1. JEJAKA LEO
Seorang jejaka Leo mendambakan dirinya dilayan seperti seorang raja didalam perhubungan yang intim dan ini bukanlah bererti beliau seorang yang mempunyai sikap yang teruk, namun lebih kepada keinginan dalaman yang sejati sebagaimana keinginan setiap insan yang mempunyai kehormatan pada dirinya sendiri. Merancang sesuatu dengannya hendaklah sentiasa hebat dan dramatik, serta menunjukkan kekaguman, kefokusan dan keprihatinan yang datang secara semulajadi dalam kedua-duanya. Lelaki seperti ini pastinya memberi banyak hadiah apabila mereka jatuh cinta, selalunya mahal, bagi menunjukkan usaha yang beliau lakukan. Mana-mana insan yang ingin bersamanya hendaklah menunjukkan bahawa mereka setia dan sentiasa berkemampuan untuk menyokong usaha dan keperluannya. Jejaka Leo amat menyukai pujian, serta meskipun beliau kelihatan seperti seorang yang berkeyakinan tinggi, namun beliau memerlukan pujian yang banyak untuk mulai merasa selamat bersama dengan insan yang beliau cintai.
Meskipun betapa romantik dan benar-benar komited seseorang itu, jejaka ini amat jarang memilih wanita yang tidak sehaluan dengan penampilan dirinya, atau yang tidak menjadikan beliau kelihatan baik di mata golongan yang tertentu di dunia luar. Beliau sangat dikenali sebagai seorang yang mempunyai nilai karismatik yang tinggi, sentiasa dalam misi memburu dan meraikan cinta dan kehidupan. Beliau akan sentiasa meletakkan dirinya ditengah perhatian, dan pasangannya hendaklah bertanding dengan sejumlah pesaing yang mengaguminya, namun hubungan mereka tidaklah dalam keadaan yang merbahaya kerana selagi beliau mengagumi bagaimana dirinya dihargai dan dikagumi seperti sediakala. Apabila dilayan dengan cara yang betul, beliau akan senantiasa bersama dengan anda untuk selama-selamanya.
2. GADIS LEO
Gadis Leo adalah seorang wanita yang mempunyai hati yang baik dan murni, sentiasa terbawa-bawa dengan keinginan untuk dicintai dan dikagumi, dan sebagaimana semua insan yang lahir dibawah bintang ini, percintaan merupakan perkara yang utama dan amat dipentingkan. Untuk memikat hatinya, seseorang itu hendaklah menjaganya dengan baik, menghormati dirinya, mengagumi dirinya dan melihat dirinya bersesuaian untuk hidup dengan gaya hidup "mewah" yang sepatutnya beliau miliki. Beliau amat menghargai pasangan yang romantis dan berharap menjadi perhatian utama di kehidupan seharian pasangannya, sambil memberikan perhatian dan kesetian yang sama beliau dapatkan dari pasangannya.Berhubungan dengan gadis Leo memerlukan penerimaan dengan corak hidup dan kelakuannya, serta mengagumi kualiti yang beliau miliki. Beliau tidak mahu berebut pasangan hidup dan inginkan kepastian tentang tugasnya dalam kehidupan pasangan yang beliau cintai.
Gadis yang lahir pada tanda zodiak Leo amat suka menonton wayang, melawat ke musium seni mahupun di restoran yang mewah. Beliau mahu dipertunjukkan dengan bunga-bunga dan hadiah, namun apa yang lebih penting adalah dengan menunjukkan keinginan pasangannya untuk sentiasa disisinya, daripada hadiah atau membawanya ke tempat yang mahal. Beliau boleh menjadi seorang yang sedikit mengongkong dan merasakan perlu untuk mengawal hidupnya sendiri. Jika pasangannya menjadikan beliau sebagai perhatian utama dan menjadikan beliau seperti ratu hidupnya, beliau akan menjadi seorang yang sangat baik dengan pasangannya, penyayang dan sentiasa mengambil berat tentang pasangannya.
No comments:
Post a Comment