Tuesday, August 21, 2018

PENGENALAN BAGI ILMU ASTROLOGI DAN DUA BELAS BINTANG ZODIAK BAHAGIAN 2

Bintang zodiak adalah merupakan salah satu cabang utama dalam ilmu kajian astrologi. Perlu diingatkan bahawa astrologi tidak sama seperti astronomi (ilmu kaji bintang dan planet secara saintifik).
Astrologi adalah satu gudang ilmu yang meluas, berkisarkan mengenai kepercayaan mistik, dan mempunyai pertalian yang rapat dengan nilai-nilai personaliti setiap individu.
Di dalam astrologi, terdapat pembahagian yang jelas mengenai kualiti bintang zodiak. Kualiti bintang zodiak ini dibahagikan kepada CARDINAL, FIXED dan MUTABLE. Namun haruslah diingatkan bahawa kualiti bintang zodiak di dalam ilmu kajian astrologi bukan bererti adanya kualiti zodiak yang rendah mahupun yang tinggi, namun ia nya adalah suatu pembahagian yang khusus berdasarkan PERJALANAN PERISTIWA.
Apa itu PERJALANAN PERISTIWA? Dan apakah hubungkaitnya dengan zodiak? Konteks utama PERJALANAN PERISTIWA yang membawa kepada pembahagian kualiti zodiak bolehlah ditafsirkan atau diharfiahkan seperti berikut:

CARDINAL merujuk kepada sekumpulan zodiak yang menjadi "PENCETUS" ataupun lebih mudah dikenali sebagai "ZODIAK PERMULAAN". FIXED pula merujuk kepada sekumpulan zodiak yang menjadi "PENGEKAL" atau dikenali sebagai "ZODIAK PERTENGAHAN" manakala MUTABLE pula merujuk kepada sekumpulan zodiak yang menjadi "PENGAKHIRAN" ataupun secara amnya bermaksud "ZODIAK TERAKHIR".

Contoh yang mudah bagi memahami konsep kompleks berkaitan dengan PERJALANAN PERISTIWA ialah dengan melihat konsep peristiwa yang berlaku pada harian, mingguan, bulanan dan tahunan setiap manusia. CARDINAL adalah suatu perkara yang dicetuskan oleh seseorang, sama ada dari segi idea, perlakuan, pertembungan, pertemuan, dan juga segala hal yang berkaitan dengan kehidupan setiap individu. Manakala bagi FIXED, setelah berlaku atau tercetusnya suatu fenomena yang dimulai oleh individu yang lain, golongan yang kedua berkeinginan untuk mengekalkan status quo tersebut agar sentiasa berada di landasan yang betul dan tidak lari dari konsep asal idea atau gerak kerja yang telah dicetuskan. Namun sudah pastinya, hal itu tidak akan bertahan atau kekal selamanya. Oleh itu, muncul lah MUTABLE, iaitu golongan yang ketiga yang mengubah bentuk asal idea atau gerak kerja (fenomena) atau mengakhirinya bagi digantikan dengan yang lain atau memberi ruang bagi cetusan idea yang baru untuk membina fenomenanya tersendiri.

Di dalam ilmu astrologi, setiap pencetus elemen itulah yang dinamai sebagai CARDINAL, yang pertengahan sebelum berakhirnya elemen itu dinamai sebagai FIXED, manakala yang mengubah elemen atau mengakhirinya bagi memberi peluang elemen yang lain berevolusi dinamai sebagai MUTABLE.

Berikut merupakan pembahagian kualiti bintang zodiak menurut ilmu astrologi:

CARDINAL:

1. ARIES (Untuk Elemen Api)
2. LIBRA (Untuk Elemen Angin)
3. CAPRICORN (Untuk Elemen Tanah)
4. CANCER (Untuk Elemen Air)

FIXED:

1. LEO (Untuk Elemen Api)
2. AQUARIUS (Untuk Elemen Angin)
3. TAURUS (Untuk Elemen Tanah)
4. SCORPIO (Untuk Elemen Air)

MUTABLE:

1. SAGITTARIUS (Untuk Elemen Api)
2. GEMINI (Untuk Elemen Angin)
3. VIRGO (Untuk Elemen Tanah)
4. PISCES (Untuk Elemen Air)

Berikut merupakan gambarajah bagi memudahkan para pembaca untuk memahami lebih baik tentang konsep Cardinal, Fixed dan Mutable:



Gambarajah di bawah menunjukkan dimanakah keberadaan bintang zodiak di dalam setiap kategori kualiti (merujuk kepada setiap bucu):


No comments:

Post a Comment