas di sekitar Mesir di zaman Firaun, dan kemudiannya ilmu mistik ini meresap di kalangan bangsa Yahudi yang tinggal di Mesir, dimana bangsa Yahudi yang pada mulanya hidup rukun dengan masyarakat Mesir, namun malangnya pada akhir pemerintahan Firaun yang pertama, masyarakat Yahudi mulai diperlakukan seperti hamba.

Setelah penghijrahan bangsa Yahudi yang keluar dari tanah Mesir, ilmu astrologi ini kemudian tidak lagi diamalkan, namun selepas beberapa abad lamanya, pendeta-pendeta Yahudi mulai mempraktikkan ilmu astrologi hasil daripada pengaruh munculnya filosofi-filosofi atau falsafah di sekitar tanah Israel.

Bahkan, ada yang menyatakan ilmu ini disesuaikan dengan ritual mistik Kabbalah oleh masyarakat Yahudi setelah terbentuknya dua negara di tanah bangsa Israel iaitu Kerajaan Yehuda yang bersempadanan dengan tanah Filistin di Selatan dan Barat Daya dan Kerajaan Israel di bahagian Utara. Para arkeologi masa kini masih mempunyai perbezaan pendapat mengenai kewujudan kepercayaan tentang bintang zodiak yang termasuk di dalam kajian astrologi ini adalah bermula pada zaman Namrud di Babilon atau setelah wujudnya falsafah baharu atau gerakan Kabbalah yang diamalkan secara rahasia di tanah Israel.

Bagi memudahkan para pembaca memahami penjelasan mengenai horoscope yang melibatkan dua belas bintang zodiak, anda haruslah terlebih dahulu memahami apakah empat elemen terpenting yang melibatkan dua belas bintang zodiak yang bakal diketahui selepas ini. Elemen-elemen tersebut adalah Api (Fire), Angin (Wind), Tanah (Earth atau nama lainnya Soil) serta Air (Water).
Keempat-empat elemen ini merujuk kepada permaknaan yang berikut:

ELEMEN API - PERLAMBANGAN KEPADA TENAGA VITAL (KEHIDUPAN)

ELEMEN ANGIN - PERLAMBANGAN KEPADA TENAGA MINDA

ELEMEN TANAH - PERLAMBANGAN KEPADA TENAGA FIZIKAL

ELEMEN AIR - PERLAMBANGAN KEPADA TENAGA EMOSI


Di dalam kehidupan seharian, tingkah laku manusia itu terbentuk dengan wujudnya tenaga-tenaga yang melibatkan 4 ciri-ciri di atas. Tenaga kehidupan merujuk kepada semangat ketika mengharungi kehidupan seharian, tenaga minda untuk berfikir ketika menjalankan misi dan visi, tenaga fizikal bagi menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan dan tenaga emosi sebagai hasil dari kejadian atau fenomena yang berlaku setiap hari. Namun, kerana bintang zodiak manusia itu berbeza, maka kewujudan satu daripada empat tenaga tersebut lebih menyerlah dari yang lainnya, dan pembahagian tersebut adalah punca utama wujudnya pelbagai ragam jenis manusia, dimana ragam manusia itu adalah sebahagian dari norma kehidupan yang harus, agar makhluk yang bernama manusia iaitu kita dapat berkembang biak di muka bumi ini.
Bahkan, keempat-empat tenaga ini adalah saling bergantungan diantara satu sama yang lain, kerana dengan saling bergantungan, aura bagi keseluruhan jagat alam itu kekal berlaku dan masa tetap berjalan seperti biasa.

Sebelum kita mengulas lebih lanjut mengenai apakah elemen bagi setiap bintang zodiak berkenaan, pengenalan terlebih dahulu tentang bintang zodiak hendaklah diperjelaskan terlebih dahulu. Turutan bagi bintang zodiak akan bermula dengan Aries, ini kerana Aries merupakan bintang zodiak yang pertama dan turutan ini akan diakhiri dengan Pisces. Berikut merupakan turutan yang sebenar seperti yang diperjelaskan oleh Debra Silverman, seorang pakar astrologi terkenal di Amerika Syarikat:



Di dalam ilmu astrologi, setiap tiga jenis bintang zodiak adalah dibawah pengaruh satu elemen yang merupakan ciri-ciri asas yang mempengaruhi mereka yang memiliki bintang zodiak berkenaan.
Berikut merupakan pembahagian bintang zodiak dalam elemen berdasarkan ilmu astrologi:

ELEMEN API - ARIES, LEO, SAGITTARIUS

ELEMEN ANGIN - LIBRA, AQUARIUS, GEMINI

ELEMEN TANAH - CAPRICORN, TAURUS, VIRGO

ELEMEN AIR - CANCER, SCORPIO, PISCES






No comments:

Post a Comment