Tuesday, August 21, 2018

MENGENALI PERSONALITI ROMANTIS TAURUS

1. JEJAKA TAURUS

Jika anda mencari seorang jejaka yang baik hati, setia dan gagah, mungkin jejaka inilah yang anda idamkan selama ini. Beliau adalah seorang yang boleh dipercayai, sabar dan berlemah lembut ketika mengharungi dunia percintaan, sentiasa mencari sesuatu untuk dikembalikan dengan penuh emosi. Beliau tidak akan memilih seseorang yang dicurigainya dan kelihatan memberikan cadangan dari golongan yang suka mengodainya, sedikit lambat dalam perilakunya ibaratnya menanti seseorang itu membawanya keluar sebagai permulaan perhubungan. Beliau sangat tidak menyukai sesuatu yang bersifat tidak asli (artificial), menghargai perbualan yang penuh dengan kata-kata yang lahir di hati, terutamanya melibatkan pujian dan mendeklarasikan hubungan cinta.

Seorang jejaka Taurus memerlukan masa untuk membina kepercayaannya dan sesiapapun yang mengejar hatinya hendaklah bersabar dan mengambil sedikit masa untuk memilikinya. Oleh kerana beliau adalah seorang yang kurang bercakap, beliau pasti kelihatan seperti seseorang yang sukar ditembusi hatinya, seumpama tiada apapun yang mampu menyentuh jiwa dan raganya. Suatu perlawaan untuk makan di rumah berkemungkinan besar adalah satu jalan yang selamat apabile berhubungan dengan jejaka seperti ini, selain dari memilih tempat yang selesa dan tenang, daripada tempat yang popular atau modern. Apabila dilihat dari sisi pemikiran kebiasaan dan sifat semulajadinya, beliau selalunya memikiran bahawa perhubungan seks itu adalah suatu perkara yang memerlukan masa yang tepat dan sesuai, jarang sekali menekan pasangannya dalam soal tersebut dan merasakan hal itu hendaklah dilakukan dengan perasaan yang penuh keghairahan yang menyeronokkan, dan bukanlah sesuatu yang dicari selalu. Sebahagian dari karakternya yang statik dan berkekalan seperti adanya adalah suatu potensi dimana ia tidak mampu memaafkan pengkhianatan atau kecurangan, dan beliau perlu untuk merasakan begitu selamat dalam perhubungannya dengan pasangan yang beliau cintai atas tujuan yang baik.

2. GADIS TAURUS

Sekiranya anda ingin memikat gadis Taurus ini, perkara pertama yang anda harus lakukan adalah dengan memperlihatkan dirimu dengan norma romantik yang beliau impikan. Seorang gadis Taurus mahukan jejaka itu membuat cubaan yang ketara untuk memikatnya dan memiliki dirinya secara perlahan-lahan, meskipun mereka telah memutuskan untuk memulakan perhubungan dengan pasangannya. Gadis seperti ini inginkan satu "gerakan" yang perlahan, penuh alunan, dan jarang sekali menjebakkan diri di dalam perhubungan seksual dengan cepat dan tanpa berfikir panjang tentang keputusan yang bakal dibuatnya.

Seorang gadis Taurus meninginkan cinta sejati dan kepercayaan di dalam perhubungan. Secara peribadinya, mereka bukanlah kelompok yang mudah memberikan isi hati dan gerak hatinya secara terbuka dan cepat, lalu sekiranya seseorang itu mahu menghabiskan masa bersamanya dan bertenaga untuk mendapatkan dirinya, maka hal seperti ini akan membuatkan beliau merasa selesa dan selamat. Hanya apabila beliau benar-benar jatuh cinta, maka beliau akan mejadi sangat prihatin, teramat intim, setia dan sentiasa dekat dengan pasangannya, berdiri sama dengan pasangannya seberapa lama pun selagi pasangannya itu kekal setia. Perlu diketahui  bahawa beliau seorang yang sangat menginginkan sesuatu yang cantik dan menghargai keringkasan sesuatu yang indah di dalam hidupnya, maka cara yang terbaik untuk memenangi hatinya secara menyeluruh adalah dengan cara membina kenangan bersama, menghormati saat-saat atau harta peribadinya, makanan yang enak dan sentuhan yang lembut. Ini adalah gadis yang benar-benar tidak mahu terburu-buru di dalam soal perhubungan dan memerlukan banyak masa untuk dirinya sendiri. Hanyalah apabila beliau merasakan dirinya selesa dan selamat dengan seseorang, barulah beliau mudah memberikan hatinya dengan pantas serta dengan perasaan yang gembira dan terharu tanpa meminta pasangan nya untuk memulangkan semula cintanya.

No comments:

Post a Comment