Tuesday, August 21, 2018

MENGENALI PERSONALITI ROMANTIS SAGITTARIUS

1. JEJAKA SAGITTARIUS

Jejaka Sagittarius adalah seorang yang teramat menyukai keseronokan di luar dan juga seorang pengembara untuk selamanya, disamping itu beliau sangat menyukai agama atau kepercayaan, falsafah dan erti berkenaan dengan segala-galanya. Jejaka yang lahir dibawah bintang Sagittarius pastinya seorang yang suka mengembara dan melihat segala kebarangkalian dalam kehidupan sehariannya. Beliau mahu mengenali setiap satu daripadanya untuk mengetahui apa itu kebenaran.

Di antara faktor terbaik bagi seorang Sagittarius adalah berkenaan dengan kejujurannya, keberanian dan sikap optimisnya. Beliau adalah seorang pengembara yang tidak mengenal erti lelah, jadi cara yang terbaik untuk mendapatkan perhatiannya adalah dengan berkongsikan visi dan misinya, menghargai kebijaksanaan dan menghormati pendapatnya. Di antara karakter negatif seorang Sagittarius adalah ketidak sabaran dan selalu cuai. Jejaka Sagittarius juga terkenal dengan sikap canggung, terlalu yakin dan adakalanya berfikiran singkat pada waktu-waktu tertentu.

Beliau memerlukan kebebasan dan tidak menyukai wanita yang suka melekat dengan pasangan mereka. Jika anda ingin mengodanya, anda hendaklah mempelajari bila saatnya untuk menahan diri dan bilakah saat untuk memulakan segala keinginan anda bersamanya. Jejaka seperti ini adalah seorang yang berfikiran logik serta pendengar yang selalu disisi anda, yang akan mendengarkan segala yang anda ingin ucapkan, sebelum memproses informasi darinya dan membuat kesimpulannya sendiri.

2. GADIS SAGITTARIUS

Terkenal dengan keghairahannya dalam kehidupan, gadis Sagittarius mempunyai karakter yang liar, berdikari, suka berhibur, ramah dan menyukai dunia luar. Mereka amat suka menunjukkan ekspresi dirinya dalam bentuk seksual dan sensual, dan mereka berkehendakan kehidupan yang penuh warna warni hingga ke akhirnya. Gadis ini juga mempunyai personaliti yang "bergetar", ingin tahu yang kuat dan suka berseronok dan berseloroh.

Wanita yang lahir dibawah bintang zodiak ini adalah seorang yang terlalu jujur tentang apa yang difikirkannya, dan menghargai kebebasan dan mahu berdikari. Jika anda ingin menaklukkan gadis Sagittarius, anda hendaklah berani membawanya keluar bagi aktiviti luaran. Beliau menyukai pengembaraan dan perbualan yang panjang dan lama. Berhubungan dengan wanita Sagittarius memerlukan semangat ingin mengembara, kerana beliau melihat segala-galanya sebagai cabaran dan membenci kebosanan.

Meskipun beliau seorang yang liar, anda jangan mudah tersalah sangka, dan jangan pernah mengharapkan beliau jatuh hati dengan terlalu mudah. Hanya apabila gadis Sagittarius benar-benar telah jatuh hati, beliau akan menjadi seorang yang setia dan mengambil berat mengenai pasangannya. Seandainya anda memberikan sebab untuknya berfikir bahawa berhubungan dengannya adalah sesuatu yang sukar, beliau juga dengan mudah mengundurkan diri. Seorang gadis Sagittarius mempunyai hubungan intim dengan pelbagai jenis jejaka sepanjang hidupnya, kerana beliau tidak mampu meneruskan hubungan yang tidak memuaskan hati atau membahagiakannya.

Untuk meneruskan perhubungan agar sentiasa kekal, anda perlu mempunyai semangat yang kental dan bebas serta menyukai pengembaraan. Gadis ini melihat hidup ini sebagai sebuah pengembaraan yang besar dan mengharapkan pasangannya seorang yang seperti dirinya, berspontan dan romantik.

No comments:

Post a Comment