1. JEJAKA VIRGO
Bagi sesiapa yang ingin memiliki hati sang jejaka Virgo, anda hendaklah sentiasa menghormati keperluannya yang sukakan kebersihan dan peraturan-peraturan yang sistematik seperti yang dilakukan beliau. Di kebanyakan kes, meskipun tidak semuanya demikian, kebanyakan dari jejaka Virgo ini akan memulakan perhubungan romantis yang sedikit lambat, penuh cermat, dan lebih cenderung untuk mengambil masa yang sesuai untuk mengenali pasangannya sebelum perhubungan itu menjadi lebih serius. Apabila beliau menerima informasi tentang apa yang harus diharapkan dalam perhubungan, pasangannya hendaklah melakukan perkara yang sama seperti dirinya. Jejaka Virgo berkemungkinan akan meletakkan wajah yang tenang di hadapan pasangannya, namun jangan mudah dipermainkan dengan perwatakan luarannya. Jauh di lubuk hatinya, beliau memiliki keinginan yang dalam dan bersifat sensual, dan hanya apabila pasangannya penuh kesabaran, memahami kecenderungannya menganalisa segala-galanya secara keterlaluan sebelum perhubungan bermula, maka barulah selepas itu beliau akan menunjukkan kehangatan cintanya kepada sang kekasih.
Secara keseluruhannya, ia nya teramat jelas dan memerlukan ketabahan untuk memiliki hati seorang jejaka Virgo secara jujurnya. Apa yang beliau perlukan adalah seorang pasangan yang menjadi inspirasi buat dirinya, mengingati dirinya tentang bakat semulajadi yang dimilikinya, serta kerap kali menemui insan yang mempunyai persekitaran yang tidak rasional dan platonik. Demi mencari seseorang yang jujur, tabah dan kemas, beliau sentiasa bersedia untuk memulakan perhubungan dengan seseorang yang tepat untuk dirinya untuk waktu yang lama.
2. GADIS VIRGO
Personaliti seorang gadis Virgo adalah bercampur diantara bijaksana, memberi perhatian dengan teliti, berfikiran normal, dan komitmen yang teratur dan gadis seperti ini lahir dengan tingkahlaku yang cermat, bijak dan bersederhana serta mampu mencapai misi dan visinya sendiri. Cubaan untuk memiliki hati gadis ini kelihatan seperti mencabar pada awalnya, ini kerana beliau suka mengambil kira soal perbezaan meskipun dengan perkara yang kecil diantara beliau dan pasangannya. Walaubagaimanapun, beliau bukanlah seorang yang dingin namun lebih kepada praktikal, realistik dan penuh berwaspada apabila melibatkan suatu perhubungan yang baharu dalam hidupnya. Gadis Virgo ini pastinya tidak akan mudah sama sekali menyerahkan dirinya untuk seorang insan yang lain tanpa menganalisa karakter pasangannya dan emosi yang dikongsikan bersamanya sejak dari permulaan lagi.
Beliau, pada hakikatnya, tidaklah berada pada golongan yang mudah dimanja mahupun seorang gadis yang materialistik. Sebagai tanda zodiak yang berelemenkan Tanah, beliau akan terhibur dengan dunia nyata dan memandang setiap pemberian yang beliau terima sebagai satu kurniaan atau nikmat dari Pencipta, namun masih terhibur dengan bermacam perkara yang hanya apabila mereka benar-benar praktik dan mudah digunakan, dihadam mahupun apabila perlu diperbaiki. Gadis Virgo mudah terpikat dengan kebijaksanaan namun dengan personaliti yang jauh berbeza, beliau juga mempunyai kapasiti yang kuat dalam percintaan, namun memilih untuk menunggu masa untuk berkongsi emosi sehingga beliau benar-benar bersedia. Bersikap peribadi dan senantiasa berjaga-jaga, ini adalah kelompok wanita yang mahukan mekanisme siap siaganya dihormati namun tersangat mudah untuk dipatahkan oleh orang yang tepat untuk dirinya.
No comments:
Post a Comment